Sebaik melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Elfira Loy nampaknya lebih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Terbaru, dia dikatakan telah berkunjung ke AS untuk menghadiri satu acara di sana. Tetapi bila sampai di sana bukan itu sahaja yang terjadi, tetapi sebaliknya.
Di sana Elfira dikatakan telah berbelanja untuk produk kecantikan hingga jumlahnya mencecah RM10 ribu. Dia dikatakan tidak mampu menahan godaan dengan berbelanja sakan dalam hanya dalam tempoh satu jam.
Menurut tunangan kepada Sufian Suhaimi ini dia sebenarnya tidak menyangka membeli barangan solekan yang begitu banyak selepas tiba di kaunter pembayaran. Dia hanya ambil masa sejam untuk berbelanja sebanyak RM10 ribu. Dan apabila sampai di kaunter, dia tidak boleh patah balik dan hanya menerimanya sahaja.
Katanya lagi, ada barangan yang dibeli berharga agak tinggi antara RM600 hingga RM400 untuk setiap satu barangan. Dan ada beberapa barangan yang dibelinya berdasarkan apa yang disarankan dan pesanan oleh orang terdekat.
Elfira berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Twinkel TV yang kini mendapat lebih 225,000 tontonan. Macam biasalah, di kalangan netizen yang meninggalkan pelbagai komen mengatakan Elfira bersikap boros.
Walau apapun, Elfira sebenarnya sudah cukup cantik walaupun tanpa mengenakan mekap tebal. Tetapi biasalah naluri wanita yang memang sentiasa ingin bergaya dan berpenampilan cantik. Apatah lagi sebagai seorang public figure yang mahu sentiasa tampil menarik sepanjang masa.
Jom kita lihat #OOTD Elfira Loy yang memiliki follower sebanyak 3.8 juta ini tanpa mengenakan solekan tebal. Artis wanita kecil molek ini memang bijak sekali berselfie dan aksi yang digayakan sentiasa ceria, enjoy dan ‘happening’.
SUMBER: HARIAN METRO
KREDIT FOTO: ELFIRA LOY