Kecantikan

Teh Hijau ‘Kaya’ Antioksidan Sebab Itu Cara Penyediaan Kena Betul Supaya Khasiat Tak ‘Lari’

Share

Teh hijau atau green tea merupakan antara minuman paling berkhasiat dan kaya dengan antioksidan. Kebaikan teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi.

Namun masih ramai lagi yang keliru tentang cara-cara penyediaan teh hijau yang betul. Berikut dikongsikan cara penyediaan teh hijau.

CARA PENYEDIAAN TEH HIJAU YANG BETUL

Saya ni boleh dikatakan ‘hantu’ teh la jugak. Teh hijau, teh halba, teh black seed, teh mulberry, teh jasmine antara yang saya pernah cuba. Kalau kat rumah saya, stok wajib adalah Ahmad Green Tea Pure. Jasmine green tea untuk tukar-tukar selera. Sebab baunya yang harum bangaaat, tak leh move on. Nak jugak pekena sekali sekala.

Kali ni bukan nak citer pasal teh-teh ni semua, tapi nak kongsi cara penyediaan teh hijau yang betul. Macam-macam versi penyediaan teh hijau yang kita dengar. Dulu-dulu saya laki bini pun berbeza pendapat cara bancuh teh hijau.

Kejap kena rendam lama, sebab nak bagi zat-zat semua keluar la. Kejap tak boleh rendam lama la, nanti tak sedap. So, saya yutiub untuk dapatkan info yang tepat. Sumber yang saya dapat adalah dari pengamal terapi dalaman china.

Teh hijau mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Jadi amatlah rugi jika kita tidak dapat manfaatkan kebaikan teh hijau ni dengan penyediaan yang betul.

Tip yang perlu diingat adalah:

1. Jangan rendam teh hijau dalam air yang menggelegak. Biarkan suhu sedikit menurun sekitar 75-80 darjah Celsius baru boleh rendam uncang teh hijau.

2. Jangan rendam teh hijau terlalu lama. Tempoh yang paling baik adalah 1-3 minit sahaja.

3. Untuk dapatkan kebaikan yang maksimum, jangan masukkan sebarang pemanis tiruan seperti gula. Jadi nikmatilah teh hijau dengan rasa dan aromanya yang asli, lembut dan segar. Tak perlu risau, teh hijau ni tak rasa pahit pun. Serius menenangkan dan menyegarkan tubuh dan minda korang. Selamat mencuba.

Aturan tambahan dari Kirana Homeopathy :

1. Siram dulu secawan air panas tak menggelegak dalam bancuhan teh lalu buang airnya kemudian tuangan yang kedua baharulah diminum.

2. Elakkan guna uncang kerana ia kertas diputihkan dengan bahan kimia (boleh koyakkan kertas uncang dan masukkan teh terus ke dalam cawan).

3. Gunalah cawan batu yang bibirnya tebal.

Selamat menikmati….

Sumber kredit: Sumaiyah Abdullah

Published by
Norhasliza