Mampu Kurangkan Berat Badan, Teh Cendawan ‘Mekah’ Boleh Juga Kuatkan Memori. Tapi Kesan Sampingannya Pada…

Share

Namanya cendawan ‘Mekah’ tetapi bukanlah cendawan mahupun berasal dari Mekah. Jadi apakah ia sebenarnya?

Ia merupakan sejenis minuman yang semakin popular kerana mempunyai khasiat tersendiri yang membantu mereka yang mengalami masalah seperti memori yang lemah, melegakan sindrom prahaid dan juga membantu untuk menyuburkan rambut! Namun, anda perlu tahu dahulu keburukan dan cara pengambilan yang betul.

Kenapa dipanggil Cendawan ‘Mekah’?

Anda mesti bingung kenapa panggil cendawan ‘Mekah’ tapi bukan cendawan dan berasal dari Mekah? ‘Cendawan’ merujuk kepada bentuk rupa dan teksturnya yang seolah-olah bentuk kepala beberapa jenis cendawan. ‘Mekah’ pula merujuk kepada sifatnya yang asing.

Ia sebenarnya dikenali sebagai Kombucha yang berasal dari negara China sekitar tahun 2,000 sebelum masihi. Asal nama Kombucha pula daripada nama seorang doktor dari korea yang bernama Dr. Kombu. 

Bagaimana Cendawan ‘Mekah’ dibuat?

Cendawan ‘Mekah’ atau Kombucha ini sebenarnya terhasil daripada penapaian air teh hijau, hitam, ataupun oolong manis bersama gula, yis dan bakteria. Proses penapaian bagi teh ini pula selalunya memakan masa dalam 7 hingga 10 hari sebelum ia boleh diminum dan semakin lama dibiarkan, semakin kurang rasa manis disebabkan bakteria telah memakan gula dalam campuran teh itu.

Setelah siap proses penapaian, maka terhasilnya teh Kombucha atau teh cendawan ‘Mekah’ yang menjadi seperti bergas, mempunyai cuka, vitamin B, enzim, probiotik dan tinggi kandungan asid–asetik, glukonik dan laktik. Hasil penapaian itu juga akan dicampurkan bersama jus-jus buah-buahan asli dimana terhasilnya pelbagai perisa seperti delima, nenas, dan buah naga.

Dan kalau anda nak tahu teh cendawan ‘Mekah’ atau Kombucha ini tidak sama sifatnya dengan Bir dan Wain walaupun melalui proses penapaian dengan yis. Ia sama sekali berbeza kerana Cendawan ‘Mekah’ menghasilkan dua komponen seperti bakteria asid laktik dan bakteria asid asetik yang dianggap sebagai perosak bir dan wain.

Keburukan teh Cendawan ‘Mekah’

Sebenarnya ia tidaklah memberhaya kepada mereka yang ingin cuba atau amalkan minuman teh Cendawan ‘Mekah’ ini. Tapi anda perlu tahu kesan-kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan jika mengambil minuman ini tanpa pengetahuan yang lengkap.

Sebelum mengambil teh ini, anda perlu berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba bagi mendapatkan kepastian. Antara individu yang perlu mendapatkan kepastian adalah:

  • Jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi kerana anda perlu mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor dalam fasa ini
  • Anda sedang mengambik ubat-ubatan lain.
  • Mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan seperti fungsi sistem imun yang lemah
  • Mempunyai alahan seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Jangan khuatir! Teh Cendawan ‘Mekah’ ada kebaikannya juga

Menurut Link (2022) melalui laman sesawang Dr.Axe, teh Cendawan ‘Mekah’ ini memberikan beberapa khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkan pengambilan teh ini seperti:

  • Membantu menguatkan memori
  • Melegakan sindrom prahaid
  • Membantu penghadaman
  • Menurunkan berat badan
  • Meningkatkan tenaga
  • Detoksifikasi badan
  • Membantu sistem imun
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Membantu untuk menyuburkan rambut

Minuman teh cendawan ‘Mekah’ ini juga dijadikan sebagai minuman alternatif untuk anda yang ingin cuba mengurangkan pengambilan minuman yang manis. 

Artikel berkaitan: Turunkan Berat Badan 5kg Sehari, Pakar Cadang Waktu Terbaik Untuk Sarapan. Cuba Juga Hidangan Ini!

Nampak menarikkan sis? Anda boleh cuba tapi pastikan keadaan kesihatan anda mengizinkan, selamat mencuba!

Sumber: HelloDoktor , Dr. Axe , JiwaSihat , Era Muslim , theAsianparent 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH