Bergelar selebriti terkenal memberi peluang kepada Alyssa Soebandono untuk merasai kemewahan hidup.
Sejak kecil Alyssa Soebandono bekerja keras sekaligus menjadikan asetnya semakin bertambah sehingga kini.
Selain itu, statusnya sebagai isteri kepada Dude Harlino yang merupakan seorang public figure hebat dalam industri hiburan.
Maka, tidak hairanlah Alyssa Soebandono mampu membeli apa sahaja yang diidamkan.
Ini termasuklah beg berjenama mahal sebagai pelengkap gayanya dalam setiap majlis.
Alyssa Soebandono sering tampil dengan gaya sopan dan sederhana namun tas tangan berjenama mewah sentiasa menjadi pelengkap kepada setiap penampilan jelitawan ini.
Menjengah ke Instagram peribadinya, ibu kepada tiga anak ini dilihat mempamerkan gayanya yang semakin cantik dan langsing selepas kali ketiga bersalin secara pembedahan.
Dalam foto ini, Alyssa Soebandono kelihatan sangat bergaya dengan baju berwarna krim. Pinggangnya yang ramping juga kelihatan semakin ketara.
Ciri-ciri feminin terserlah hasil gabungan skirt H-line. Penampilan bertambah manis dan sempurna dengan hijab.
Turut kelihatan jam tangan yang menjadi aksesori gaya Alyssa Soebandono.
Wajahnya yang cantik semakin menawan hasil solekan ringkas dan natural.
Alyssa Soebandono yang berusia 32 tahun ini menambah beg putih bertali berjenama mewah yang menjadikan penampilannya lebih stylish!
Semoga penampilan Alyssa Soebandono ini menjadi inspirasi gaya buat para hijabi di luar sana.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Internet Lembap! Rupanya Lupa Nak Lakukan Langkah-langkah Ini. Lepas Ni Berdesup Kerja!
Rata-rata rakyat Malaysia melakukan kerja di rumah, dan penggunaan internet adalah satu keperluan seiring dengan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP). Bukan satu yang memudahkan sekiranya talian internet di kongsi dengan pelbagai peranti di rumah.
Namun bukan admin hendak memusingkan fikiran anda semua, malah perkongsian hari ini untuk memudahkan perkerjaan anda yang semunya berlaku di rumah sekarang dan sehingga tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mungkin ada di antara anda terlepas pandang, langkah-langkah ini sangat mudah dan setelah mengikutinya nada pasti akan terasa kelainan menggunakan internet. Kerja pun berdesup!
Ikuti Langkah Mudah Ini
1. Cari tempat yang sesuai untuk letakkan router
Kedudukan router memang mainkan peranan yang sangat penting untuk kelajuan WiFi. Untuk meminimumkan gangguan sambungan WiFi, anda boleh cuba letakkan router di tengah-tengah rumah, di kawasan tanpa dinding, objek logam atau peralatan tanpa wayar lain.
Boleh letakkan router di tempat tinggi seperti di atas rak kerana router menyalurkan isyarat Internet ke bawah. Bagi yang tertanya-tanya apa perbezaan antara WiFi 5GHz dan 2.4GHz, jom ikut tips yang admin nak bagi ni:
5GHz: Pilih jalur 5GHz apabila anda bekerja rapat dengan router.
2.4GHz: Pilih 2.4GHz apabila anda bekerja jauh dari router ataupun berada di dalam bilik lain.
Sekat semua iklan (ads) di browser
Salah satu lagi cara untuk mengurangkan penggunaan jalur lebar internet adalah dengan menyekat iklan di browser telefon pintar anda. Penyekatan iklan dapat membantu menjimatkan penggunaan data, terutamanya apabila anda menggunakan hotspot mudah alih ketika melakukan kerja atau menggunakan aplikasi lain, ini caranya:
Untuk pengguna Android:
Cari ‘Google’ dalam Settings> Klik pada ‘Google’> Klik pada ‘Ads’> Setkan ‘Opt out of Internet-based ads / Opt out of Ads Personalisation’
Untuk pengguna iPhone:
Matikan ‘Ad Personalisation’ di bawah ‘Ad Personalisation panel and settings’
Padam aplikasi yang jarang digunakan!
Ada beberapa aplikasi yang menggunakan data walaupun semasa anda tak menggunakannya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengambil memori yang banyak dalam telefon pintar anda.
Cuba anda check balik aplikasi dalam telefon pintar yang memang jarang sangat guna dan kalau aplikasi tu boleh diakses di laptop atau PC, baik anda delete sahaja. Jimat data dan ruang!
Elakkan Auto-Sync untuk aplikasi yang jarang digunakan
Ramai sebenarnya yang suka Auto-Sync laptop atau telefon pintar kepada aplikasi yang sering digunakan di tempat kerja, tapi sebenarnya ia boleh melambatkan internet anda.
Jadi, pastikan anda matikan fungsi Auto-Sync di aplikasi-aplikasi yang anda jarang guna seperti iCloud, Dropbox, Google Drive, Slack dan Todoist.
Pasangkan kabel ethernet untuk sambungan yang lebih pantas!
Pernah tak bila ada meeting atau presentation melalui Zoom, tiba-tiba connection anda terputus ataupun tersekat-sekat? Leceh kan macam ni? Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah dengan menggunakan kabel ethernet untuk sambungan ke internet.
Kabel ethernet menyambungkan peranti seperti komputer, laptop, tablet, dan lain-lain ke rangkaian, yang membolehkan anda mempunyai akses internet. Di samping itu internet lebih stabil dan konsisten, sambungan kabel ni boleh meningkatkan kelajuan internet sehingga dua atau tiga kali ganda.
Muat turun secara manual dari strim secara online!
Aplikasi yang ada fungsi offline mode, dimana ia membolehkan kita menonton siri TV kegemaran atau mendengar playlist lagu tanpa disambungkan ke Internet, contohnya, YouTube, Spotify Premium, atau Netflix. Lebih jimat data bila strim secara online.
Sebelum tidur, bolehlah anda download siap-siap movie pilihan anda dan esok boleh terus tengok je. Jimat masa tidak perlu tunggu buffering.
Lagi satu, jangan lupa untuk matikan fungsi auto play, auto download dan auto save di telefon pintar anda, sama ada di platform penstriman atau aplikasi media sosial, sebab ia dapat menyekat kelajuan internet anda.
Strim dengan selamat!
Memandangkan internet dah jadi suatu keperluan buat masa sekarang, penting untuk memastikan anda sentiasa dilindungi dan elakkan dari menjadi mangsa scammers di luar sana!
Begitu juga dengan virus internet dan malware dengan memuat turun perisian antivirus sepeti Avira, Mcafee, Bitdefender dan lain-lain, serta sentiasa memadam cache. Bagi anda yang ada anak, pastikan peranti mereka mempunyai fungsi kawalan ibu bapa dan sekat laman web yang tidak bersesuaian.
Sentiasa reset router!
Sebaik-baiknya reset router 2 atau 3 kali seminggu kerana sambungan WiFi anda boleh terganggu selepas digunakan terlalu lama ataupun apabila disambungkan kepada banyak peranti.
Lepas reset router, mesti anda akan rasa kelainan terhadap kelajuan sambungan WiFi dan secara tak langsung, dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja anda!
SUMBER : OH BULAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Sebab Kenapa Wajib Join Karnival Karangkraf 2018 & Barulah BETUL-BETUL BEST RAYA! Rugi Tak Datang!
Sebut saja Karnival Karangkraf ramai yang sudah sedia maklum kemeriahannya. Bukan sahaja dapat membeli buku atau majalah serendah RM1, tetapi juga berpeluang bertemu artis pujaan dan bermain pelbagai aktiviti menyeronokkan. Tahun ini kelainannya lebih terasa kerana julung-julung kalinya diadakan pada bulan puasa bermula jam 2 petang hinggalah 2 pagi.
Karnival Karangkraf kali ini tampil cukup berbeza dari segi pengisiannya. Malah sempena bulan puasa ini juga anda dijemput untuk sama-sama memeriahkan Buka Puasa Mega Ala Madinah. Buka puasa diberikan secara percuma untuk pengunjung yang hadir ke Karnival Karangkraf ini selama tiga hari berturut-turut.
Bukan itu sahaja usah risau dan kalut mencari persiapan raya kerana terdapat hampir 50 ++ jenama viral online terkenal yang akan berkampung selama 3 hari ini mulai 1 Jun hingga 3 Jun. Pelbagai kelengkapan dari pakaian, biskut raya dan barangan rumah sedia untuk dimiliki hujung minggu ini.
Selain itu ini dia 7 perkara menarik yang tak pernah anda rasai dan membuatkan anda BETUL-BETUL BEST RAYA untuk tahun ini akan berlaku di Kumpulan Media Karangkraf.
1. Duit Raya RM1,000
Rebut peluang untuk dapatkan duit raya yang memang BETUL-BETUL POWER. Caranya adalah dengan hanya main Game Betul Berpinar dan Bibir Berbelit. Tak susah dan cuba dulu sebelum bawa pulang duit raya ini.
2. Jumpa Artis di The Stage Raya
Memang tak sah karnival tanpa kehadiran artis untuk memeriahkan suasana. BETUL-BETUL HIBUR dengan persembahan mereka yang cukup memukau. Antara yang akan hadir adalah penyanyi Black dan Janna Nick.
3. Main Haiwan Peliharaan Di Petting Zoo
Pada ibu bapa yang bawak anak, tak usah risau kerana mereka juga berpeluang lakukan aktiviti. Karnival Karangkraf kali ini menyediakan Petting Zoo dan anak-anak boleh BETUL-BETUL FUN dengan aktiviti ini. Selain bermain, boleh juga berselfie dengan haiwan peliharaan ini.
4. Pertandingan Sedondon Raya
Ini antara aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengunjung yang hadir nanti. Pertandingan Betul-Betul Sedondon Raya ini menampilan pasangan ibu dan anak untuk beraksi di pentas dan berpeluang menang hadiah wang tunai sehingga RM3,500. Namun penyertaan ini telah dibuka di laman web Keluarga, Pa&Ma dan juga Vanilla Kismis.
5. Power Talk Mingguan Wanita
Karnival bukan sahaja untuk kita berhibur dan membeli belah, tetapi juga pengisian ilmu yang cukup bermanfaat. Saksikan secara langsung Power Talk Mingguan Wanita mengutarakan topil Kembalikan Kemaruk Suami yang memang BETUL-BETUL HOT.
6. Betul-Betul Extreme
Bagi yang gemarkan aktiviti lasak pula, boleh babitkan diri dan rasai pengalaman VR Beat saber yang memng BETUL-BETUL EKSTREM. Rugi kalau tak cuba terutama buat hijabi yang gemarkan sesuatu kelainan.
7. Hijab Swap
Ini juga antara aktiviti cukup menarik buat penggemar hijab. Datang bawa hijab lama anda dan boleh tukarkan dengan yang baru. Barulah BETUL-BETUL TRANSFORM untuk sambutan Syawal nanti. Jadi jangan lupa datang beramai-ramai. Tak perlu takut di mana untuk berbuka kerana menyediakan buka puasa secara percuma untuk 3 hari ini.
8. Meet & Greet Dengan Selebriti
Inilah peluang untuk beramaj mesra dengan mereka yang kita gelar selebriti. Barulah dikatakan BETUL-BETU MESRA.
9. Demo Memasak
Tidak ketinggalan juga demo memasak yang akan dikendalikan mereka yang pakar. Demo memasak ini akan menyediakan lauk berbuka dan raya yang BETUL-BETUL SEDAP.
10. Serasi Challenge
Nak tahu pasangan anda itu serasi atau tidak bolehlah menyertai game Serasi Challenge ini. Inilah masanya kita dapat tahu pasangan kita itu BETUL-BETUL SERASI atau tidak.
11. Pasang Sarung Kusyen
Bagi penggemar dekorasi juga jangan lupa untuk menyertai aktiviti ini. Boleh uji kepantasan memasang sarung kusyen dalam BETUL-BETUL HIAS. Barulah raya ini akan lebih terasa kemeriahannya.
Jangan tunggu apa lagi, jangan kemana-mana hujung minggu ini. Datang terus ke Karnival Karangkraf mulai Jumaat hingga Ahad ini dan rasai sendiri pengalaman lain dari yang lain BETUL-BETUL RAYA.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Pendam Sorang-Sorang’- Uyaina Arshad Rasa Sedih Hingga Berpeluh-Peluh Waktu Tidur
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada meluahkan perasaannya di laman sosial apabila dia tiba-tiba mengalami rasa sedih dan stres hingga mengganggu waktu tidurnya.
Tak mahu terus dibelenggu perasaan sebegitu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu telah meminta para pengikut laman instagramnya berkongsi cara bagi mengatasi masalah yang dialami.
Few days ago, I had a severe mental breakdown. Macam-macam rasa yang negatif ada dalam diri. Tiba-tiba rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, stress sampai migraine. And paling teruk bila terjaga pukul 3-4 pagi, berpeluh-peluh lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat2 penat. Rasa worthless.
Pastu Yana tanya dekat igs. Apa yang korang selalu buat kalau rasa down. Thank you kepada yang respond and share dengan Yana. I really appreciate it. Rupanya ramai yang rasa macam tu. In fact, ada yang pernah rasa lagi teruk dari tu 🥵
Alhamdullilahhh I’m feeling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi is kita jangan menidakkan perasaan ni. Jangan suppress atau pendam sorang-sorang. Luahkan dekat orang yang kita percaya. FEEL the feelings and ALLOW the feelings to pass. It’s just a bad phase, not a bad life. Paling penting, kita kena TERIMA diri kita & SAYANGI diri kita sendiri.
Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, trust me negatif lah hidup kita. I’m trying to self-reflect and look at what Allah has bestowed upon me. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdullilahhh.
Semoga rasa negatif ni akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan. Aamiinn 🤲🏻
Also, swipe left to see some beautiful comments & tips dari mereka yang turut berkongsi 😊
Berikutan itu, ramai yang memberi respon terhadap soalan yang diberikan oleh Uyaina termasuklah rakan artis iaitu Janna Nick dan Fiza Frizzy.
Tanpa disangka, ramai juga yang pernah berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama dialaminya dan mengatakan tidak mengapa untuk bersedih seketika namun jangan lupa untuk bangkit selepas itu.
Peringatan sebegini sememangnya sangat berguna untuk seluruh individu sebenarnya. Ramai di antara kita yang memilih untuk berdiam diri daripada meluahkan. Tak elok begitu. Janganlah anggap isu kesihatan mental ini suatu benda yang remeh kerana ia mampu mengganggu kehidupan seharian kita. Let’s take a good care of our mental health sister!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI