Bila tengok jerawat yang memerah dan bernanah, tentunya rasa geram sahaja hendak memicitnya bukan? Jangan nafikan. Hal ini kerana kebanyakan orang pasti akan berkeinginan untuk memicit jerawat yang sedang ‘membukit’ di kulit wajah.
Tahukah anda bahawa jika kita kerap memicit jerawat yang merah dan bernanah, ia hanya akan meninggalkan parut yang sukar untuk dihilangkan pada kulit wajah? Ya, ia memang benar! Maka sebab itulah seboleh mungkin kita perlu mengelakkan diri daripada memicit jerawat yang sedar ‘mekar’ pada kulit wajah.
Hendak kempiskan jerawat ada caranya. Berikut tip seperti yang dikongsikan oleh Dr Nazelia
Kebanyakan orang beranggapan bahawa memicit jerawat adalah cara cepat untuk menghilangkannya kerana jerawat akan cepat kering dan lenyap dari kulit. Padahal ketika memicitnya, nanah dan isi jerawat yang penuh bakteria tidak hanya terdorong keluar kulit, tapi boleh masuk lebih dalam ke pori-pori kulit di sekitarnya.
Hal ini berisiko menyebabkan jerawat semakin meradang dan membesar, hingga meninggalkan parut dalam atau bopeng. Secara hakikatnya, jerawat akan sembuh dengan sendirinya. Tentunya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Elakkan daripada memegang, picit dan sebagainya.
Hot Compression
Rendam kain dengan air panas, lalu letak pada jerawat selama beberapa minit dengan kain ini dan ulangi beberapa kali sehari. Selain boleh meredakan rasa sakit akibat jerawat, hot compression juga dapat membantu membuka pori-pori agar jerawat lebih mudah kering atau pecah dengan sendirinya. Tapi perlu diingat, cara ini berlaku hanya untuk jerawat whiteheads atau komedo putih, dan bukan untuk jerawat yang sedang meradang.
Sapu krim anti-jerawat
Pilihlah krim anti jerawat dengan kandungan bahan seperti benzoyl perixode, azelaic acid, dan AHA. Untuk jerawat yang lebih serious dan banyak, penggunaan ubat seperti antibiotik dan tretinoin, mungkin akan diperlukan. Namun, ubat jerawat jenis ini perlu mendapatkan preskripsi doktor. Sila dapatkan konsultasi dengan doktor kulit untuk menentukan pilihan ubat jerawat yang sesuai dengan kondisi kulit.
Gunakan bahan semulajadi
Oleskan tea tree oil, atau menggunakan charcoal mask dapat membantu jerawat lebih cepat surut. Beberapa penelitian juga menunjukkan ekstrak teh hijau, lidah buaya, dan rumpai laut (kelp) dapat menghilangkan jerawat.
Walau bagaimanapun tidak disarankan untuk memicit jerawat sendiri di rumah. Hal ini kerana kurangnya peralatan yang telah di steril atau cara memicit jerawat yang salah boleh membuatkan jerawat semakin parah.
Tapi jika anda tetap ingin melakukannya, lakukanlah dengan teknik yang BETUL supaya tiada komplikasi kelak. BASIC PRINCIPLE: HANYA TUSUKKAN KEPALA JERAWAT MENGGUNAKAN STERIL NEEDLE DAN BUKAN MEMICITNYA.
* Siapkan jarum (jarum jahit atau peniti) dan alkohol.
* Cuci tangan hingga bersih dengan air hangat dan sabun.
* Sterilkan jarum dengan cara menyapunya dengan alkohol.
* Tusuk kepala jerawat dengan hujung jarum, namun jangan terlalu dalam yang membuat darah mengalir. Angkat jarum tersebut untuk membuka jalan bagi nanah untuk keluar.
* Lapik tangan dengan tisu bersih atau gunakan putik kapas, lalu tekan kedua sisi jerawat secara perlahan. Jika jerawat sudah ‘matang’, nanah akan dengan mudah keluar. Jika belum, segera hentikan proses ini.
* Setelah selesai, bersihkan jerawat dengan sabun pencuci wajah. Setelah itu, sapu krim anti jerawat dengan segera.
* Jangan gunakan mekap setelah menusuk jerawat kerana ia boleh menyebabkan bakteria masuk kembali ke dalam bekas jerawat.
SUPERTIPS: Ingat ye, teknik ini hanya boleh digunakan untuk jerawat bernanah dan bukan untuk jerawat batu ataupun bisul. Teknik ini paling baik dilakukan setelah mandi dengan hot shower atau setelah hot compression. Wap panas boleh membuatkan kulit lembap dan pori-pori terbuka, sehingga jerawat lebih mudah dikeluarkan.
SEKALI LAGI DIINGATKAN, sebesar mana pun keinginan anda untuk memicit jerawat, sebaiknya hal tersebut tidak dilakukan. Lebih baik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi yang sesuai dengan kondisi jerawat masing-masing.
HIJABISTA: Bagi mengelakkan jerawat daripada tumbuh pada kulit wajah, anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan kulit wajah. Selain itu makan makanan yang berkhasiat. Bersihkan solekan sebelum masuk tidur itu sangat penting agar ketika anda tidur, kulit dapat ‘bernafas’ dengan baik.
Sumber kredit: Dr Nazelia Top image: Photo by Megan Bagshaw on Unsplash
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI