Kamar mandi, Tandas atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Bilik Termenung’ merupakan antara ruangan terpenting dalam sebuah rumah, kerana ia merupakan tempat untuk isi rumah membersihkan diri mahupun melepaskan ‘hajat’ masing-masing.

Justeru, kebersihan dan suasanya nyaman dan segar perlu dititikberatkan, kerana jika kebersihan tandas tidak dijaga, ia akan mempunyai aroma yang kurang menyenangkan seperti ‘public toilet’ sekaligus merencatkan niat untuk menggunakanya!

Kebanyakkan ruang tandas di Malaysia tidaklah begitu besar, tetapi agak sukar bagi sesetengah individu untuk mengekalkan keharuman ‘bilik kecil’ itu.

Tandas Rumah Busuk Kalah ‘Public Toilet?’ DIY Pewangi Dua Bahan Ini, ‘Confirm’ Harum Semerbak Lipas Pun Lari Tau!

Meskipun anda merupakan seorang yang menjaga kebersihan kamar mandi dan gemar membersihkanya dua hingga tiga kali seminggu, namun kadangkala tandas masih mengeluarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan.

Hanya Perlukan Dua Bahan, Nescaya Tandas Wangi Semerbak Sepanjang Hari, Lipas Pun Lari!

Tandas Rumah Busuk Kalah ‘Public Toilet?’ DIY Pewangi Dua Bahan Ini, ‘Confirm’ Harum Semerbak Lipas Pun Lari Tau!

Oleh itu, Hijabista terpanggil untuk kongsikan semula tip dari hijabi yang suka menghasilkan pewangi buatan sendiri (Do It Yourself), @Ciklynalias  di TikTok miliknya, yang mampu membuat kamar mandi harum dengan menggunakan dua bahan je!

Artikel berkaitan: Malas Nak Basuh Tangan Lepas Keluar Tandas, Anda Sengaja Tempah Penyakit

Ads

Bahan-bahan:

1. Pelembut pakaian

2. Ubat gegat

3. Bekas lilin atau bekas kosong yang bersesuaian

Cara membuat:

Ads

1. Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin

2. Tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.

3. Letakkan di sudut bilik air.

@ciklynalias Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut. Sharing is caring ✌️ #tipspewangibilikair #bilikairkekalwangi #ciklynalias ♬ original sound – Azlin Alias 💕

Ads

Lebih menarik lagi, kaedah ini bukan sahaja mampu mengusir dan menangkis bau yang yang tidak enak, sekaligus membuatkan tandas kediaman anda berbau harum sepanjang hari, ia juga berfungsi sebagai penghalau lipas tau!

Dah tau caranya kan? Jadi lepas ini, Hijabi tak perlu lagi membeli pewangi berjenama yang sudah tentu mahal belanjanya, sebaliknya hanya gunakan dua bahan yang ada di dalam rumah sahaja.

Tapi jaga-jaga sis, memang cara ini mudah dan berkesan untuk dilakukan, tapi sekiranya mempunyai anak-anak kecil dirumah, amat digalakkan agar sis meletakkan pewangi ini ditempat yang tidak mudah dicapai sevagai langkah keselamatan.

Sumber: Tik Tok @Ciklynalias 

Artikel berkaitan: Bawa Telefon Ke Tandas Boleh Membahayakan Kesihatan, Salah Satunya Punca Buasir

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI