Tekanan Darah Tinggi Boleh Pecah Urat Di Kepala, Jue Aziz Bimbang Keadaan Ibunya!

Share

Pelakon Jue Aziz kongsi rasa sedih apabila ibunya mengalami masalah tekanan darah tinggi yang berpotensi untuk menyebabkan urat pecah di dalam bahagian kepala. 

Menerusi laman Instagramnya, Jue Aziz atau nama sebenar Zuliana Abd Aziz, 39, menyatakan bahawa ini merupakan kali kedua ibunya mengalami masalah sakit seperti itu. Sebelum ini, pada 1 Februari , darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya menyebabkan darah beku di kepala. Kali ini, perkara yang sama berulang kembali.

Ya Allah..ni kali ke-2 mak jadi macam ni. 1st bulan Feb..darah beku kat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor. Nasib sempat bawa mak pergi hospital time tu dah mild stroke.

Tadi pun sama.. Kebetulan ada appointment dengan Dr. hari ini untuk follow up sakit mak..sekali mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala..silap-silap mak pun boleh ikut abah (Alfatihah).

Kongsinya lagi, sakit yang dialami oleh ibunya itu merbahaya kerana tidak menunjukkn sebarang tanda-tanda sakit seperti rasa pening.

Yang bahayanya kali ini, mak tiada rasa pening so tiada petanda sakit. Takut nanti tak sedar diri. Tau-tau je…

Perkongsian yang dimuatnaik itu mendapat perhatian warganet dan ramai yang mendoakan agar kesihatan ibu Jue kembali pulih.

“Ya Allah permudahkan segalanya. Semoga mak cepat sihat. Akak doakan ya Jue. Be strong,” komen Zarina Zainuddin.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan syifa buat mak,” komen ridzuan_pirdaus.

“Semoga mak sis sihat seperti sedia kala.,” komen miss_lyza.

Dalam masa yang sama juga, Jue turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kesihatan ibunya. Team Hijabista juga turut mendoakan agar ibu Jue sembuh dengan cepat dan diberikan kesihatan yang baik.

Sumber gambar: Instagram Jue Aziz

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista.

Klik di sini.

 

 

Published by
Putra