Tasha Manshahar Pilih Persalinan Songket Di Majlis Bertandang, Cantik Macam Puteri Dari Kayangan

Share

Jika di majlis pernikahan dan persandingan di sebelah perempuan keduanya mengenakan persalinan moden, tetapi untuk majlis bertandang Tasha Manshahar dan suaminya Raqib Majid sepakat memilih persalinan klasik dengan menggayakan songket yang cukup menawan sekali. Sebaik keduanya melangkah masuk ke dewan, terserlah seri pengantin baru dengan alunan zikir yang mendamaikan jiwa.

Untuk majlis bertandang ini, kedua-duanya sepakat untuk memilih persalinan klasik dengan pemilihan songket tetapi diberi sentuhan moden.

Rekaan busana yang unik dari @lumiereconcept dengan padanan warna lembut menyerlahkan lagi kejelitaan wajah Tasha Manshahar.

Ditambah dengan aksesori cucuk sanggul seakan tiara dengan layah panjang juga dari fabrik songket. Solekan yang nmpak segar hasil sentuhan @erinleolamakeupartist

bersesuaian nyata melengkapi penampilan ratu sehari ini.

Begitu juga Raqib tampak segak menggayakan persalinan lengkap bak pahlawan Melayu dengan tengkolok keris serta capal bersesuaian.

Rata-rata netizen berstuju dengan memberi komen baju yang digayakan sangat cantik untuk majlis bettandang di sebelah raqib yang diadakan di Melaka ini.

n_milla Canteknyaaa bju diaaa luvvv

ezwanaien Makeup cantik, baju cntik

nuraini.noona Beautiful bride. Beautiful bride. Beautiful and unique outfit.

anicryez Nice sgt attire dia…mekap pn cantik..

arfarhim Masya Allah cantiknyaaa

GAMBAR LAIN SEKITAR MAJLIS PERTANDANG:

#1. iamceksu Cantiknye baju pengantin.. pengantin pon cntik orgnyee

#2. qamariasmuzi Cntiknyaaa tahniah

#3. aniskawasaki Ya allah lawanya

#4. nuramaninahizam22 Sweet

#5.milamelow Cantek warna bj pengantin

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZAYAN FM, ERIN LOLA & LUMIERE CONCEPT

Published by
Siti Zurina