Bulan Ramadan dan bazaar memang tak dapat dipisahkan. Lazimnya, sebelum berbuka pasti ramai di antara kita yang akan meluangkan masa berkunjung ke bazaar Ramadan terlebih dahulu untuk mencari juadah berbuka puasa.
Malah, tidak kurang juga yang berkunjung ke sana untuk mencari pelbagai hidangan pencuci mulut seperti Murtabak, Roti John serta aneka kuih muih yang bakal menjadi santapan setelah seharian menjalani ibadah puasa.
Meskipun terbeban dengan inflasi dan kenaikan harga barangan runcit yang mencanak naik, namun ramai yang berharap harga makanan di bazar masih berpatutan dengan mempunyai rasa yang sedap dan memuaskan.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila terdapat peniaga bazaar Ramadan yang menwarkan aneka variasi kuih muih kepada pelanggan dengan penawaran harga RM1 per paket begitu mendapat sambutan dari orang ramai.
Memetik laporan sebuah agensi berita terkemuka negara, sejak pemilik gerai kuih itu mula beroperasi pada awal Ramadan tempohari hingga hari ini, sebanyak 3,000 paket kuih berharga RM1 setiap satu habis dijual.
Artikel berkaitan: “Ramadan Hanya Sebulan,” – Fedtri Yahya ‘Seru’ Henti Seketika Penyebaran Berita Negatif!
Hijabista difahamkan bahawa, terdapat pelbagai jenis kuih muih yang ditawarkan di gerai ini antaranya seperti kuih lopes, kuih ketayap, cara berlauk, tauhu bergedil dan lain-lain lagi hasil air tangan sebanyak 24 vendor lain yang juga mengambil bahagian menghantar kuih-muih dan juadah di gerai bertempat di bazaar Ramadan Taman Klebang Restu, Ipoh Perak.
Menurut pembantu gerai, Nurul Nartisa Ishak, gerai mereka beroperasi pada jam 2 petang hingga 7.30 malam setiap hari, sepanjang bulan Ramadan ini.
Tambahnya, selain menawarkan juadah kuih muih dengan harga murah. Terdapat juga koktel buah termasuk aneka juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng dan kuetiau goreng yang enak rasanya dan menjadi rebutan pelanggan.
Narfiza menjelaskan inisiatif untuk menawarkan pelbagai variasi kuih muih ini adalah cetusan idea pemilik gerai yang mahukan kelainan dengan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
“Setiap paket cukup untuk seorang. Jika pelanggan ingin membeli untuk keluarga mereka, mereka boleh membeli kuantiti yang lebih besar tanpa risau tentang harga,” ujarnya.
Malah, Narfisa berkata sambutan yang diterima juga amat luar biasa dan memberansangkan dengan keuntungan purata harian mencecah sehingga RM 3,000 setiap hari.
“Sejak kami mula berniaga dua bulan lalu, kuih-muih dan hidangan lain selalunya habis dijual pada penghujung hari.
“Pelanggan kami teruja dengan harga rendah dan kepelbagaian yang banyak,” katanya.
“Walaupun memperoleh keuntungan nominal, kami gembira melihat ramai orang datang ke gerai kami untuk mendapatkan pelbagai kuih-muih pada harga yang rendah,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian
Artikel berkaitan: DJ Lin Zahir Rasa Syukur, Allah Jemput Jadi ‘Tetamu’ Tanah Suci Di Bulan Ramadan, Pernah..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.