Menjadi nakhoda rumahtangga bukanlah suatu perkara mudah dan bukan juga payah, jika lelaki atau suami tahu peranannya. Seperti membawa kereta, pemandu adalah orang penting bagi setiap penumpang di dalam kereta tersebut.
Begitu juga dalam rumahtangga yang dibina bersama insan yang dikasihi. Suami menjadi orang penting bagi kehidupan isteri dan anak-anak. Tangungjawab anak lelaki menurut islam bukan hanya pada dirnya sendiri saja, tapi mereka bertsnggungjawab pada empat orang wanita iaitu ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuan. Berikut dikongsikan tangungjawab anak lelaki selepas berkahwin:
#1 – Memberi Nafkah Dan Segala Keperluan Isteri
Isteri yang dinikahi itu secara tidak langsung menjadi tanggungan penuh oleh lelaki tersebut (suami). Oleh itu, perlu diambil berat mengenai nafkah zahir dan batin isteri, serta segala keperluannya termasuk asas pendidikan Islam mengikut kadar kemampuan suami.
#2 – Menyara Segala Keperluan Nafkah Dan Pendidikan Anak-anak
Jika hasil perkahwinan itu dikurniakan anak-anak, maka lelaki itu bertanggungjawab pula menyediakan segala keperluan dan pendidikan kepada anak-anaknya dengan dibantu oleh suri hatinya.
#3 – Tidak Mengabaikan Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Sama ada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa mertuanya, lelaki yang sudah berkahwin masih perlu menunaikan tanggungjawabnya kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana apabila si lelaki sudah mengahwini isterinya, ibu bapa mertua adalah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.
Dalam hadis Sahih Bukhari,
“Telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw; ‘Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Rasul?’ Jawab Rasulullah, ‘Ibu kamu’. ‘Setelah itu?’ Tanya lelaki itu lagi. ‘Ibu kamu’ Jawab Baginda. ‘Setelah itu?’ Lelaki itu bertanya lagi dan jawab Baginda, ‘Ibu kamu’. Kali keempat lelaki itu bertanya lagi, ‘Selepas itu?’ Jawab Baginda, ‘Ayah kamu’.”
Ads
#4 – Membantu Isteri Menguruskan Hal Rumahtangga
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh kaum lelaki dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ketua keluarga sekaligus pembantu kepada isteri dalam melakukan tugas harian di rumah.
“Aisyah pernah ditanya, ‘Apakah yang dilakukan oleh Nabi saw di rumahnya?’ Aisyah menjawab, ‘Baginda membantuku melaksanakan kerja-kerja di rumah’.”(Hadis Riwayat Bukhari)
#5 – Mencari Sumber Rezeki Yang Halal
Jika tidak bekerja, bagaimana lelaki mahu menyara keluarganya nanti? Rezeki tidak akan datang bergolek, ia perlukan usaha dan tawakkal pada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Cari dan buatlah apa-apa jua pekerjaan sekalipun, asalkan ianya halal dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Ads
Ini kerana setiap sumber pencarian yang dibawa pulang itu akan menjadi ‘makanan’ kepada isteri dan anak-anak. Jika sumber rezeki itu diperoleh dengan cara yang batil, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada rohani, fizikal mahupun mental mereka.
#6 – Mendalami Ilmu Agama
Tanpa agama, seseorang itu ibarat layang-layang yang terputus talinya. Membawa dirinya tanpa hala tuju dengan mengikut tiupan angin. Begitu juga manusia jika tanpa agama, seakan tiada panduan atau matlamat jelas dalam hidupnya.
Oleh itu, setiap lelaki yang menjadi ketua keluarga sewajarnya perlu menitikberatkan hal ini dalam mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina. Masih belum terlambat untuk mendalami ilmu agama jika kita banyak tidak tahu mengenainya.
Ads
#7 – Menghubungkan Silaturrahim Dengan Masyarakat Sekitar
Walaupun sudah berumahtangga, usah menjadikan alasan tidak dapat bergaul atau beramah mesra dengan masyarakat di sekitar. Contoh mudah, boleh jadikan apa jua majlis keraian seperti majlis perkahwinan, gotong-royong, solat berjemaah di surau atau masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk sekitar.
Siapa tahu, suatu hari nanti anda sakit atau sangat memerlukan bantuan. Sudah pasti jiran terdekat atau komuniti sekitar menjadi tempat untuk anda meminta pertolongan.
Mudah-mudahan, perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca terutama buat kaum Adam yang sudah pun bergelar suami, atau kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.
Apapun, ambil dan contohilah teladan Rasulullah saw dalam mengemudi rumahtangga yang dibina bersama serikandi-serikandi Baginda Nabi saw hingga akhir hayatnya. Wallahua’lam.
SUMBER: tzkrh
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Terdahulu sebuah lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan, apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.
Yuna Terharu, Akhirnya Berjaya Lebar Sayap Seni Di Negara Orang
Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuan dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Mesti ramai di antara kita yang mengamalkan penggunaan mask wajah agar kulit kekal sihat dan jelita. Tetapi ramai juga yang ingat semakin lama kita pakai mask itu, semakin baik kesannya untuk wajah kita. Salah tu!
Sebenarnya, kita mestilah menanggalkan mask itu mengikut waktu yang ditetapkan. Mengikut perkongsian @NaufalAntezem yang mendapat hampir 5 ribu retweet di twitter, dia telah menceritakan kesan memakai mask terlalu lama mengikut pengalamannya. Jom kita baca.
Kebiasaannya tempoh masa yang disarankan adalah 15 hingga ke 25 minit.
Ramai juga yang ingat lebih baik pakai sehingga tidur. Itu amalan yang silap kerana boleh mengeringkan kulit wajah.
Kelembapan itu akan hilang jika dibiarkan terlalu lama. Set alarm pada telefon jika takut terlajak!
Untuk cantik, kita mesti banyak mengikut aturan yang betul tau. Jangan mengikut andaian sendiri nanti hasilnya tidak seperti yang diharapkan pula. Selamat bercantik hijabi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela. Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.
Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.
Dia yang kini memberi sokongan padu pada suaminya, Ahmad Dhani yang kini dipenjarakan selama 18 bulan di sebuah penjara selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...