Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik buat anak mereka. Bukan hanya dari segi duniawi, malah untuk bekalan di akhirat juga semestinya akan diutamakan.
Harapan yang sama turut diluahkan oleh pelakon kecil molek, Elfira Loy yang mahu anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf membesar menjadi insan yang soleh suatu hari nanti.
Baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke 26 tahun, Elfira yang mesra disapa El ini berazam untuk menjadi ibu yang lebih hebat setiap hari untuk anaknya yang tercinta.
Rayyan sayang, terima kasih kerana menjadikan saya insan yang lebih baik setiap hari. Saya harap bukan hanya awak dapat menjadi anak soleh kepada saya, malah moga saya juga dapat menjadi ibu yang solehah untukmu. Saya harap dapat menjadi contoh yang baik, ibu yang hebat dan seseorang yang selalu awak boleh harapkan. Semalam adalah hari jadi saya, saya berjanji pada diri untuk membaca sekurang-kurangnya satu muka surat Al-Quran bersamamu. (Harapnya awak tak koyakkan Al-Quran saya)
Gambar ini diambil kerana saya masih ingat gambar ibu saya membaca Al-Quran bersama saya sewaktu saya masih kecil. Harapnya Rayyan akan melihat gambar ini seperti mana yang saya rasakannya.
Sebagai rekod, El sah menjadi isteri kepada Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober 2019 yang lalu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada 10 Februari 2019 iaitu hari esok, genaplah usia selebriti popular iaitu Neelofa yang ke 30 tahun. Mempunyai caranya yang tersendiri bagi meraikan hari jadinya itu, netizen memujinya kerana dia telah memilih untuk menyambutnya dengan mengadakan majlis kerohanian.
Menurut Kosmo, majlis yang diberi nama Light and Love Saturdate itu diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, Petaling Jaya, Selangor dan dikelokakan oleh Imam Muda Asyraf bagi memberi tumpuan dan penerangan lebih lanjut mengenai cara mengerjakan solat dengan lebih sempurna.
Rakan artis iaitu Heliza Hemi juga turut hadir pada majlis berkenaan.
Bersyukur ramai yang berminat untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Neelofa ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya apabila usahanya itu mendapat sambutan yang menggalakkan.
“Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.
“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Bukan acara pertama yang diadakan…
Selain kelas teori, aturcara majlis turut merangkumi sesi soal jawab, demo solat, serta cara bacaan dalam solat yang betul.
Tambah menarik, heroin drama Red Velvet itu juga melakukan demonstrasi solat dengan cara bacaan dalam bahasa Melayu.
Mengulas mengenai demonstrasi maksud bacaan solat, Neelofa menegaskan, bacaan dalam solat perlu dilunaskan dalam bahasa Arab.
“Penggunaan bahasa Melayu pada sesi demonstrasi bertujuan untuk pemahaman sahaja.
“Bacaan solat sebenar wajib dalam bahasa Arab,” katanya lagi.
Light And Love Saturdate bukanlah acara keagamaan pertama yang dianjurkan oleh pihak Neelofa. Sebelum ini mereka juga aktif menganjurkan beberapa kelas berbentuk kerohanian.
Semenjak kerajaan mengarahkan Perintah Mengurangkan Pergerakan ramai selebriti mengisi masa lapang dengan membuat ‘live’ beberapa selebriti Negara di medium Instagram dengan berkongsi topik-topik yang menarik untuk dibincangkan bersama. Antara selebriti yang sering membuat ‘live’ Neelofa, Uyaina Arshad,Nora Danish dan ramai lagi.
Apa yang menariknya topik ‘live’ kali ini kedua selebriti terkenal ini dan juga usahawan wanita yang berjaya menzahirkan rasa nasib peniaga-peniaga kecil apabila tempoh Perintah Pengurangan Pengerakan dilanjutkan sehingga 14 April.
Terdahulu Neelofa pernah membuat ‘live’ dengan selebriti seperti Nora Danish, Rossa dari Indonesia Pak Nil dan beberapa selebriti yang terkenal. Apa yang menarik pada ‘live’ yang berlangsung pada 25 Mac jam 5.00pm antara Neelofa dan Dato Sri Siti Nurhaliza? Sedikit perkongsian dari perbualan ‘live’ mereka yang mungkin membuka mata masyarakat ramai.
Ruang dan peluang untuk peniaga kecil menjana pendapatan
Dua selebriti ini juga bergelar sebagai usahawan wanita yang berjaya. juga rasa tamparan besar dengan penularan virus COVID-19 pada perniagan mereka. Mereka menzahirkan rasa bagaimana pula impaknya pada mereka perniaga-peniaga kecil.
Melihat entri media sosial Dato Sri Siti Nurhaliza, beliau selalu membuat ‘review’ makanan di IG story, menurut beliau dengan cara itu dapat menolong peniaga-peniaga kecil menjana pendapatan. Agar ruang dan peluang ini dapat membantu pendapatan golongan ini.
Menurut Neelofa pula, segala perancangan beliau untuk perniagaannya menjelang musim raya terpaksa dirangka balik bagi menghormati keadaan semasa negara. Umum mengetahui Neelofa sendiri mempunyai perniagaan makanan segera 12eat, pakej nasi berlauk yang memudahkan anda yang menjalani perintah kerajaan ini tanpa keluar rumah. Sangat mudah!
Sejajar dengan perintah ini, anda disarankan duduk dirumah begitu juga peniaga-peniaga kecil. Sejajar itu, Neelofa mencadangkan peniaga-peniaga ini perlu lebih kreatif dari segi pemasaran dengan menggunakan medium media sosial secara digital dan merangka balik perniagaan sesuai dengan ekonomi sekarang.
Di mana sumbangan selebriti Malaysia untuk membantu mangsa covid-19
Ramai juga tertanya-tanya, apakah innisiatif selebriti Malaysia untuk tampil membantu seperti selebriti luar Negara seperti Korea. Neelofa betulkan pemahaman netizen, bentuk bantuan selebriti Malaysia tidak perlu untuk dihebahkan kepada umum. Mungkin inisiatif mereka ada melalui jalan yang tersembunyi atau hub-hub yang lain berkemungkinan bukan dari segi wang.
Bagi Dato Siti pula, “Sekiranya anda nak menghebahkan sedekah itu tidak salah, kerana dengan usaha anda mendorong mereka turut serta menderma. Pada yang bersedekah secara sembunyi itu antara mereka dengan yang Esa”. Ujarnya
Kedua selebriti ini juga meminta, peluang ini harus di ambil sebaik mungkin, menghargai mereka yang berkorban masa dan tenaga berjuang menyelamatkan mangsa covid-19. Anda yang di rumah bantu mereka duduk rumah mencari kebahagian bersama orang tersayang.
Di sokong oleh Neelofa, mencari kebahagian diri bukan dengan banyaknya wang atau harta yang kita ada. Bagi Neelofa kebahagian utama ialah mengenal diri sendiri terlebih dahulu dan disusuli kebahagian berada dengan orang yang di sayang. Jadi rebutlah peluang yang Allah beri ini dan jangan sia-siakan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mohon diteguhkan hati, penyanyi, Ernie Zakri, 28, mengumumkan penampilan terbaharunya iaitu bertudung menerusi laman Instagramnya semalam.
Menurut Ernie, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri.
“Moga saya terus istiqamah dan melakukannya kerana Allah SWT.
“Ikutkan, saya sudah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma, kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,” ujarnya kepada BH Online.
Jelasnya, dia menghantar mesej pada ibunya kira-kira jam 2 pagi, kelmarin untuk memberitahu keinginannya mahu berubah imej.
“Saya mesej Mama, biarpun kami tinggal sebumbung. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan mahu bertudung.
“Nyata, ia menggembirakan hati Mama. Saya akui ada di kalangan ahli keluarga terkejut dengan keputusan ini, apatah lagi pada saat kerjaya sedang meluncur laju.
“Saya percaya seseorang harus tekad membuat keputusan besar dalam hidup, terutama soal penghijrahan diri tanpa tekanan sesiapa,” katanya.
“Saya rasa gembira dan lengkap setiap kali bertudung. Penghijrahan ini tidak akan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan. Saya akan terus menyanyi,” katanya akan muncul dengan muzik video single terbaharu berjudul Gundah pada 27 Mac ini.
Perkongsian pelantun lagu Ku Bersuara dengan penampilan berhijab disambut dengan pujian. Ramai teman artis juga mengucapkan tahniah atas keputusannya untuk menutup aurat.
Jelas Uyaina, tuntutan kerja sebagai selebriti membuatkan dirinya sentiasa perlu bersiap dan ditatarias agar tampil rapi dan presentable sebelum wajahnya menghiasi kaca televisyen.