Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk memperoleh tubuh yang sihat. Antaranya dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal, sering menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin.
Selain itu, hijabi juga boleh menambah tabiat mengamalkan minum teh kombucha sebagai rutin pada setiap pagi hari! Ini demikian kerana, teh hasil daripada proses fermentasi ini bakal memberikan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan anda!
Teh Kombucha dipercayai boleh membantu hijabi menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga dikenalpasti dapat mengurangkan inflamasi dan iritasi terhadap tubuh badan. Malah, ia juga baik untuk sistem pencernaan sekligus menguatkan daya tahan serta sistem imunisasi tubuh anda serta mampu mengeluarkan racun di dalam tubuh.
Justeru di sini Hijabista, senaraikam tiga kelebihan serta manfaat teh Kombucha dengan lebih mendalam. Jom ketahui manfaatnya sis!
Jika hijabi mempunyai cita-cita untuk menurunkan berat badan, jadi tidak ada salahnya anda mencuba mengamalkan minum teh Kombucha ini. Malah, kandungan kafein pada kombucha dapat meningkatkan kadar metabolisme badan sehingga mampu mengurangkan lemak tubuh dengan lebih pantas.
Namun, meskipun sudah mengamalkan teh Kombucha ini. Hijabi juga masih perlu mengawal pola pemakanan. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, serta mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Di samping itu, hijabi juga perlu cakna berkenaan jumlah gula yang terkandung di dalam setiap botol Kombucha yang anda beli, kerana kandungan gula yang tinggi dalam botol Kombucha tidak akan menyumbang kepada pengurangan lemak dalam badan anda.
Kombucha ini dijuga amat kaya dengan kandungan probiotik sehingga bakteria jahat yang berumah di dalam usus dapat disingkirkan. Ini kerana probiotik membantu bakteria baik di dalam usus untuk lebih mudah bekerja dan mencegah terjadinya infeksi, obesiti mahupun diabetes.
Tetapi, Hijabi juga tidak boleh meminum teh Kombucha ini secara sembarangan. Hijabi perlulah menitikberatkan kebersihan teh Kombucha yang diminum agar terhindar dari hal-hal yang tidak diinginkan.
Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!
Sistem imunisasi badan yang kuat juga boleh Hijabi diperoleh hasil daripada mengamalkan minum teh Kombucha secara konsisten.Teh Kombucha mengandungi vitamin B. Vitamin merupakan kunci kepada kesihatan sistem imunisasi seseorang.
Teh yang difermentasi ini juga mengandungi asid asetik dan glucuronide yang tinggi. Bahan-bahan ini dikenali sebagai antimicrobial yang bertujuan melawan pertumbuhan bakteria jahat.
Haa.. Sekarang dah tau kan manfaat teh Kombucha ini untuk tubuh badan Hijabi? Tetapi menurut hasil kajian dari Cleveland Clinic, teh Kombucha ini hanya boleh diminum sebanyak 4 Ounce (Oz) setiap hari tau.
Ini demikian kerana, jika anda minum teh Kombucha ini secara berlebihan ia bakal membuatkan hijabi sakit kepala, mual atau menderita penyakit pencernaan lainnya. Jadi awas ya! Pastikan anda minum kuantiti sesuai yang telah disyorkan.
Artikel berkaitan: Tak Perlu Bazirkan Wang! Cantikkan Kulit Secara Semulajadi Dengan Air ‘Ajaib’ Ini, Buat Di Rumah Je
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.