Teguran Buat Wanita Yang Masih Perlukan Telekung Waktu Solat, Itu Maknanya Aurat Belum Tertutup Sempurna!

Share

Telekung merupakan keperluan bagi wanita untuk menunaikan solat. Untuk solat, wanita perlu menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, telekung ibarat pelengkap aurat wanita.

Hakikatnya, wanita juga boleh solat tanpa perlu memakai telekung, asalkan pakaian yang dipakai menutup aurat.

Yang menjadi persoalannya adalah mengapa ramai wanita masih lagi menunggu telekung jika mahu solat? Mengapa tidak terus solat sahaja? Bukankah aurat sudah ditutup, jadi mengapa tunggu lagi?

Ini persoalan yang ditimbulkan oleh seorang wanita bernama Sara. Keadaan ini sudah lama diperhatikan oleh Sara di surau-surau serta masjid-masjid. Sekiranya tiada telekung, maka terpaksalah tunggu hingga orang lain habis gunakan.

Menariknya, Sara juga turut menegur aurat wanita yang masih tidak tertutup sempurna walaupun bertudung. Semoga perkongsian Sara ini bermanfaat untuk hijabi di luar sana.

Solat Tanpa Telekung

Assalamualaikum, saya Sara. Dah lama sebenarnya nak nasihat secara umum pasal ini. Telekung dan aurat. Sepanjang pemerhatian aku dekat masjid-masjid, surau-surau yang ada kebanyakannya telekung tu jadi syarat nak solat.

Takda telekung tak dapat solatlah, kena tunggu orang lain habis solat baru dapat guna bergilir-gilir. Sampai lunyai telekung tu dengan kesan mekap dan macam-macam peta.

Islam dah mudahkan. Asalkan kita pakai tudung dah tutup paras bawah dada dan tak nampak bentuk, baju bawah punggung dan tidak ketat, kaki bertutup (stokin), pakai kain(skirt), seluar pun boleh asalkan longgar dan tidak jarang. Cukup untuk bawa solat.

Diana Amir, antara contoh selebriti yang menutup aurat dengan sempurna.

Jika tak cukup syarat diatas ketahuilah anda tak sempurna tutup aurat. Kalau aku ada tertinggal syarat tutup aurat bagitahu. (Silakan kecam aku tak kisah)

Dah baik, cukup syarat semua tu tak perlu lagi nak bawak telekung dalam beg sentiasa, tak perlu lagi nak tunggu orang lain nak guna telekung, tak perlu pakai telekung yang tak berbasuh dan penuh dengan kesan mekap. As simple as that. Solatlah dengan selesa.

Manisnya Heliza Helmi.

Tapi aku tahu ramai suka mekap dulu baru boleh siap pakai tudung. No problem. Korang ambik wuduk then pakai mekap dan pakai la tudung dan pakaian yang boleh bawa solat. Boleh je. Tapi bab mekap yang tak halal dan tak boleh bawa solat tu aku tak nak sentuh bab tu sebab dah lari topik. Kalau ada nak ulas pasal tu silakan.

Aku tegur sini sebab aku tak mampu nak nasihat seorang demi seorang. Aku tak nafikan telekung tu memang perlu kalau pakaian kita ada najis atau kotor dan kita tak yakin pakaian kita bersih nak guna untuk solat, bolehla pakai telekung.

Sejuk mata memandang Natasha Hudson.

Kang orang kata aku matikan adat melayu pulak sebab itu amalan pakai telekung adat orang melayu dari dulu sampai sekarang. Tapi negara lain takda pun istilah pakai telekung bila nak solat.

P/S: Aku kat sini bukan nak tunjuk pandai, alim bagai semua tu. Ini hakikat dan kenyataan yang nyata. Kalau nak terima silakan. Berlapang dadalah. Kalau taknak aku tak rugi dan aku dah sampaikan apa yang perlu sebab agama itu nasihat.

Sumber: IIUM Confessions

Published by
Naqiyatul Uzma