Pada 3 Oktober yang lalu, anak kepada personaliti terkenal negara, Puan Sri Normala Samsudin telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya.
Cantik mengenakan busana berona pastel, Ruhila Roslan,28, yang merupakan seorang doktor gigi telah bergelar tunangan kepada Majid Nazli di majlis yang serba indah itu.
Mendoakan yang terbaik buat anak gadisnya itu, Puan Sri Normala yang juga merupakan juri tetap program Ratu Hijabista bersyukur kerana fasa pertama anaknya untuk meninggalkan zaman bujang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Mama doakan yang terbaik untukmu, moga perjalanan ini akan dipermudahkan Allah jua. Fasa pertama meninggalkan zaman bujang sudah pun selesai. Setelah semua rakan-rakannya kini menjadi suri dan ibu, dia baru mula terbuka hati melangkah ke alam baru. Moga Allah Rahmati dan berkati, amin.
Love these smiles, teased by friends, she laughed when surrounded by close friends. Since TKC Her friends were like my own kids, tetiba rasa macam ramai anak perempuan 🤣🤣🤣😂 so much fun!! Riuh rendah.
Saling tak tumpah raut wajah persis ibunya, Dr. Ruhila ternyata memiliki pakej yang lengkap iaitu bukan sahaja cantik malah bijak.