Tular baru-baru ini perkongsian seorang pempengaruh di Tik Tok menunjukkan pelbagai jenis pil suplemen yang diambilnya untuk kekal cantik. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah kuantiti yang banyak di atas telapak tangannya.

Video itu telah pun menjadi perhatian orang ramai dan banyak yang berkongsi video itu ke sosial media seperti Twitter. Komen dari warganet juga banyak yang berbaur nasihat supaya kurangkan pengambilan pil-pil itu.

Cantik Sekarang Ada ‘Bayaran’ Yang Akan Datang Kelak

Telan Banyak Suplemen Tak Jamin Anda Sihat, Berpotensi Buat Anda ‘Terlantar’
Sumber gambar dari Canva

Perkongsian pempengaruh itu menunjukkan jenis suplemen yang diambilnya antaranya pil sunblock dan pil hydration buatnya yang kulit kering. Dia juga menunjukkan caranya yang makan sekali gus dan telan semuanya.

Ramai yang mulai sangsi dengan pengambilan suplemen yang banyak dalam satu masa. Ada juga yang sudah sedia maklum penggunaan pil sunblock tidak ada kegunaan dan satu pembaziran.

Menurut Hellodoktorpengambilan suplemen tambahan mempunyai pro dan kontra tersendiri sama ada membekalkan nutiren ataupun memudaratkan tubuh badan! Ianya berkait rapat dengan kerosakan buah pinggang.

Artikel berkaitan: Pakar Kongsi 4 Mitos Biasa Vitamin C, Menjadi Ke Kalau Guna Dalam  Ritual Kecantikan Harian?

Ads

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Suplemen Tambahan!

Telan Banyak Suplemen Tak Jamin Anda Sihat, Berpotensi Buat Anda ‘Terlantar’
Sumber gambar dari Canva

Apa yang penting buat tubuh badan adalah sumber nutrien dari protein, kalori, vitamin, dan mineral yang terdapat pada makanan dan minuman yang kita ambil. Suplemen juga ada untuk memberi booster buat kesihatan badan, mungkin ada sesetengah orang memerlukan lebih booster ikut panduan doktor.

Jadi di sini anda perlu faham konsep pengambilan suplemen bagi mengelakkan apa-apa kesan buruk yang boleh berlaku!

#1 Suplemen punyai pelbagai tujuan

Pelbagai suplemen dikeluarkan yang memberi pelbagai manfaat bagi setiap satunya. Ada juga yang boleh mengurangkan berat badan, bina badan, dan sebagainya.

Penggunaan suplemen yang menawarkan 1 jenis nutrien seperti vitamin atau mineral haruslah dipilih dengan baik dan berhati-hati agar tidak memudaratkan diri!

Ads

#2 Tidak semua produk diluluskan oleh KKM

Anda perlu lebih peka dengan pengeluaran suplemen yang terlalu banyak di pasaran. Banyak yang menjual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Food and Drug Administration (FDA). Bukan sahaja anda telah tertipu malah ia merisikokan lagi kesihatan anda.

#3 Terlebih ambil boleh merisikokan kesihatan

Pengambilan suplemen perlulah pada kadar yang tertentu dan tidak perlu secara berlebihan. Jika terlebih anda boleh memudaratkan kesihatan buah pinggang, itu sangat penting untuk menapis segala toksin di dalam badan.

#4 Setiap individu tidak sama

Semua orang mempunyai keperluan nutrien yang tertentu dan ia sama sekali berbeza. Tidak bermaksud pempengaruh itu makan suplemen itu dan anda patut juga ambil benda yang sama. Perlu lihat pada kesihatan dan keperluan diri sendiri.

#5 Rujuk pada kajian bukan testimoni

Kajian sains adalah lebih penting dari testimoni yang sering di cakna oleh kebanyakan pengeluar produk. Anda perlu lebih bijak dalam menilai sesuatu produk dari segi keberkesanannya yang boleh terjamin bukti yang kukuh.

Ads

Mungkin ada suplemen yang selamat untuk anda ambil dalam kehidupan seharian tapi perlu ingat–Guna pada kadar yang betul. Cantik mungkin hari ini tapi tidak juga pada kesihatan akan datang.

Artikel berkaitan: Rasa Membazir Buang Vitamin Yang Luput. Betul Ke boleh Makan?

Sumber: Hellodoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI