Selalunya memang kita ada banyak gambar dalam telefon tapi gambar-gambar itu disimpan sahaja. Apa kata sebelum anda kongsi momen-momen istimewa di sebalik gambar yang diambil, anda edit dahulu gambar-gambar tersebut. Barulah nampak ‘wow’ bila di kongsi di laman sosial.
Sebenarnya tak susah pun hendak edit gambar jika kita tahu caranya. Ianya mudah untuk dibuat. Paling penting hasilnya tentulah memuaskan hati apabila gambar-gambar yang diambil nampak lebih menyerlah.
Melalui perkongsian di laman Facebooknya, lelaki ini, Zarul Phv berkongsi cara untuk mengedit gambar.
Khas untuk pengguna ios/iPhone.. editing guna filters yang sedia ada. Mudah sangat nak buat.
1.Klik sini.
2. Pilih gambar yang nak edit..Klik edit.
3.Pilih filters (yang ada 3 circle tu)..klik VIVID.
4. Adjust vibrant ..lebih tinggi, lebih terang warna gambar..jangan terlalu terang, ikut sedap mata memandang jer..
5. Jika gambar terlalu warm(kuning)..adjust kat simbol macam temperature tu..lagi tinggi makin kuning..lagi rendah makin kebiruan..so, ikut sedap mata memandang jer..macam gambar ni saya rendahkan pada -19 untuk nampak biru (cool) sikit..
6. Kalau minat tone warm(kekuningan) tarik lagi tinggi tapi jangan terlalu tinggi nanti akan jadi demam kuning.
7. Then..adjust BRILLIANCE..yang ini untuk nampak lagi details, lebih kurang hdr jugak la.. lagi tinggi lagi detail, tapi jangan terlalu tinggi sebab nampak kasar dan tak cantik.. gambar pemandangan sesuai kalau nak bagi lagi tinggi.
8. Kurangkan kecerahan gambar, klik exposure.. adjust jer nak naik atau turun..janji Sedap Mata Memandang..
9. SHADOW.. untuk kawasan yang gelap jadi cerah.. main jer ikut sedap mata memandang.
10. Beginilah hasilnya gambar yang telah siap di edit.
11. Gambar sebelum di edit (sebelah kiri) dan gambar selepas di edit (sebelah kanan).