![SEBELUM](https://cdn.hijabista.com.my/2020/06/sebelum-25_10_361134-696x365.jpg)
Selalunya memang kita ada banyak gambar dalam telefon tapi gambar-gambar itu disimpan sahaja. Apa kata sebelum anda kongsi momen-momen istimewa di sebalik gambar yang diambil, anda edit dahulu gambar-gambar tersebut. Barulah nampak ‘wow’ bila di kongsi di laman sosial.
Sebenarnya tak susah pun hendak edit gambar jika kita tahu caranya. Ianya mudah untuk dibuat. Paling penting hasilnya tentulah memuaskan hati apabila gambar-gambar yang diambil nampak lebih menyerlah.
Melalui perkongsian di laman Facebooknya, lelaki ini, Zarul Phv berkongsi cara untuk mengedit gambar.
Khas untuk pengguna ios/iPhone.. editing guna filters yang sedia ada. Mudah sangat nak buat.
1.Klik sini.
2. Pilih gambar yang nak edit..Klik edit.
3.Pilih filters (yang ada 3 circle tu)..klik VIVID.
4. Adjust vibrant ..lebih tinggi, lebih terang warna gambar..jangan terlalu terang, ikut sedap mata memandang jer..
5. Jika gambar terlalu warm(kuning)..adjust kat simbol macam temperature tu..lagi tinggi makin kuning..lagi rendah makin kebiruan..so, ikut sedap mata memandang jer..macam gambar ni saya rendahkan pada -19 untuk nampak biru (cool) sikit..
6. Kalau minat tone warm(kekuningan) tarik lagi tinggi tapi jangan terlalu tinggi nanti akan jadi demam kuning.
7. Then..adjust BRILLIANCE..yang ini untuk nampak lagi details, lebih kurang hdr jugak la.. lagi tinggi lagi detail, tapi jangan terlalu tinggi sebab nampak kasar dan tak cantik.. gambar pemandangan sesuai kalau nak bagi lagi tinggi.
![Tanpa Perlu Download Aplikasi Edit Gambar, Lelaki Ini Ajar Cara Edit Gambar Guna Filter Yang Sedia Ada](https://cdn.hijabista.com.my/2020/06/9-25_14_482352.jpg)
![Tanpa Perlu Download Aplikasi Edit Gambar, Lelaki Ini Ajar Cara Edit Gambar Guna Filter Yang Sedia Ada](https://cdn.hijabista.com.my/2020/06/10-25_16_424647.jpg)
![Tanpa Perlu Download Aplikasi Edit Gambar, Lelaki Ini Ajar Cara Edit Gambar Guna Filter Yang Sedia Ada](https://cdn.hijabista.com.my/2020/06/11-25_26_260508.jpg)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajar Mencintai Al-Quran, Salah Satunya Buat Temujanji Dengan Al Quran Selama 30 Minit
![](https://cdn.hijabista.com.my/2021/04/alquran.jpg)
Isi Kandungan
ToggleJangan sesekali memberi alasan yang hijabi tak mampu menghafal Al Quran dalam kehidupan harian. Bina kesempatan di bulan ramadan ini untuk hijabi istiqomah menghafaz Al Quran. Yang cantik dan yang manis bukan dari luaran tetapi juga dari ilmu dalaman.
Al-Quran perlu menjadi pusat kepada sistem pelajaran kita dan rutin harian kita. Apabila kita menjadikan al-Quran sebagai pusat kehidupan kita, kita akan mampu mencapai zaman kegemilangan yang dahulu, sekali lagi.
Sekarang adalah masanya untuk mengubah kembali fokus kepada al-Quran. Marilah kita membaca, mengingati, serta mempelajari al-Quran setiap hari dan jatuh cinta kepada Kitab Agung ini.
1. Buat temu janji dengan al-Quran
Lakukan janji temu ini setiap hari pada waktu tertentu. Hormati temu janji ini seperti kita akan hormati temu janji dengan seorang yang terkenal.
2. Berikan 30 minit
Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk al-Quran setiap hari. Bukan lima muka surat, atau satu halaman atau 20 minit, tetapi 30 minit penuh. Terdapat disiplin dan keindahan di situ apabila kita duduk dan memaksa diri untuk membaca sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih. Jika 30 minit adalah terlalu senang bagi kita, maka buatlah selama sejam. Jika sejam pun masih mudah, maka buat dua jam.
Uthman bin Affan RA berkata: “Jika hati-hati kita suci, maka kita tidak akan pernah bosan membaca al-Quran”
3. Fahami apa yang kita baca
Jika seseorang memahami Bahasa Arab, maka mudah baginya untuk fokus dan memahami apa yang dibaca. Namun, jika kita tidak memahami Bahasa Arab, maka kita sangat digalakkan untuk membaca al-Quran bersama terjemahannya. Hari ini, banyak aplikasi dan kelas online yang membolehkan kita mempelajari Bahasa Arab al-Quran.
4. Pelajari makna al-Quran
Memahami al-Quran adalah satu perkara:
• Belajar tentang maksud ayat-ayat dan konteks ia diturunkan, serta bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam hidup kita adalah sesuatu yang berbeza.
• Cuba luangkan masa 10 minit setiap hari untuk membaca beberapa muka surat kitab tafsir yang terkenal.
• Jadikan diri kita seorang yang bertanggungjawab dengan berjanji untuk mengajar ahli keluarga atau kawan kita apa yang sudah kita pelajari.
• Atau halaqah di rumah atau di surau berdekatan, di mana kita yang bertanggungjawab untuk menyampaikan tafsir al-Quran tersebut. Lebih-lebih lagi, mempelajari tafsir dengan ulama atau guru adalah cara terbaik untuk memahami syarahan al-Quran dan memahami aplikasinya dalam dunia moden ini.
• Hafal al-Quran
Menghafal al-Quran adalah suatu penghormatan dan ia tanda kemuliaan dalam kalangan muslim. Jadikan menghafal al-Quran misi peribadi kita, tidak kira berapa lama masa yang akan diambil. Ramai daripada kita, tidak mungkin fikir “sudah terlalu lambat” untuk menghafal. Namun, walaupun proses menghafal ia amat mencabar untuk orang dewasa berbanding untuk kanak-kanak.
Allah telah memberi jaminan kepada kita semua dalam al-Quran:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
– Surah al-Qamar ayat 17
5. Dapatkan sokongan guru
Jangan cuba untuk menghafal al-Quran sendirian. Ia akan menjadi tersangat sukar buat kita dan kita mungkin akan menghafalnya secara salah jika tiada panduan yang betul. Bahkan tanpa seorang guru, kita akan lebih sukar untuk berdisiplin.
6. Hafal dulu, Ulang kaji kemudian
Salah satu ketakutan orang ramai ialah mereka cepat terlupa apa yang telah mereka hafal. Nasihat saya adalah berikan komitmen selama satu sehingga dua tahun untuk menghafal al-Quran sahaja, tanpa perlu risau tentang ulang kaji (revision). Kemudian, luangkan lagi msa tiga tahun untuk membuat ulang kaji hafalan. Kaedah ini telah diuji di sebuah pusat penghafalan al-Quran di Jeddah, Arab Saudi dan hasilnya sangat menakjubkan. Ramai orang dewasa lebih kekal ingatan mereka bila melakukan teknik ulang kaji ini selama tiga tahun tersebut.
7. Hafal al-Quran setiap hari
Adakan slot 30-45 minit pada waktu pagi selepas solat subuh untuk menghafal. Apabila kita telah menghafal, luangkan masa pada hari itu mengulang kembali ayat-ayat yang dihafal ketika kita sedang memandu atau ketika sedang solat. Kemudian, duduklah bersama guru atau pasangan kita, atau rakan, dan bacakan depan mereka ayat-ayat yang telah dihafal tadi.
8. Belajar Tajwid
Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan. Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid. Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.
9. Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru
Jika tidak sempat berguru, kita boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza. Ini dapat membantu memudahkan kita mengenalpasti sesuatu hukum bacaan dengan mudah.
sumber: inchenaim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri, Apakah Hukumnya, Ketahui Kesilapan Adab Ketika Hari Raya
![](https://cdn.hijabista.com.my/2021/05/QBLozOC8-Untitled-design-4.jpg)
Menyambut Aidilfitri dalam suasana normal kembali menjadi impian setiap insan. Aktiviti solat sunat hari raya di masjid, ziarah-menziarahi, dibenarkan namun perlu ada kesedaran untuk menjaga satu sama lain.
Kita menyambut lebaran mengikut kesuaian dengan normal baharu. Merayakan Aidilfitri ibarat meraikan hadiah daripada Allah SWT. Maka kita raikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan kesederhanaan.
Hukum memberikan ucapan Aidilfitri adalah harus pada hukum syarak. Jelasnya, ia bukan sunnah ataupun termasuk dalam perkara bid‘ah. Namun, ucapan sempena Aidilfitri sebahagian daripada bentuk atau konsep ucapan tahniah yang pernah berlaku di dalam sirah.
![Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri, Apakah Hukumnya, Ketahui Kesilapan Adab Ketika Hari Raya](https://cdn.hijabista.com.my/2021/05/RAYA.png)
Diriwayatkan apabila Nabi saw memberitahu para sahabat bahawa taubat Ka‘ab bin Malik diterima oleh Allah swt setelah tidak menyertai peperangan Tabuk, maka Talhah bin ‘Ubaydillah bangun memberikan ucapan tahniah kepada beliau.
Justeru, amalan tahniah adalah harus pada perkara-perkara yang baik dan tidak bertentangan dengan syarak. Sebagai contoh, ucapan tahniah di atas kejayaan dalam sesuatu peperiksaan, ujian dan seumpamanya.
Perkara-Perkara Sunat Pada Hari Raya Aidilfitri
1. Sunat memakai haruman bagi lelaki, manakala wanita tidak disunatkan kerana takut timbul fitnah. Sunat melalui jalan yang jauh ketika menuju ke masjid dan pulang melalui jalan yang dekat ketika pulang ke rumah.
2. Sunat menghidupkan malam Aidilfitri. Ambil peluang untuk menambah pahala dengan membaca al-Quran dan berzikir.
3. Sunat mandi berdasarkan hadis Ibnu Majah daripada Ibnu ‘Abbas ra.[2] Waktunya bermula apabila masuk separuh malam hari raya. Namun, sunat mandi selepas solat Subuh menurut Mazhab Shafi‘i, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Selepas mandi sunat memakai haruman dan pakaian yang baik, membersihkan dan menghilangkan bau badan serta memotong kuku. Individu yang tidak bercadang ke masjid untuk menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri juga turut sunat mandi kerana ia merupakan hari untuk bercantik-cantik dan berhias-hiasan.
![Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri, Apakah Hukumnya, Ketahui Kesilapan Adab Ketika Hari Raya](https://cdn.hijabista.com.my/2021/05/RAYA-1.png)
3. Makmun disunatkan datang awal ke masjid dengan berjalan kaki, iaitu selepas solat Subuh sebelum terbit matahari jika tiada uzur. Hal ini berdasarkan kata-kata ‘Ali ra yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi. Manakala imam sunat datang lewat ketika solat hampir didirikan.
4. Sunat bersarapan sebelum bersolat kerana Rasulullah tidak keluar menunaikan solat kecuali selepas menjamah beberapa biji tamar berdasarkan hadis Anas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.
5. Menzahirkan keceriaan, kemesraan pada wajah apabila bertemu dengan saudara Islam, ziarah-menziarahi demi menguatkan ikatan perpaduan dan ukhwah islamiyah.
6. Sunat menunaikan solat Aidilfitri di tanah terbuka seperti padang sekiranya masjid penuh menurut Mazhab al-Shafi‘i. Majoriti ulamak berpandangan bahawa solat Aidilfitiri sunat diadakan di padang bukan di masjid, kecuali di Makkah, ia sunat diadakan di Masjid al-Haram.
Kesilapan Adab Pada Hari Raya
Ini antara beberapa kesilapan adab yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW ketika kita rancak menyambut hari raya. Antara kesilapan adab tersebut ialah:
- Tidak melakukan solat hari raya dan tidak pergi ke tempat solat, sebaliknya hanya berada di rumah.
2. Banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamusnya untuk menziarahi sanak saudara. Hal ini semakin membarah kerana tarikan rancangan yang begitu menarik lagi melalaikan.
3. Tidak menutup aurat atau berpakaian yang menjolok mata tanpa mengikut syariat Islam.
4. Memasang lagu-lagu dan nyanyian hari raya yang kurang sopan dan berlebih-lebihan dalam berhibur atas nama hari raya. Alangkah baiknya jika digantikan dengan alunan zikir, nasyid dan nyanyian sopan yang tidak keterlaluan.
5. Pergi beraya di rumah rakan-rakan dalam tempoh masa yang amat panjang sehingga mengganggu tuan rumah.
![Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri, Apakah Hukumnya, Ketahui Kesilapan Adab Ketika Hari Raya](https://cdn.hijabista.com.my/2021/05/RAYA-2.png)
6. Mengkritik makanan yang dihidangkan atau membandingkan kelazatan makanan antara satu rumah dengan rumah yang lain.
7. Meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa.
8. Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau berkumpul setempat sehingga timbul perasaan kurang selesa pada golongan yang beragama.
9. Pergi beraya di rumah seseorang sehingga lupa untuk menunaikan solat fardu dan melambatkan solat pada waktunya.
10. Lupa menziarahi golongan fakir miskin dan anak yatim, tetapi matlamatnya lebih kepada rumah bangsawan dan hartawan.
11. Merayakan hari raya sehingga sebulan dan tidak lagi mampu untuk menunaikan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.
12. Kurang bersedekah dan memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim serta mereka yang berada dalam kedaifan.
13. Berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang melampau hingga membawa perasaan takbur, riak dan sombong.
![Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri, Apakah Hukumnya, Ketahui Kesilapan Adab Ketika Hari Raya](https://cdn.hijabista.com.my/2021/05/RAYA-3.png)
14. Berkumpul secara beramai-ramai tanpa faedah dan tidak menghiraukan orang lain.
15. Terlupa untuk menziarahi pesakit di hospital atau mereka yang mengharapkan bantuan sebaliknya kita menyibukkan diri dengan kegembiraan yang melampau bersama rakan taulan yang sihat.
HIJABISTA: Matlamat utama hari raya ialah supaya kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan.
Sumber kredit: Laman web rasmi Pusat Islam USM dan laman web rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by Rodnae Productions from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Perubahan Yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Berpuasa Selama 3 Hari . Apa Pula Puasa Air?
![](https://cdn.hijabista.com.my/2022/04/puasa4.jpg)
Isi Kandungan
ToggleSesetengah saintis mengesyorkan makan 3 kali makan dan 3 makanan ringan setiap hari dan yang lain mengesyorkan tidak makan. Sebelum panik, ini sebenarnya bukan misi kelaparan.
Sebenarnya, puasa adalah salah satu amalan umat islam dan beberapa penganut agama lain pada hari-hari tertentu. Sebagai contoh, penggunaan terapeutik puasa bermula sejak sekurang-kurangnya abad kelima SM, apabila pakar perubatan Yunani Hippocrates mengesyorkannya untuk pesakit yang menunjukkan gejala penyakit tertentu dan pastinya bagi umat islam puasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan.
Terdapat banyak diet yang mengiklankan menahan diri daripada makan dan minum apa-apa kecuali air untuk jangka masa tertentu. Jom lihat apa yang berlaku kepada badan selepas berpuasa 3 hari.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Sel anda boleh memperbaharui diri dengan lebih cepat.
Kulit individu dewasa meliputi kira-kira 2 meter persegi luas permukaan dan mewakili kira-kira 20% daripada jumlah berat badan. Puasa air mencetuskan pembaharuan diri sel-sel kulit. Penyelidik mencadangkan proses itu bermula selepas 18-20 jam berpuasa dan memuncak selepas 48-72 jam. Tambahan pula, proses pembaharuan sel juga boleh melindungi daripada Alzheimer dan penyakit jantung.
2. Mungkin menurunkan tekanan darah.
Puasa air sahaja boleh membantu menurunkan tekanan darah, yang merupakan salah satu penyakit paling serius yang dihidapi dunia moden. Puasa menunjukkan hasil yang menjanjikan, walaupun dengan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi sempadan apabila mereka berpuasa di bawah pengawasan perubatan.
3. Boleh meningkatkan metabolisme.
Hormon insulin dan leptin memainkan peranan penting dalam metabolisme badan. Insulin membantu menyimpan nutrien daripada aliran darah, manakala leptin berfungsi sebagai hormon kenyang. Penyelidikan menunjukkan bahawa berpuasa air boleh menjadikan badan anda lebih sensitif terhadap hormon ini. Tahap sensitiviti yang lebih tinggi meningkatkan keberkesanan hormon ini, bermakna badan anda akan dapat mengurangkan gula darah dan mencegah obesiti.
4. Mencegah beberapa penyakit kronik
Puasa air dianggap dapat mengurangkan risiko penyakit kronik, termasuk diabetes dan penyakit jantung. Selain itu, penyelidikan ke atas haiwan menunjukkan bahawa puasa air boleh menyekat gen yang terlibat dalam pertumbuhan sel kanser. Ini mungkin menjadikan kemoterapi lebih berkesan juga.
5. Meningkatkan fungsi otak.
Puasa pertama kali ditetapkan sebagai rawatan untuk epilepsi lebih daripada 2,000 tahun yang lalu. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa berpuasa membantu membersihkan minda dan mengecas semula deria sambil juga merangsang fungsi otak. Selain itu, puasa mungkin dapat meningkatkan fungsi kognitif, menghentikan penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia, mengurangkan kemerosotan saraf, mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan pemulihan fungsi selepas strok.
6. Anda boleh mengurangkan berat badan.
Faedah yang paling biasa dikaitkan dengan puasa adalah penurunan berat badan. Penurunan berat badan berlaku apabila badan anda berubah dari keadaan makan kepada keadaan berpuasa. Tanpa makanan untuk dibakar untuk tenaga, badan anda mula membakar lemak badan (bahan api tersimpan) untuk terus berjalan. Pada hari puasa 24 jam, anda akan kehilangan kira-kira satu pertiga atau setengah paun berat lemak, bukan berat air.
Pernahkah anda mencuba puasa air sebelum ini? Adakah anda pernah mempertimbangkan untuk mengikuti diet yang begitu ketat? Jika ya, berapa lama anda fikir anda akan bertahan? Dan makanan atau minuman manakah yang paling anda rindui?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI