Pernah Viral penyanyi Tasha Manshahar menerima bacaan surah Al-Fatihah dari suaminya sebagai pemberian mahar. Ramai tersentuh mendengar bacaan ayat suci berkenan dari suaminya Raqib Majid.

Namun siapa sangka, Ibu kepada dua orang cahaya mata ini sebelum memilih untuk hidup berpandukan jalan agama yang diredai Allah,  Tasha Manshahar turut menerima hidayah dari-Nya dengan cara tersendiri. Perkongsian di laman sosial, twitter menceritakan kisah penghijrahan penyanyi yang popular dengan lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku ini.


Menurut pemilik akaun menggunakan nama Nurul atau @mayinoss dia mendengar kisah penghijrahan Tasha Manshahar ketika penyanyi itu berkunjung ke IPPM suatu ketika dulu.

Ketika lanjutkan pelajaran di IPGKIK, Tasha Manshahar tidak berhijab.

Namun lama kelamaan Tasha mula berhijab, tetapi tudung digayakan dulu pendek. Mula menyanyi di youtube hingga dikenali ramai.

Sejak itu Tasha diintai syarikat rakaman. Waktu ini menurutnya iman cukup teruji. Maklumlah duit banyak masuk, ditambah dengan elaun belajar.

IKLAN

Tambah Tasha, pergaulan dunia artis dan selebriti antara lelaki dan perempuan tidak begitu terjaga. Begitu juga dengan kewajipan solat, tetapi cuba juga sempurnakan solat walau dalam apa cara sekalipun.

Menyanyi hanya pada waktu hujung minggu dan hari biasa sibuk belajar. Tetapi bila sudah mula menyanyi, Tasha rasa seronok dan mula rasa apa yang dia buat tidak betul.

Tasha mula merasakan suara wanta tidak patut dilontarkan pada umum. Dia mula perlahankan menyanyi dan habiskan sisa kontrak dengan syarikat rakaman.

Bila sudah fokus untuk berundur dari dunia seni, Tasha mula fokus belajar dan tamatkan pengajian. Kemudian dia ditempatkan mengajar di sebuah sekolah di Melaka.

 

IKLAN

Ramai teruja apabila Tasha ditempatkan di sekolah berkenaan.

Ketika di sekolah inilah, Tasha mulakan penghijrahannya yang kedua. Tudung dipakai makin labuh, kurangkan tabarruj (bermekap tebal) dan selalu tadabbur Al-Quran. Dia juga menghadiri kelas mengaji dan di sinilah pertemuannya dengan suami, Raqib yang juga penyampai radio Zayan FM.

Namun begitu bukan mudah untuk Tasha sesuaikan diri untuk tidak menyanyi. Ini kerana menyanyi itu memang menjadi minatnya sejak dari dulu lagi. Akan tetapi dia memang mahu berhijrah ke arah yang lebih naik.

IKLAN

Makin lama keinginan untuk menyanyi berkurangan.

Ini pula adalah kisah cinta Tasha Manshahar dan suaminya Raqib. Mereka berdua bertemu di kelas mengaji kendalian Raqib.

Pengajaran dari kisah Tasha ini jangan berhenti berdoa pada Allah kerana takdir kita boleh diubah dengan berdoa. Jangan sesekali putus asa dan sentiasa bertawakkal pada-Nya.

Reda itu terletak pada hati dan bergantung pada kekuatan iman. Reda itu bila kita ikhlas menerima, berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/56nQrka4s8k

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI