Aplikasi yang wajib ada di dalam peranti anda wajib bagi rakyat Malaysia untuk memuat turun MySejahtera. Namun menjadi masalah yang bakal dihadapi apabila anda menukar peranti mahupun peranti hilang lain mahupun peranti baharu.
Masalah akaun MySejahtera lama yang menggunakan nombor telefon dan email yang tidak aktif dan juga sebagainya. Sekiranya berlaku kes sebegini, jangan gusar! Anda boleh mendaftar akaun baharu namun akaun MySejahtera yang lama haruslah di padam atau dihapuskan. Ikuti cara ringkas ini untuk memudahkan semua urusan anda kemudian hari:
Cara Pindah Maklumat Tanggungan ke MySejahtera Sendiri
1. Padam Nama Sebagai Dependent Pada Telefon Orang Lain
Pertama sekali, anda perlu buka MySejahtera yang terdapat nama anda sebagai tanggungan tak kira ibu, suami atau anak-anak dan seterusnya padamkan nama anda sebagai dependent.
Langkah-langkahnya:
- Buka Aplikasi MySejahtera
- Klik COVID-19 Vaccination
- Klik ‘Remove Dependent’
2. Muat turun MySejahtera di Telefon Sendiri
Setelah selesai memadamkan maklumat tanggungan di telefon individu lain, muat turun MySejahtera di telefon sendiri dan daftar akaun MySejahtera semula.
3. Sahkan Maklumat Di Telefon Baru
Setelah berjaya mendaftar akaun MySejahtera di telefon sendiri, sahkan maklumat dengan ikuti:
- Buka Aplikasi MySejahtera
- Klik COVID-19 Vaccination
- Klik Vaccine for ……..
- Semak Maklumat Nama, No. IC & No. Telefon
- Sahkan dengan klik butang Confirm dan OK
4. Jawab Soalan MySejahtera
Seperti biasa MySejahtera akan mengeluarkan soalan-soalan berkaitan vaksinasi:
- Pilih ya jika anda bersetuju atau jawapan yang betul bagi soalan tersebut.
- Setelah selesai menjawab klik ‘Submit’
- Sahkan dan Klik butang ‘OK’
- Paparan pendaftaran selesai akan ditunjukkan, tidak perlu risau anda bukan daftar semula untuk divaksin, rujuk langkah seterusnya.
5. Semak Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera Sendiri
Selepas itu, anda boleh terus semak sijil digital vaksin di aplikasi masing-masing:
- Buka MySejahtera
- Klik COVID-19 Vaccination
- Klik Vaccine for ……..
- Klik ‘Click here to view your COVID-19 vaccination digital certificate’
Selesai proses pindah maklumat tanggungan ke telefon sendiri. Cara ini sememangnya merupakan cara yang betul seperti yang dimaklumkan melalui helpdesk MySejahtera
Cara Padam Akaun MySejahtera Lama Kerana Telefon / Emel Tak lagi digunakan
Sekiranya anda ada masalah nak daftar akaun baharu MySejahtera kerana akaun lama menggunakan nombor telefon atau e-mail yang tidak lagi aktif dan ada juga yang telah terkeluar atau logout dari akaun tersebut, apa yang perlu anda buat adalah padam atau ‘delete’ dahulu akaun lama sebelum mendaftar baharu.
Langkah yang perlu dibuat adalah seperti dibawah:
- Buka Helpdesk MySejahtera seperti pautan berikut di Pelayar Internet (Chrome, Safari dan lain-lain)
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
- Klik Mula
- Baca soalan yang disediakan (kemungkinan pilihan berubah dalam sistem), pilih jawapan C (rujuk gambar)
- Tiba di soalan seterusnya, pilih jawapan ‘Saya ingin memadamkan akaun saya’
- Masukkan ID Pengguna MySejahtera (Yang Lama) sama ada mengunakan nombor telefon yang tidak lagi aktif ataupun e-mail yang tak lagi digunakan. Pastikan isi alamat e-mail untuk dihubungi yang aktif kerana ‘respon’ akan dihantar ke emel tersebut.
- Paparan ‘Terima kasih’ akan ditunjukkan dan e-mail akan dihantar pada alamat e-mail yang telah diberikan.
- E-mail notifikasi akan dihantar dan tunggu e-mail ‘Berjaya Dipadamkan’ dihantar pula dalam beberapa minit atau beberapa hari.
- Buka MySejahtera & log masuk atau daftar menggunakan nombor telefon yang baru atau emel yang baru. Jika perlu jawab semua soalan lain boleh teruskan.
SUMBER: portalinfo
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI