Sebaik melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Elfira Loy nampaknya lebih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Terbaru, dia dikatakan telah berkunjung ke AS untuk menghadiri satu acara di sana. Tetapi bila sampai di sana bukan itu sahaja yang terjadi, tetapi sebaliknya.
Di sana Elfira dikatakan telah berbelanja untuk produk kecantikan hingga jumlahnya mencecah RM10 ribu. Dia dikatakan tidak mampu menahan godaan dengan berbelanja sakan dalam hanya dalam tempoh satu jam.
Menurut tunangan kepada Sufian Suhaimi ini dia sebenarnya tidak menyangka membeli barangan solekan yang begitu banyak selepas tiba di kaunter pembayaran. Dia hanya ambil masa sejam untuk berbelanja sebanyak RM10 ribu. Dan apabila sampai di kaunter, dia tidak boleh patah balik dan hanya menerimanya sahaja.
Katanya lagi, ada barangan yang dibeli berharga agak tinggi antara RM600 hingga RM400 untuk setiap satu barangan. Dan ada beberapa barangan yang dibelinya berdasarkan apa yang disarankan dan pesanan oleh orang terdekat.
Elfira berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Twinkel TV yang kini mendapat lebih 225,000 tontonan. Macam biasalah, di kalangan netizen yang meninggalkan pelbagai komen mengatakan Elfira bersikap boros.
Walau apapun, Elfira sebenarnya sudah cukup cantik walaupun tanpa mengenakan mekap tebal. Tetapi biasalah naluri wanita yang memang sentiasa ingin bergaya dan berpenampilan cantik. Apatah lagi sebagai seorang public figure yang mahu sentiasa tampil menarik sepanjang masa.
Jom kita lihat #OOTD Elfira Loy yang memiliki follower sebanyak 3.8 juta ini tanpa mengenakan solekan tebal. Artis wanita kecil molek ini memang bijak sekali berselfie dan aksi yang digayakan sentiasa ceria, enjoy dan ‘happening’.
Pasangan sejoli Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang baru sahaja menyambut kelahiran putera sulung mereka, akhirnya berkongsi nama cahaya mata mereka itu di laman sosial.
Menerusi akaun Instagram, mereka mengumumkan nama putera sulung itu yang diberi nama Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami- Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
Menurut pasangan ini, pemilihan nama tersebut dipilih sempena meraikan sifat-sifat yang elok. “Khair” itu sendiri membawa maksud baik dan elok. Manakala “Amir” pula sebagai simbolik penyatuan cinta pasangan Mira Filzah dan Wan Emir Astar.
Khair membawa makna ‘baik, elok’ juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). “Amir” pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah.
Dalam masa yang sama juga, ucapan terima kasih turut diucapkan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kerana dapat meluangkan masa pada majlis tahnik dan bercukur yang dilakukan semalam.
Mengenai majlis yang dijalankan, Mira juga turut memuat naik Instagram Story memohon maaf kepada semua pihak yang tidak dijemput kerana majlis yang dibuat hanyalah sekadar kecil-kecilan sahaja untuk kaum keluarga terdekat.
Team Hijabista mendoakan agar putera sulung mereka Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. InsyaAllah.
Pening kepala sudah semestinya menganggu aktiviti seharian terutama sekali nak buat kerja! Siapa antara kita pernah menarik rambut untuk melegakan sakit kepala? Jika anda salah seorang daripada individu tersebut, disarankan untuk berhentikan perkara tersebut. Terutama sekali wanita berhijab!
Semestinya untuk melegakan kesakitan kepala, ada diantara kita yang makan ubat, berehat dan menarik rambut secara cepat dan kuat yang membolehkan berlakunya letupan kecil di kepala. Memang ianya melegakan buat sementara tetapi perkara tersebut dilarang oleh doktor kerana ia akan menyebabkan sakit yang lain pula timbul.
Tular di TikTok Dr. Wan yang merupakan pegamal perubatan yang aktif di tiktok itu menegaskan agar semua tidak menarik rambut sehinggakan mengeluarkan bunyi ‘pop’ kerana ia boleh merosakkan lapisan di dalam kulit kepala anda. Ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
“Kalau menarik rambut itu mujarab, doktor tidak perlu prescribe ubat paracetamol, ubat migrain. jadi membazir duit kerajaan sahaja,” menurut Dr Wan.
Menurut Dr. Wan, bunyi ‘pop’ merupakan bunyi lapisan ‘Galea’ iaitu lapisan yang berada bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak kepala anda. Katanya, kesan daripada itu akan membuatkan kulit kepala anda terkoyak dan mengalami pendarahan dan boleh menyebabkan infection terjadi. Malah, jangkitan kuman yang dikenali sebagai Follicultis juga akan terjadi.
“Daripada nak elak stres sakit kepala, terus dapat jangkitan,” katanya.
Jangkitan kuman Follicultis boleh terjadi sekiranya ada jangkitan pada folikel rambut atau masalah di kulit kepala anda. Ini juga akan menyebabkan ada memerlukan rawatan dan meminta doktor untuk memeriksa kulit kepala anda.
Menurut Dr Wan, ramai berpendapat bahawa menarik rambut ini akan melegakan migrain. Katanya, migrain ini terjadi pembuluh darah atau blood vessel mengembang di salur darah kepala. Ia akan menyebabkan reseptor sakit dan punca utama migrain atau sakit kepala itu. Dia juga menegaskan tiada istilah menarik rambut dapat melegakan atau menyihatkan migrain!
Ada hari anda pasti akan rasa ketidakselesaan pada bibir kerana ia mula merekah, pecah dan kering. Bukan sahaja tidak selesa, anda juga akan kelihatan tidak sihat dan mencacatkan sahaja penampilan diri.
Sesetengah orang ada juga yang menyatakan bibir merekah dan kering ini kerana dehidrasi atau kurang minum air. Jadi apakah punca ia berlaku sebenarnya?
Bencinya bibir kering dan merekah!
Oleh kerana bibir adalah salah satu tarikan utama yang orang lihat apabila bersua dengan kita, sudah tentu anda tidak mahu kelihatan sakit dan di persoalkan–“Tak pakai pelembap bibir ke? Kesian kering bibir itu.”–mesti anda rasa rimas dan down betul?
Menurut hellodoktor, bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan ia kelihatan lutsinar. Lapisan ini di panggil sebagai stratum korneum manakala di dalamnya pula mengandungi banyak saluran darah.
Apabila lapisan kulit bibir yang nipis itu terjejas dan rosak oleh kerana kurang kelembapan dan dehidrasi, ia akan mula merekah, kering, dan pecah. Akibat dari itu, darah akan mula mengalir keluar dan menjejaskan keadaan bibir anda.
Bibir yang merekah dan rosak ini juga boleh terjadi akibat beberapa faktor yang boleh menyumbangkan permasalahan ini. Antara faktor yang boleh mengakibatkan bibir kering dan kelihatan buruk seperti:-
Dehidrasi
Malnutrisi
Tabiat suka menjilat bibir
Tabiat suka menggigit bibir
Pengambilan alkohol
Menghisap rokok
Makan makanan yang boleh berikan kesan alergi
Pengambilan ubatan tertentu
Terdedah pada cahaya matahari
Dalam pada masa yang sama, kekeringan pada bibir boleh juga berpunca dari ulser–ia juga boleh mengakibatkan kesakitan pada bibir dan juga dalam mulut. Individu yang terkena ulser pasti akan rasa tidak selesa dan sakit apabila hendak bercakap, makan, atau minum. Berpunca dari itulah seseorang individu akan mudah berisiko untuk dehidrasi serta malnutrisi yang lebih tinggi.
Bibir yang kering juga boleh menunjukkan kondisi kesihatan di mana anda boleh di jangkiti oleh satu penyakit yang di namakan Cheilitis. Apakah itu Cheilitis? Angular Cheilitis atau lebih senang di panggil sebagai Cheilitis adalah satu kondisi kesihatan bibir yang boleh di lihat pada bahagian tepi hujung bibir–antara pertengahan bibir atas dan bibir bawah adalah tempat radangnya. Ia boleh terjadi bukan sahaja 1, malah, 2 sisi bibir dalam masa yang sama.
Masalah ini kebiasaannya berlaku akibat air liur yang terkeluar dan terperangkap di bahagian bibir atas dan bawah itu apabila ia mula mengering. Akibat oleh itu, kulat akan menjangkiti kawasan tersebut dan sekali gus merebak dan membiak di situ.
Kulat bukan sahaja masalah utama yang boleh merisiko kepada Cheilitis, ada juga beberapa faktor lain seperti terdedah kepada cahaya matahari dengan sangat lama, penyalahgunaan produk, alergi, makanan, serta kesan sampingan dari ubat. Bagaimana ia berlaku? Ini adalah antara simptomnya:-
Bibir menggelupas
Pendarahan
Cepat kering
Menjadi kemerahan
Rasa gatal
Menjadi bengkak
Ulser
Bernanah
Bagi mereka yang menghidap kes kronik seperti bibir mereka akan kelihatan meradang dan akan membentuk imej bibir yang lebih lebar berbanding biasa. Doktor akan berikan ubat dan rawatam bagi membantu untuk merawat infeksi kulat. Pada masa yang sama, ia juga dapat mengelakkan faktor-faktor risiko seperti yang tersenarai di atas supaya tidak bertambah teruk.
Jadi anda perlu oleskan sedikit pelembap bibir atau lip balm supaya bibir tidak akan rasa kering. Amalkan minum air yang mencukupi supaya badan tidak dehidrasi dan mengelakkan dari apa-apa kondisi kesihatan dari berlaku.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu