Bila cuci pinggan sahaja mesti tangan jadi gatal-gatal dan ada ketika menggelembung lepas cuci pinggan! Anda pernah alami masalah seperti ini? Ya, ada yang alama masalah seperti ini.
Alahan terhadap cecair pencuci pinggan itu adalah suatu benda yang lazim. Ada banyak cara untuk atasi masalah alahan kepada sabun ini, terutama sekali alahan melibatkan cecair pencuci.
Artikel berkaitan: Rugi Melabur Pada Serum Yang Mahal, Jika Masih Lakukan 4 Kesalahan Utama Ini.
Penggunaan sabun dan pencuci adalah satu produk yang sering digunakan setiap hari. Ianya menjadi satu benda asas untuk menghindarkan serta membersihkan diri dari kawasan rumah dan bebas dari kuman.
Tetapi ada sesetengah bahan kimia terkandung di dalam beberapa jenama produk yang menyebabkan tangan kita rasa gatal. Alahan pada sabun pencuci secara lazimnya akan membuatkan kulit menjadi merah, bengkak, atau juga naik ruam.
Alahan pada sabun adalah dikenali sebagai dermatitis sentuh (contact dermatitis). Ia merupakan satu kondisi yang menyebabkan anda alami masalah kesakitan dan gatal-gatal disebabkan oleh alahan.
Mereka yang alami masalah ini adalah kerana punyai kulit yang sensitif dan alergi kepada bahan kimia yang membuatkan iritasi. Sabun yang mengandungi pelbagai bahan pengawet, pengawi, pelelas, dan juga peluntur.
Artikel berkaitan: Bibir Merekah & Mengelupas Boleh Disebabkan Alahan Pada Makanan Tertentu Selain Kurang Minum Air & Cuaca
Mereka yang alami masalah alergik pada sabun pencuci ini akan dapat melihat sebarang perubahan yang terjadi pada kulit dalam tempoh masa 24 hingga 48 jam. Tetapi ruam akan terus muncul sejurus terkena bahan yang alergi tersebut.
Antara simptom alergi sabun pencuci adalah:
Simptom alaha bagi setiap orang adalah berbeza mengikut individu tersebut. Bagi mereka yang alami simptom yang agak teruk, sila dapatkan nasihat doktor supaya anda dapat menghindarkan dari apa-apa yang teruk berlaku.
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.