Tidak semua antara kita yang memiliki bibir yang mungil secara semula jadi. Banyak cara untuk kita dapatkan bibir yang mungil tetapi seeloknya janganlah cuba prosedur yang parmenant dan juga boleh memberi kesan yang negatif kepada rupa dan juga kesihatan anda.
Ada cara yang lebih mudah untuk ini antaranya lip contouring. Anda hanya perlukan dua atau tiga produk sahaja untuk proses ini; lip liner, gincu dan/atau lip gloss.
Langkah 1: Mulakan dengan menggaris cupid bow anda mengikut bentuk natural bibir anda.
Langkah 2: Seterusnya garis bahagian lengkung bawah bibir bawah anda. Sebaiknya lebihkan sedikit ke luar bibir untuk beri ilusi bibir bawah yang lebih besar.
Langkah 3: Garis keseluruhan bibir anda sebaik mungkin dan warnakan bibir anda dengan lip liner.
Langkah 4: Oles gincu atau liquid lipstick pada bibir anda.
Langkah ekstra: Jika anda mahukan bibir yang berkaca dan bersinar, sapukan lip gloss. Jika mahukan bibir yang matte, tamatkan langkah anda sehingga langkah 4 sahaja.
Ada cara mudah dan selamat untuk mendapatkan bibir yang lebih mungil dan penuh dan anda hanya perlukan tiga produk dan empat langkah sahaja. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Makan Makanan Berminyak & Minuman Sejuk, Kalau Nak Cantik. Pesan Fazura !
Kecantikan Fazura memang menjadi bualan ramai. Pastinya setiap wanita ingin memiliki kulit yang mulus dan berseri seperti Fazura. Meskipun sibuk, Fazura tetap menjaga kulitnya dengan begitu teliti. Lihat sajalah pada struktur kulitnya yang begitu flawless.
Hijabista pernah berpeluang menemubual dengan Fazura di suatu majlis anjuran produk kecantikan, tidak dinafikan yang Fazura memiliki aura yang cukup kuat. Sekali pandang, admin jatuh hati melihat senyuman manisnya.
Kini selebriti terkenal yang mempunyai kecantikan wanita melayu terakhir mempunyai rangkaian produk kecantikannya tersendiri iaitu Fazura Skincare dan Fazura beauty. Pernah menjadi duta beberapa rangkaian produk kecantikan, ternyata mempunyai kulit yang sihat kunci kepercayaan peminat menggunakan produk kecantikannya.
Fazura turut berkongsi rejim kecantikan serta petua tradisional yang diamalkannya untuk kekal cantik, sihat dan bertenaga.
Rejim Kecantikan
“Setiap pagi, saya akan mencuci wajah menggunakan Feel Good Cleanser untuk cuci wajah Faz dari kotoran atau lebihan minyak. Yes Queen Face Scrub untuk exfoliate dead skin tapi Faz amalkan 2-3 kali seminggu je. Fazbulous Serum pula untuk maintain keanjalan kulit dan repair sel-sel kulit Faz semasa waktu tidur. And lastly Faz akan apply Amazing Night Repair untuk tona kulit yang sekata, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat. Ia satu rejim yang lengkap untuk menjaga kulit kerana kita memang mengidamkan kulit yang lembap, cerah dan kekal remaja.”
Ada Amalkan Sebarang Petua Tradisional?
“Ya, mungkin saya masih lagi mengamalkan jamu. Ibu saya juga merupakan seorang yang sangat percaya pada ulam-ulaman seperti daun pegaga dan peria. Ia sangat penting untuk wanita, kulit dan penjagaan dalaman. Saya juga turut mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air yang banyak. Ia dapat membantu kita menjaga kesihatan, kulit dan juga keyakinan diri.”
Pesanan Buat Wanita Tentang Kepentingan Menjaga Kulit
“Buat semua wanita yang saya sayangi, jangan lupa untuk tidak minum minuman yang sejuk kerana itulah yang menggempalkan badan kita dan tidak baik untuk kesihatan. Always be happy in your heart, for yourself and for others. Minum air yang banyak dan jaga pemakanan anda. Walaupun asam pedas tu sedap, tapi berminyak. Walaupun pisang goreng tu sedap, tapi berminyak. Banyakkan minum hot water with lemon, teh hijau dan sebagainya.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Guna Sepotong Sehari Dah Cukup!” – Lufya Omar Kongsi Tips Untuk Hijabi Yang Mendambakan Kulit ‘Flawless & Glowing’
Isi Kandungan
ToggleRamai yang inginkan kulit yang cantik untuk tampil lebih confident di khalayak ramai. Tentu sekali kita tidak mahu jika ada sesetengah orang yang gemar memberi komen tentang penjagaan kulit jika mereka lihat terdapat bekas jerawat dan cela yang begitu jelas.
Pelakon dan juga penyanyi, Lufya Omar, mendedahkan rahsia kejelitaannya bersama Hijabista Magazine! Hanya menggunakan tomato sahaja cukup membantu dalam rutin kecantikannya.
Sebiji Tomato Mampu Serlahkan Kejelitaan!
Menurut Lufya ketika di temubual, dia sudah pun mencuba satu tip kecantikan yang digemarinya baru-baru ini. Katanya, hanya perlukan sebiji tomato sahaja boleh buatkan muka glowing dan segar dari sebelumnya!
Apa yang anda perlu adalah sebiji buah tomato yang di potong empat. Bekukan di dalam peti seju untuk ‘keraskan’ sedikit teksturnya sebelum mula pakai di muka.
Setelah tomato menjadi beku, gunakan satu potongan sahaja sebagai ‘scrub’ di muka dan biarkan dalam beberapa minit. Anda akan lihat efek di muka tampak lebih ‘glowing’ dan ‘fresh’. Lufya juga berkata dia hanya menggunakan satu potongan untuk satu hari, bermaksud 4 potongan tomato bersamaan 4 hari!
Artikel berkaitan: Jus Tomato Susu Rahsia Kulit Glowing & Flawless Boleh Juga Buat Masker Kulit Wajah
10 Tip Guna Tomato Untuk Cantik!
Teknik ini juga pernah dikongsikan oleh Nornafisah Zamry, wanita ini juga senaraikan 10 lagi tip yang menarik yanb boleh anda gunakan hanya menggunakan tomato! Antaranya:
1. Rawat Jerawat
Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
2. Pudarkan Bintik Hitam Di Muka
Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
3. Kecilkan Liang Pori Kulit Wajah
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Atasi Kulit Kering
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
5. Rawat Ton Kulit Tidak Sekata
Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
6. Singkirkan Lemak Degil
Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.
Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.
Artikel berkaitan: Mudahnya Buat Masker Tomato Dikongsi Wanita Ini, Syaratnya Kena Konsisten Kalau Nak Wajah Berseri Waktu Raya
7. Kulit Badan Yang Mulus
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
8. Rawat Rambut Kering Dan Bercabang
Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
9. Kelemumur
Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
10. Rawat Lingkaran Hitam Bawah Mata
lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
OKU Bukan Halangan Untuk Berjaya, Kisah Hijabi Ini Cetus Inspirasi
Berdepan masalah saraf sejak berumur 11 tahun bukan menjadi penghalang untuk Nurmelissa Mohd Yadi menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kisah pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) ini mampu menjadi inspirasi dan pencetus semangat pelajar di luar sana.
Nurmelissa Mohd Yadi, 24 tahun merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Hijabi ini mengalami masalah saraf sejak berusia 11 tahun dan menyebabkannya tidak dapat berjalan dan berkerusi roda sejak di Tingkatan Tiga.
Walaupun mempunyai kekurangan, Nurmelissa Mohd Yadi bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan mencabar diri untuk berjaya. Tambahan itu, dia juga berbangga kerana mampu membuktikan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sepertinya boleh berjaya walaupun terpaksa bekerja dua kali lebih kuat dan membanting tulang lebih daripada orang lain.
Artikel berkaitan: Biarpun Tak Dapat Melihat, Pasangan OKU Bangga Rai Kejayaan Anak Di Hari Konvokesyen
Pada awalnya, gadis ini mengakui tidak mempunyai keyakinan yang tinggi disebabkan sedar akan kekurangan yang dimilikinya. Namun, dia berjaya bangkit dari perasaan itu dan tidak berputus asa untuk menamatkan pengajian. Melissa juga mengatakan bahawa keluarga, rakan dan para pensyarah merupakan pencetus motivasi dan tulang belakangnya untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Keluarga adalah pencetus motivasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi apa jua rintangan terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
“Selain itu sokongan rakan dan para pensyarah juga amat dihargai kerana banyak membantu saya menyelesaikan masalah ketika ketiadaan keluarga di sisi,” ujarnya menurut laman Getaran.
Mahu memberikan kesenangan buat kedua ibu-bapanya…
Ketika ditanya mengenai cita-citanya, dia mengatakan bahawa dia berhasrat untuk menggapai impian sebagai penterjemah bahasa Arab dan ingin memberikan kesenangan kepada kedua-ibu bapanya itu.
“Bapa saya, Mohd Yadi Taib bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu, Saripah Abu Bakar bekerja di kedai makan dekat rumah di Kampung Losong (Kuala Terengganu).
“Saya harap kejayaan kecil ini dapat membanggakan dan menyenangkan mereka selepas sekian lama kami hidup susah,” jelasnya lagi.
Artikel berkaitan: Pak Cik Terkejut Dengar Graduan Ijazah Jual Takoyaki Sepenuh Masa, Ambil Pengalaman Itu Sebagai Pembakar Semangat
Hijabi ini juga berharap kejayaannya itu dapat dijadikan inspirasi dan pembakar semangat kepada semua golongan OKU untuk sentiasa berusaha sehabis baik dan tidak berputus asa walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Anak kedua dari enam beradik itu kini sedang mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.
Sumber info dan gambar: Getaran dan Instagram UniSZA
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI