Menjadi isteri detik merupakan terindah buat Elfira Loy apabila selamat diijab kabulkan bersama pasangannya awal pagi tahun baru Isnin lalu. Dan pastinya sebagai public figure, pelakon kecil molek ini mahu berkongsi momen cukup indah bersama followernya yang mencecah 4.2 juta di laman instagramnya. Sejak semalam Elfira telah muat foto menarik sekitar majlis pernikahan dan malam berinai sebelumnya. Malah tanpa mencukur kening seperti kebanyakan bakal mempelai lakukan, Elfira tetap kelihatan cantik dan sangat stunning.
Sebelum inipun Elfira memang cukup tegas berkenaan perihal keningnya dan tidak membenarkan ia dicukur. Dia lebih senang membiarkan keningnya tebal dan semula jadi. Namun hasilnya tetap kelihatan cantik setiap kali melihat gayanya di mana-mana majlis dihadiri, termasuk di hari bahaginya.
Bukan sahaja Elfira, malah semua pihak yang terbabit juga turut tidak lepaskan peluang untuk muat turut momen terindah bersama bakal mempelai.
Netizen turut teruja melhat kebahagiaan pasangan ini. Malah rata-rata mendoakan Elfira dan suami tercinta kekal hingga ke jannah.
Ada juga yang mengiktiraf Elfira sebagai pengantin kecil molek paling comel dan cantik awal tahun ini pernah dilihat.
Menggayakan rekaan busana dengan potongan cape serta perincian manik di bahu juga layah panjang dari idea hebat duo Rizman Ruzaini
menyempurnakan keindahan ratu sehari ini.Tidak kurang serinya wajah Elfira tampak natural dengan solekan indah sentuhan jurusolek terkenal Najeeb Azami.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM