Khas untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak untuk melakukan solekan dan mahu membuat solekan ‘contour’, ini ialah trik terbaik yang mudah yang boleh anda lakukan!
Apakah itu teknik ‘contour’? Teknik ‘contour’ ialah sebuah teknik yang dapat memberikan bentuk wajah lebih kurus dengan menaikkan struktur di muka kita. Teknik ini dapat menjadikan struktur muka nampak lebih bervolum, runcing dan menyerlah! Tetapi harus diingat, jika salah cara teknik contour, muka akan nampak kelabu comot dan tidak kemas! Jom cuba trik dibawah ini!
Mulakan dengan ‘foundation’
Untuk langkah pertama, anda harus memakai ‘foundation’ dan ‘loose powder’ untuk menghasilkan kekemasan pada solekan nanti.
Garisan dibawah tulang pipi
Kemudian, guna berus ‘contour’ yang lebih nipis dan buat garisan di bawah tulang pipi. Untuk tampak lebih tirus dan tajam, anda boleh cuba muncungkan mulut sedikit supaya tulang pipi lebih jelas terlihat saat anda ingin lakukan garisan pada bahagian itu. Langkah garisan ini sebenarnya untuk menyerlahkan lagi tulang pipi anda!
‘Blend’ garisan
Apabila anda sudah membuat garisan di bawah tulang pipi, ambil berus lain yang sedikit besar dan ‘blend’ kan garisan tadi. Blend mengikut arah garisan ‘contour’ dan keatas. Usah ‘blend’ kan kebawah kerana ia mungkin akan menghilangkan garisan sedia ada.
Ulangi langkah di bahagian sebelah
Seterusnya, anda ulang langkah yang sama untuk bahagian pipi sebelah.
Garisan rahang
Untuk muka nampak lebih kurus, anda harus lakukan garisan contour di bahagian rahang. Caranya, ambil berus yang khas untuk ‘contour’ dan gariskan di sepanjang garisan rahang. Kemudian, ambil berus yang lain dan ‘blend’ kan supaya warna ‘contour’ lebih sekata.
Contour di dahi
Ha! Tidak terhenti di situ sahaja ya! Untuk mendapatkan solekan yang mewah ala Kim Kardashian, anda harus melakukan Ccntour di bahagian dahi juga untuk menjadikan dahi lebih kecil terutamanya kepada anda yang memiliki dahi yang luas! Gunakan berus ‘contour’ yang sama dan ‘contour’ di sepanjang dahi. Ambil berus lebih besar dan ‘blend’ kebawah. Usah ‘blend’ terlalu kasar tetapi lakukan dengan perlahan untuk mendapatkan kekemasan yang rapi!
Contour hidung
Tujuan contour hidung ini dapat memancungkan dan memberi volum kepada bentuk hidung anda. Anda boleh menggunakan berus khas untuk ‘contour hidung’, atau pun berus yang lebih nipis. Mulakan dari tengah, naik ke atas dan turun ke bawah. Pastikan anda melakukan proses ‘blend’ ini secara telitit untuk memastikan kesan ‘contour’ tadi tidak terlalu tajam, comot dan ‘harsh’.