Tau Fu Fa Lembut Macam Beli Di Bazar Ramadan, Guna Tiga Bahan Sahaja, Nak Buat Pun Senang

Share

Tau Fu Fa antara makanan yang paling popular dan dicari ketika di bulan Ramadan. Sama ada di makan bersama gula putih mahupun gula melaka, tau fu fa memang menjadi sajian pembasah tekak yang cukup menyegarkan.

Selain gula putih, ada juga tau fu fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Memang menyelerakan! Sebenarnya ada cara mudah untuk membuat sendiri tau fu fa. Dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja, anda boleh menikmati sajian tau fu fa sama seperti yang dibeli di bazar Ramadan mahupun di pasar malam.

BAHAN-BAHAN:
Agar-agar
Gula melaka
Soya dalam kotak
Daun pandan

Bahan-bahan yang diperlukan.

Air 1 cawan, agar-agar kalau 12 gram ambik separuh sahaja. Jika terlalu lebih, ia jadi keras seperti puding.

Apabila agar-agar sudah mula larut, boleh tuangkan 2 liter air soya atau bersamaan dengan 2 kotak besar air soya. Jika mahu tambah gula pun boleh.

Biar mendidih, kemudian tutup api. Tuang dalam bekas besar sebab nanti kita nak ceduk ala-ala pasar malam agak susah. Simpan peti sejuk selama 2-3jam.

Gula melaka 1 keping+ gula putih 2 sudu, air 3 cawan. Masukkan sekali daun pandan dan halia sedikit (jika suka). Jangan lupa tapis. Jika guna gula putih, langkahnya sama sahaja.

Inilah hasilnya selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 2- 3 jam.

HIJABISTA: Antara amalan baik yang dianjurkan Islam dalam bulan Ramadan adalah memberi makan kepada orang berpuasa. Ganjaran yang disediakan amat besar. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Sumber kredit: Intan Mazura Masri

 

Published by
Norhasliza