Telur Dadar Goreng Tepung, Rangup Macam Ayam Gunting Bila Kunyah

Share

Masakan telur dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya juga sedap dan boleh buat kita tambah nasi berkali-kali.

Siapa yang tidak suka makan telur dadar bukan? Makan dengan nasi kosong panas-panas bersama kicap pun selera bukan main. Sajian telur dadar bukan sekadar pelengkap hidangan tetapi juga antara menu wajib yang mesti ada setiap kali menjamu selera.

Kalau inginkan kelainan masak telur dadar, boleh cuba resipi wanita ini. Memang ‘terangkat.’

Siapa pernah buat? Kalau sudah hujung bulan akak biasa buat untuk tambah-tambah lauk sementara tunggu gaji. Telur dadar goreng tepung. Akak guna tepung goreng serbaguna (pedas) yang biasa untuk goreng ayam.

CARA MEMBUAT:
1. Buat telur dadar kemudian potong-potong.
2. Ambil secukupnya tepung goreng kemudian bancuh dengan air jangan cair sangat cukup boleh lekat telur dadar yang sudah siap digoreng.
3. Celupkan telur dadar ke dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam tepung goreng yang kering macam hendak buat ayam goreng tepung.
4. Goreng hingga kecoklatan. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Eka Zahra

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APPS STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Published by
Norhasliza