Situasi bila ada kenduri akan adalah yang akan membungkus makanan untuk dibawa pulang ke rumah. Biasanya mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan para tetamu.
Ia seakan perkara biasa di kalangan masyarakat kita. Persoalannya bolehkah sebenarnya kita ‘tapau’ makanan kenduri dan bawa pulang ke rumah.
Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanyakan soalan, apakah hukum tapau makanan kenduri? Terima kasih Datuk.
RINGKASAN JAWAPAN:
Hukum tapau makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis.
Begitu juga, pada setengah keadaan, adat kebiasaan setempat atau sebarang petunjuk lain membenarkan perbuatan menapau makanan.
Namun, sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram.
Ads
HURAIAN JAWAPAN
Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kebangkitan.
Sebagaimana kebiasaan, mereka yang menghadiri majlis kenduri perkahwinan, menyambut menantu atau seumpamanya akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah hidangan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kenduri bererti perjamuan makan (yang lazimnya didahului oleh zikir, doa, dan sebagainya) kerana sesuatu tujuan keagamaan, meminta berkat, mendoakan orang yang telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa atau sebagainya.
Sekiranya diperhatikan, aktiviti perjamuan makan ini terpakai ke atasnya suatu konsep atau akad yang dipanggil sebagai al-Dhiyafah (الضيافة) iaitu menjamu tetamu. Ia berbeza dengan akad hibah dari sudut pemilikan oleh kerana akad hibah merupakan sebuah akad pemilikan barangan dan bukannya manfaat.Pun begitu, ia agak hampir dengan akad pinjaman (العارية), dari sudut ketika menjamah makanan yang dihidangkan.
Hal ini kerana, berlakunya konsep al-Ibahah (الإباحة). Konsep ini terbahagi pula kepada dua jenis iaitu Ibahat al-Intifa‘ (إباحة الانتفاع) iaitu keharusan untuk mengambil manfaat dan Ibahat al-Istihlak (إباحة الاستهلاك) yakni keharusan untuk menggunakan sepenuhnya atau menghabiskannya, dan aktiviti kenduri dan jamuan makan kepada tetamu ini terletak di bawah jenis Ibahat al-Istihlak (إباحة الاستهلاك) iaitu keharusan untuk menghabiskannya.
Ads
Namun, di bawah akad al-Dhiyafah (الضيافة) ini juga, tetamu hanya diberikan kebenaran untuk menjamah makanan yang dihidangkan hanya untuk dirinya tanpa diharuskan untuk mengambilnya atau memberi makan pula kepada orang lain mahupun kucing. Meskipun begitu, sekiranya ada keizinan daripada tuan rumah atau pemilik makanan, maka ia diharuskan.
Oleh itu, persoalan utama yang perlu diketengahkan di sini adalah makanan kenduri ini akhirnya menjadi milik siapa? Maka, dalam hal ini, Imam al-Syirbini ada menyatakan tentang perkara ini di dalam karyanya ‘Mughni al-Muhtaj’ bahawa makanan yang dihidangkan menjadi milik tetamu sesudah ia dimasukkan ke dalam mulut.
Berbalik kepada persoalan yang diajukan, berkenaan hukum tapau, tapau menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perbuatan membungkus (makanan dan lain-lain) untuk dibawa pulang dan sebagainya. Berkenaan hal ini, Imam al-Syirbini ada memberikan jawapan yang umum terhadap soalan yang diajukan:
Maksudnya: Maka adakah seseorang itu dibolehkan untuk memberikannya (makanan) kepada orang lain atau dia menggunakannya untuk selain makan? Di sini terdapat dua pendapat, dan pendapat yang sahih ialah pendapat jumhur ulama iaitu tidak boleh sebagaimana tidak boleh bagi orang yang meminjam memberi pinjam kepada orang lain. Hal ini kerana, dia hanya memiliki makanan tersebut untuk manfaatnya tersendiri sebagaimana pinjaman, dan bukannya memiliki ‘ain (objek) barangan tersebut.Melainkan sekiranya adanya keizinan daripada tuan majlis atau tuan rumah, atau adanya uruf yakni adat kebiasaan di kawasan itu yang menunjukkan diperbolehkan perbuatan tapau untuk benda yang kecil atau sedikit, atau juga adanya petanda lain (قرينة) yang membenarkan perbuatan tersebut.
Ads
Akhir kalam, perbuatan mengambil sesuatu barangan tanpa keizinan atau keredhaan seseorang merupakan suatu perbuatan mencuri dan ia amatlah dilarang di dalam Islam.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.”
Oleh yang demikian, sebaiknya tetamu perlulah meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah atau tuan majlis untuk menapau makanan agar kita terhindar daripada memakan makanan yang haram oleh kerana tuan rumah tidak redha akan perbuatan tersebut. Wallahu A’lam.
Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima bagi umat Islam yang berkemampuan. Sebagai seorang Islam, pastinya kita teringin mahu menunaikan haji. Cuma, yang menjadi masalah apabila tiada wang yang mencukupi.
Tak perlu risau kerana anda kini boleh mendaftar haji dengan hanya menggunakan KWSP. Nak tahu macam mana caranya? Hanya ikut cara-cara yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Fahmi Hamid.
Ini perkongsiannya…
Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp. Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.
Syarat syarat:
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
Cara cara:
1. Pergi ke mana-mana kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana-mana cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter nombor, tunggu sehingga nombor dipanggil.
3. Nanti hanya bawa penyata KWSP dan kad pengenalan. Awal-awal tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji juga, rupanya tak perlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.
Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?
Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.
Untung kan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat-pakat daftar.
Pemergian orang tersayang sudah tentunya akan memberi kesan kepada diri ini. Tidak juga kita dapat gambarkan masa itu akan tiba tanpa di sedari.
Tidak mampu untuk menahan kesedihan, Chef Wan menangis saat terkenangkan kisah pemergian arwah ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah yang meninggal dunia, pada 12 Januari lalu.
Bukan Ketentuan Kita Untuk Kekal Gembira, Kesedihan Pasti Tiba…
Ketika ditemubual bersama Buletin FM, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak menafikan kesukaran menerima kehilangan insan yang tersayang. Beliau juga akui ini adalah ketentuan takdir dan lumrah kehidupan.
Satu konti sedih bila Datuk Chef Wan berkongsi cerita mengenai arwah ibunya, Noraini Abdullah.
Suasana dalam konti radio itu bertukar sayu apabila Chef Wan mula menangis saat lagu Kasihnya Ibu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimainkan pada segmen Bicara Petang itu.
Katanya lagi, jika ada pasangan yang bercerai mereka harus juga ingat untuk bertanggungjawab pada anak-anak. Bahkan, jika seorang suami hendak berkahwin lagi pastikan mampu dan lengkap segalanya.
“Kalau suami, tanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak-anak dan beri nafkah,
“Apa yang kurangnya dengan isteri pertama. Sedangkan isteri pertama pun kita tak boleh jaga dengan baik. “Pasangan suami isteri yang bercerai pula janganlah berebut dalam soal hak penjagaan anak.” ujarnya lagi.
Sekadar info, ibu kepada Chef Wan, Allahyarham Noraini Abdullah, meninggal dunia pada umur 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, 12 Januari lalu. Mesra dikenali sebagai Che Ani telah menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat kanser dan Alzheimer.
Biarpun hamil, tetapi tidak menjadi alasan untuk seseorang itu terbabit dalam aktiviti lasak. Contohi pelakon Lisdawati yang aktif berbasikal walaupun kini sedang hamil anak keempatnya tujuh bulan. Rupanya dia mengamalkan minum susu kambing yang dicampurkan dengan sedikit kismis atau kurma.
Menurut Lisdawati campuran susu ini berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari. bukan itu sahaja, ia juga baik untuk menjaga sistem penghadaman terutama yang ada sembelit.
Selain itu campuran susu ini juga amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana mengenyangkan.
Kata Lisdawati lagi, tidak ada masalah untuk kekal aktif asalkan kita tahu kandungan kena kuat dan perl berhati-hati. Namun dia juga selalunya akan membuat pemeriksaan dengan doktor untuk memastikan kandungannya sihat.
Tiga minggu lalu Lisdawati berbasikal sejauh 10 kilometer di Putrajaya setelah dundang Puat Pelancongan Malaysia (MATIC) bagi menjayakan program My Town Night Ride bersama Mike Bikes di ibu negara.
Menurutnya, peserta lain terkejut melihat dia mampu mengayuh basikal biarpun sarat mengandung.
Bagaimanapun sebelum berbasikal, pelakon yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini memastikan ciri keselamatan dipatuhi. Menurutnya dia seronok kerana dapat meneroka lokasi menarik termasuk Dataran Merdeka dan Bukit Nanas.
Tambah Lisdawati dia masih aktif melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal ini namun semuanya dibuat mengikut nasihat doktor.
Lisdawati dijangka melahirkan anak keempatnya ini selepas Aidilfitiri nanti. Doktor juga mengesahkan pasangan ini bakal menimang bayi lelaki. Sebelum ini dia sudah mempunyai dia anakperempuan dan seorang lelaki.
Dia yang masih aktif berlakon drama terbarunya ini juga tidak berniat mahu menyembunyikan kehamilan bagi mengelak orang lain termasuk kru produksi risau dengan dirinya.
Ketika menjalani penggambaran drama Mr. Grey ramai tak perasan yang dia sedang hamil trimester pertama kerana saiz kandungan memang kecil.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...