Mungkin anda pernah dengar khasiat dan kebaikan meminum teh hijau ini jika dibandingkan dengan teh hitam. Teh hijau atau Green Tea merupakan minuman berkhasiat yang dapat membantu anda melawan proses penuaan berlaku dengan cepat. Ianya sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk badan serta minda anda.
Apakah kebaikan minuman teh hijau atau green tea?
Digunakan sebagai teknik perubatan sejak beribu tahun lalu, teh hijau yang berasal dari negara China ini mempunyai pelbagai kegunaan untuk melawan penyakit iaitu mengurangkan tekanan darah dan mengelak terjadinya kanser.
Terdapat pelbagai manfaat dalam teh hijau ini seperti kurangkan berat badan, melawan diabetes/kencing manis, penyakit jantung, kanser esofagus, mengawal kolestrol, Alzheimer/Parkinson dan depresi. Jadi amalkan pengambilan teh hijau dari sekarang dengan merujuk senarai dibawah;
1. ChaTraMue – Original Thai Green Tea
Teh hijau /green tea berkualiti tinggi dan murah, terbaik dari Thailand
Teh hijau yang dihasilkan di pergunungan bersuhu sejuk di Thailand ini telah menjadi kegemaran masyarakat Thailand sejak 73 tahun lamanya. Bancuhan teh hijau ini adalah khas untuk anda yang menggemari teh hijau bersama susu.
Bagi mendapatkan khasiat teh hijau, campurkan serbuk teh hijau ini bersama susu segar dan madu untuk menggantikan susu pekat.
Terbaik untuk kurangkan berat badan/kurus
2. AHMAD Tea Green Tea
Terbaik untuk kurangkan berat badan/kurus
IKLAN
Teh hijau lebih baik daripada teh hitam kerana ianya tidak melalui proses penapaian. Sesuai untuk anda yang sedang melalui proses berdiet, teh hijau dapat membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi.
Teh hijau dari jenama Ahmad ini diterbangkan khas dari kota London, selamat diminum untuk semua peringkat umur.
3. NATURE’S Cuppa Organic Green Tea
Teh hijau non-kafein, baik untuk ibu mengandung dan sedang menyusu
Bagi para ibu yang sedang mengandung atau menyusu, elakkan pengambilan minuman yang mempunyai kafein. Ini kerana untuk ibu mengandung, janin akan bermasalah manakala buat ibu sedang menyusu, ianya tidak elok buat si kecil yang meminum susu badan anda.
Diperkaya dengan bahan semulajadi dan herbal, Dilmah Pure Green Tea ini selamat untuk diminum oleh anda yang sedang menyusu. Baunya bagaikan aromaterapi, dapat melegakan minda anda. Yang penting, bebas pengawet tambahan dan bahan kimia membahayakan.
4. EASTERN Vital Lemon Green Tea
Teh hijau perasa Lemon – untuk anda yang dalam proses diet
Salah satu cara berkesan untuk menurunkan berat badan adalah mengambil minuman teh hijau bersama dengan lemon dan tanpa gula. Tips diet sihat ini dapat mengawal kolestrol serta menghapuskan lemak dan kalori yang ada dalam badan anda.
IKLAN
Diekstrak daripada daun teh hijau Camellia, daun teh jenis ini tidak melalui proses penapaian dan antioksida serta penuh nutrisi.
Terbaik untuk mencegah kanser dan tumor
5. OSK Green Tea
Halal dan terbaik dari Jepun untuk mencegah kanser dan tumor
Khas dari Jepun dan diperbuat 100% daripada bahan asli daun teh dan tidak mengandungi perisa atau pengawet tambahan yang akan membahayakan kesihatan. Tinggi dengan antioksida yang dapat membantu mencegah serta melawan penyakit kanser dan tumor.
Teh hijau ini juga dapat merendahkan tekanan darah serta membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Baik untuk semua peringkat umur, ianya mampu memberi tenaga buat anda menjalankan aktiviti seharian tanpa rasa keletihan.
6. ORGANIC Herbal Turmeric Tea – Delicious Green Tea Flavour
Teh hijau sesuai untuk membuang toksin dalam badan (detox)
Teh hijau yang mengandungi herba semulajadi dari kunyit dengan haruman buah limau kasturi ini dapat memberikan tenaga serta meneutralkan kembali tahap metabolisma dalam badan anda.
IKLAN
Teh hijau dengan campuran kunyit ini juga dapat mencegah serta mengurangkan kesan keradangan. Usah risau, ianya selamat untuk diguna dan disyorkan oleh ahli perubatan.
7. GINGEN Green Tea with Ginger
Baik untuk membuang angin dalam badan campuran teh hijau dengan halia
Halia kaya dengan phytonutrien dipanggil gingerols ini sangat baik untuk membuang angin bagi anda yang mengalami kembung perut atau masalah sistem pencernaan. Kajian menunjukkan bahawa halia merupakan salah satu bahan antioksidan, anti-radang dan anti-bakteria.
Teh hijau yang mengandungi halia ini, baik untuk melawan penyakit seperti arthritis, migrain, lelah, penyakit jantung, pedih ulu hati, kanser dan mual. Ianya dapat melindungi sel-sel dalam badan daripada radikal bebas serta mengekalkan keremajaan anda.
8. NESTLE Nestea Honey Green Tea
Teh hijau bercampur madu, kurangkan gula untuk elak diabetes
Antara manfaat teh hijau yang dicampur madu ini adalah meningkatkan kelancaran minda, membakar lemak, mencegah kanser, menyihatkan gigi serta tulang anda daripada menjadi rapuh.
Untuk kesegaran minda yang berpanjangan, ambillah minuman rendah kafein ini, ianya memberikan oksigen kepada otak anda supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.
SUMBER : Producnation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai manusia, kita sentiasa diberikan ujian oleh Allah SWT. Ujian merupakan tanda Allah SWT sayangkan hambaNya. Ada yang diuji dengan kegagalan, kesusahan mahupun penyakit.
Bila diuji dengan penyakit, pasti ada segelintir individu yang hilang harapan dan beranggapan bahawa mereka sudah tidak ada hala tuju melainkan berserah dengan segala ketentuan. Namun, ada juga yang berusaha sehabis baik melawan penyakit dan tetap menjalani hidup seperti biasa; seperti video yang tular di Tiktok baru-baru ini, dimana seorang wanita sanggup menerima seorang pesakit kanser sebagai suaminya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Siti Marha, dia dilihat tersenyum ketika bersanding dengan pasangannya hanya terlantar di atas pelamin pada majlis perkahwinan mereka di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Suami penghidap kanser Leiomyosarcoma
Difahamkan, suaminya menghidap penyakit kanser barah otot (Leiomyosarcoma) tahap empat. Sejak September lalu, suaminya tidak dapat dapat berjalan disebabkan kanser yang merebak ke tulang belakang.
Suaminya, Mohd Hashmi, 36, bahkan tidak mampu untuk bergerak menggunakan wheelchair kerana kaki yang bengkak dan tidak boleh bengkok. Disebabkan itu lah, mereka terpaksa menempah ambulans untuk memudahkan pergerakan di hari perkahwinannya.
“Memandangkan suami terlantar sejak September tahun lalu dan kerap keluar masuk pusat perubatan, maka kami buat persediaan ala kadar saja, malah tidak bertunang sebaliknya hanya mendahulukan yang wajib.
“Ikutkan, kami nak buat majlis sederhana saja dan akad nikah di pejabat kadi, tetapi jadi meriah pula dengan akad nikah serta persandingan diadakan pada hari yang sama.
“Saya beryukur kerana semuanya berjalan lancar walaupun saya perlu menemani suami menaiki ambulans untuk ke dewan majlis.” ujar Siti Marha melalui Harian Metro.
Momen awal perkenalan
Membuka kisah bibit-bibit awal perkenalan mereka, Siti Marha yang juga jururawat berkata, dia berkenalan dengan suaminya sejak sembilan tahun lalu ketika Mohd Hashmi dimasukkan ke pusat perubatan tempatnya bertugas untuk mendapatkan rawatan akibat terbabit dalam kemalangan.
“Suami sebenarnya adalah pesakit lama saya kerana mengenalinya ketika dia dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan pada 2013.
“Selepas dia (Mohd Hashmi) keluar wad, kami tidak berhubung langsung dan tak sangka akan bertemu semula di pusat perubatan sama selepas lapan tahun, malah kami masih kenal satu sama lain.
“Pada awalnya, saya tiada perasaan terhadapnya kerana niat awal ketika bertemu adalah untuk merawat, rawatan fisioterapi serta membuat dressing (cuci luka) namun lama-kelamaan timbul pula rasa sayang terhadapnya,” katanya.
Ketika dipersoalkan mengapa dia menerima suaminya itu meskipun serba kekurangan, Siti Marha berkata dia merupakan kekuatan suaminya ketika menghadapi detik-detik paling sukar dalam hidupnya.
“Semangat suami kuat walaupun ada ketikanya dia down dan baginya, saya hadir dalam ketika dia berada di titik terendah dalam hidupnya.”
“Jadi, selagi diberikan kudrat dan kekuatan, saya akan berusaha menjaga suami dengan sebaiknya dan memberinya keselesaan” ujarya lagi.
Usai video yang tular di Tiktok itu, rata-rata netizen mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar rumah tangganya bahagia serta suaminya cepat sembuh. Video tersebut kini telah mendapat lebih 37.5K kesukaan.
“Assalamullaikum..apa2 banyak2 brsabar semua ini ujian dri Allah. Allah sayang kita sebab itu kita terima ujian darinya…”
“Semoga bahagia abg n kakak,amat2 terharu saya tengok.”
“Selamat pengantin baru Adik dan suami.semoga Jodoh dan kebahagian kekal hingga jannah. Syaafaqalkah semoga suami adik cepat sembuh Aamiin”
“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga 🤲 Aamin”
MasyaAllah, besar sungguh hati wanita ini. Hijabista turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal sampai akhir hayat dan semoga diberikan kekuatan dan kesembuhan.
Sumber info dan gambar: Harian Metro dan TikTok Siti Marha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.
Permohonan i-Lestari itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara dalam talian. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk memohon.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Tak perlu dah susah-susah buat i-akaun untuk mohon i-Lestari.
Apa tu i-Lestari?
Kemudahan untuk mengeluarkan sehingga RM500 dari akaun 2 KWSP. Sebelum ini, pencarum perlu cipta i-akaun dahulu dan mohon dari situ. Memandangkan ini telah menyukarkan orang ramai, Kerajaan telah membuat satu inisiatif bagus untuk memudahkan permohonan i-Lestari.
Hanya klik https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN BAHARU untuk mula memohon. Nak semak permohonan pun boleh.
INI LANGKAH-LANGKAHYA:
Maklumat ringkas berkenaan i-Lestari.
1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja dan secara bulanan. Bilangan bulan yang boleh dikeluarkan dikira dari tarikh penerimaan permohonan sehingga tamat tempoh i-Lestari pada 31 Mac 2021.
3. Syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia, berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
4. Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
5. Ahli KWSP boleh keluarkan minimum RM50 sehingga RM500 sebulan bergantung kepada baki di akaun 2.
6. Bayaran akan dibuat mulai bulan Mei 2020 untuk permohonan mulai April 2020 manakala permohonan mulai Mei 2020 akan dibayar mengikut tarikh permohonan.
7. Setelah permohonan dibuat, amaun yang dipilih tidak boleh diubah buat masa ini.
Banyak yang dapat kita lihat di medai sosial berkenaan isu menghina dan merendahkan orang lain oleh kerana imej atau rupa paras sesetengah individu. Meski pun tidak semua yang berkelakuan seperti ini, tetapi agak kesal di lihat apabila ramai yang masih ada pemikiran kolot.
Hakikatnya, manusia ini bukanlah siapa-siapa yang berhak untuk menghina sesama makhluk yang lain. Kita semua di ciptakan olehNya dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak untuk menghukum seseorang. Penghinaan yang mereka lontarkan itu pula seakan-akan menghina ciptaan Allah swt.
Terdahulu, kita pasti akan dapat melihat secara terang-terangan berlaku sama ada pada kita atau orang lain apabila datang seseorang menerpa dengan niat yang tidak baik. Mungkin pada mereka ia sekadar teguran atau sindiran mahupun gurauan yang menjadi ‘kebiasaan’ untuk mereka.
“Kau tak cukup makan ke? Kesian kurus tulang sahaja.”
“Kau ini terlebih zat, cuba kurangkan sikit, kesian aku tengok badan kau. Nanti tua-tua banyak penyakit.”
Itu adalah salah satu contoh dialog yang sering kita lihat jika seseorang itu menerpa dengan ayat-ayat yang sengaja untuk membuatkan seseorang itu terasa sedih dan sangat kecewa dengan rupa paras mereka. Perkara ini sangat di tegah dari aspek sosial mahupun agama.
Semua ciptaan Allah swt mempunyai kelebihan dan juga hikmahnya tersendiri, mereka tidak di ciptakan tanpa sebab. Cela yang mereka miliki itu sebenarnya hasil ciptaan Allah swt untuk mereka, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghina mereka atas sebab-sebab begitu.
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.” (Surah At-Tin, ayat 4)
Jika kita lihat di sosial media, terlalu ramai orang yang begitu bersahaja melontarkan komen serta kata-kata yang menghina orang lain atas dasar mereka tidak mengikut beauty standard yang menjadi pilihan orang ramai. Namun, adakah itu menjadi sasaran buat ramai orang untuk melepaskan geram dan mencerca rupa paras makhluk Allah swt yang lain?
Ketika zaman Rasulullah saw juga berlakunya perkara seperti ini di mana sebahagian dari sahabat baginda mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud oleh kerana beliau memiliki betis yang kurus. Lantas, Rasulullah saw menegur perbuatan tersebut:-
Maksudnya: Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud (HR Ahmad)
Ada juga situasi yang pernah terjadi pada Saidina Bilal. Seorang sahabat pernah berkata dan juga mencerca warna kulit Saidina Bilal yang hitam. Tindakan sahabat yang tidak baik ini di tegur oleh Rasulullah saw:-
إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ
Maksudnya: Sesungguhnya engkau memiliki sifat jahiliah! (kerana mengejek sahabatmu) (HR al-Bukhari).
Jelas di sini kita dapat lihat meski pun kita hanya berniat untuk bergurau dengan seseorang, janganlah keterlaluan sehinggakan menghina rupa paras mereka. Ciptaan Allah swt adalah sempurna dari setiap makhluk tidak kira bagaimana kulit, bentuk, mahupun yang lain-lainnya, semua makhluk adalah unik. Ingatlah, jangan di sebabkan penghinaan kita terhadap orang lain, kelak kita akan di hina lebih teruk.
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti 'wanita timur tengah' apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.