Tayamum, Cara Jenazah Covid-19 Yang Meninggal Dunia Disempurnakan

Share

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19 jenazah perlu diuruskan melalui prosedur tayammum. Ia seperti hukum pengurusan mayat pesakit ebola.

Dalam kenyataan itu, dinyatakan jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” tambahnya lagi.

Seorang pengguna Twitter Hasrul Rizwan turut berkongsi tentang perkara ini.

 

ADA YANG BERTANYA ADAKAH CARA MENYEMPURNAKAN JENAZAH COVID-19 SAMA DENGAN CARA JENAZAH PESAKIT AIDS

 

BERIKUT DIKONGSIKAN CARA TAYAMUM JENAZAH #covid19

 

Sumber kredit: JAKIM

Published by
Norhasliza