Bergelar selebriti terkenal memberi peluang kepada Alyssa Soebandono untuk merasai kemewahan hidup.
Sejak kecil Alyssa Soebandono bekerja keras sekaligus menjadikan asetnya semakin bertambah sehingga kini.
Selain itu, statusnya sebagai isteri kepada Dude Harlino yang merupakan seorang public figure hebat dalam industri hiburan.
Maka, tidak hairanlah Alyssa Soebandono mampu membeli apa sahaja yang diidamkan.
Ini termasuklah beg berjenama mahal sebagai pelengkap gayanya dalam setiap majlis.
Alyssa Soebandono sering tampil dengan gaya sopan dan sederhana namun tas tangan berjenama mewah sentiasa menjadi pelengkap kepada setiap penampilan jelitawan ini.
Menjengah ke Instagram peribadinya, ibu kepada tiga anak ini dilihat mempamerkan gayanya yang semakin cantik dan langsing selepas kali ketiga bersalin secara pembedahan.
Dalam foto ini, Alyssa Soebandono kelihatan sangat bergaya dengan baju berwarna krim. Pinggangnya yang ramping juga kelihatan semakin ketara.
Ciri-ciri feminin terserlah hasil gabungan skirt H-line. Penampilan bertambah manis dan sempurna dengan hijab.
Turut kelihatan jam tangan yang menjadi aksesori gaya Alyssa Soebandono.
Wajahnya yang cantik semakin menawan hasil solekan ringkas dan natural.
Alyssa Soebandono yang berusia 32 tahun ini menambah beg putih bertali berjenama mewah yang menjadikan penampilannya lebih stylish!
Semoga penampilan Alyssa Soebandono ini menjadi inspirasi gaya buat para hijabi di luar sana.