Pemerolehan ilmu tidak serta merta menjadikan seseorang itu cerdik, tetapi apabila ilmu ini juga memberi keberkatan. Jadi apakah tanda-tanda seseorang itu dikurniakan ilmunya?
Menurut pengasuh Pengajian As-Sunnah Jakarta, Ustadz Najmi Umar Bakkar, beliau memetik dari kalam ulama antara lain ciri-ciri orang yang dikurniakan ilmu:
Artikel Berkaitan : Pandangan Imam Syafi’i Terhadap “Bolehkah Daging Aqiqah Diagihkan Dalam Bentuk Mentah?”
1.Beliau dilihat semakin khusyuk dalam beribadah kepada Allah dan semakin sesuai dengan syariat dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu, berdakwah dan mempertahankan ilmu.
Imam al-Barbahari Rahimahullah berkata:
“Dan ketahuilah semoga Allah merahmatimu, bahwasanya (keberkahan) ilmu itu bukanlah dengan banyaknya (hafalan) riwayat serta kitab2. Hanyalah (dikatakan) seorang yang ‘alim itu adalah siapa yang telah mengikuti (mengamalkan) ilmu dan sunnah2, sekalipun sedikit ilmu dan kitab2nya. Dan barangsiapa menyelisihi al-Quran dan as-Sunnah, maka dia adalah pelaku bid’ah, sekalipun banyak ilmu dan kitab2nya” (Kitab Syarhus Sunnah).
2.Ilmu itu semakin menumbuhkan rasa takutnya seseorang kepada Allah Ta’ala.
“……..Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (ahli ilmu)” (QS. Fathir : 28)
Sesiapa yang takut kepada Allah adalah ‘alim, yang bermaksud orang yang berilmu. Dan barangsiapa menderhakai Allah maka dia adalah seorang yang jahil (seorang yang jauh dari ilmu).
3.Ilmu ini mendorong seseorang untuk lebih bersemangat dalam ketaatan dan menjauhi pelbagai bentuk kemaksiatan.
4.Ilmu sebegini akan menyebabkan seseorang membenci pujian, dan juga enggan menyucikan dirinya dan tidak menyukai kemasyhuran.
Imam Ibnu Rajab berkata :
“Dan di antara tanda ilmu yang bermanfaat adalah membimbing pemiliknya untuk lari meninggalkan dunia, dan yang terbesar adalah kepemimpinan, ketenaran, serta pujian. Dan sesungguhnya orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat itu tidak akan mengaku memiliki ilmu, dia pun tidak akan membanggakannya kepada siapapun, dan juga tidak akan menganggap orang lain bodoh, kecuali terhadap orang-orang yang menyelisihi Sunnah Nabi Shallalahu ‘alaihi wa sallam serta yang berpegang teguh dengannya” (Kitab Majmu’ur Rasail).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alahai, Ayu Dan ‘Sweet’ Nya Uqasha Bila Berniqab Di Mekah! Ramai Betul Puji Dan Doa Yang Baik-Baik Untuk Uqasha!
Selepas sahaja melangsungkan majlis perkahwinan, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Nampak bahagia sungguh pasangan popular ini! Tetapi, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Uqasha kelihatan molek dan ayu dengan imej menutup aurat. Alahai, sejuk mata memandang!
Baru-baru ini, pasangan sama cantik, sama padan ini memuat naik gambar mereka menunaikan umrah di laman Instagram. Mereka berdua berkongsi foto-foto momen indah ketika berada di Madinah.
Alhamdulillah Allah bagi lagi rasa sampai kesini tapi kali ini dengan cik suami..
Allahuakhbar Alhamdulillah
Foto yang dimuat naik oleh pelakon Uqasha ataupun nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendapat pujian ramai apabila melihat imejnya yang manis menutup aurat.
Tidak terhenti di situ sahaja, malah ramai juga yang memberi kata-kata positif dan mendoakan yang baik-baik kepada pasangan ini apabila Kamal Adli memuat naik sebuah foto bersama Uqasha yang ketika itu memakai niqab.
Alhamdulillah..hari ni hari melawat Masjid Quba dan Bukit Uhud..macam ‘student’ sekolah kitaorang hahaha..
So kita pakai baju ‘color’ sama takut hilang
Manisnya! Netizen juga turut sama merasai kemanisan pasangan popular ini!
Semoga Allah SWT memberikan apa yang terbaik di muka bumi kepada pasangan sejoli ini. Ayuh kita sama-sama doakan agar Uqasha kembali dengan imej berhijab seperti dahulu dan diberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Doa yang baik-baik sahaja ya! InsyaAllah Amin YRB!
Sumber gambar: Instagram Uqasha & Kamal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Diseksa Malaikat Di Alam Kubur, Ini Cara Cuci Kemaluan Yang Betul Untuk Lelaki Dan Wanita
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.
Dan seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum bererti betul caranya. Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Perkara ini penting agar amal ibadah kita diterima
As Sayyidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyembahyangkan jenazah seorang lelaki, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata:
”Apakah salahku? Kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”
Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang memperlekehkan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.
LELAKI:
Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.
Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali dengan menggunakan tangan kiri, sehingga tiada lagi air kencing yang tertinggal dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.
WANITA:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah tangan kiri dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.
Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air sahaja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.
Membasuh Air Besar
Begitu juga sewaktu akan membasuh air besar, jari-jari tangan kiri yang akan dipakai membersihkan sebaiknya dioles dengan sabun, terutama bahagian kuku. Kemudian sangat penting juga untuk memasukkan satu jari ke dalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum, mari bersama-sama kita perbetulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Kerana telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro’ (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/ hadas besar).
Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala”, Aamin Ya Rabal Alamin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Ditanya Mengapa Lambat JodohMu? Jangan Sayu Jangan Layu!
Kenapa tiada orang hendakkan aku? Aku ni tak cantik ke? Apa kurangnya aku? Sampai bila aku hendak hidup sendiri?” Barangkali itu antara persoalan yang terbiasa daripada minda seseorang apabila merasakan begitu lambat dan ‘berat’ jodohnya.
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun rezekinya dalam hal jodoh masih belum berpihak kepadanya.Belum pun reda segala persoalan yang bersarang di minda itu, orang di sekeliling pula ‘mengasak’ dengan pertanyaan-pertanyaan jodoh yang tidak mampu dijawab.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita. Perkongsian dari saudara Pahrol Mohamad Juoi memang deep!
Sayu Ke Malu Dengan Gelaran Andartu?
“Mengapa jodoh saya lambat?” tanyanya penuh sayu.
Saya terdiam. Tunduk. Gadis berusia hampir 40-an itu terus menagih jawapan. Rakannya di sebelah membisu sejak tadi. Hanya setia menemani.
“Saya tidak tahu. Tetapi yang pasti, itu juga satu kebaikan.”
“Kebaikan?” tanyanya kehairanan.
“Ya. Kebaikan. Jodoh itu soal takdir yang telah ditentukan di alam rahim lagi,” jelas saya.
“Saya sayu, kadangkala malu. Berbagai-bagai gelar yang diberikan oleh sebahagian masyarakat buat wanita seperti saya; andalusia, andartu dan macam-macam lagi. Paling malu bila ditanyakan soalan, sudah kahwin ke belum?”
Dia Memberi Pilihan terbaik
Saya tercari-cari kata untuk memberi jawapan. Soalan ini jika disusuri akan kembali jua ke pangkalnya yakni soal akidah. Soalan ini akan menyentuh soal takdir. Apabila menyentuh takdir tentunya melibatkan soal akidah.
Sebelum memahami takdir-Nya, kita perlu mengenali Allah terlebih dahulu. Lalu saya teringat akan kata-kata Ibn ‘Ataillah dalam satu hikmahnya,“mestinya ujian terasa ringan ketika engkau mengetahui bahawa Allahlah yang memberimu ujian. Dia yang menetapkan takdir atasmu ialah Dia yang selalu memberimu pilihan terbaik.”
“Saya merasai apa yang cik rasakan. Namun sebenarnya tidak ada apa yang hendak dimalukan. Dalam soal ini cik tidak melakukan sebarang dosa. Bukannya cik mendedahkan aurat, bergaul bebas atau melanggar batas-batas syariat dan akhlak. Tidak ada apa yang hendak dimalukan. Lambat dapat jodoh bukan sesuatu yang berdosa untuk dimalukan. Itu takdir.”
“Tetapi saya sering ditanya soal jodoh.”
“Mereka yang menyoal kerana memang tidak tahu atau ingin tahu, tidak mengapa. Tetapi kalau pertanyaan itu bertujuan memalukan dan menghina, itu memang satu kesalahan. Mereka yang sedemikian sebenarnya bukan sahaja menghina seorang manusia yang tidak bersalah tetapi lebih daripada itu mereka telah mempersoalkan takdir Allah!” jawab saya memberi penjelasan.
Rakan di sebelahnya mengangguk-angguk. Saya tidak pasti kalau-kalau dia juga mengalami cabaran yang sama.
“Oh, kalau begitu mereka yang menghina diri mereka sendiri, bukan menghina saya,” tambahnya.
Saya mengangguk berkali-kali. Mengeyakan. Syukur, dia mula faham.
“Tetapi mengapa ustaz katakan tadi yang semua ini satu kebaikan?”
“Apa yang ditakdirkan Allah semua kebaikan,” balas saya cepat.
“Mengapa?’
“Kerana Allah sayangkan hamba-Nya.”
“Saya belum nampak begitu.”
“Saya pun belum nampak juga.”
“Jadi bagaimana ustaz boleh beranggapan begitu?”
“Sangka baik. Kita perlu sangka baik kepada Allah walaupun ada kalanya hati kita belum nampak kebaikan di sebalik takdir-Nya. Tetapi kita tetap yakin pasti ada kebaikan. Cuma kita sahaja yang belum nampak.”
Ada Kebaikannya Walaupun Ajal Yang Datang Dahulu
“Agaknya apa kebaikan di sebalik lewatnya jodoh saya ini,” tanyanya lagi.
Saya terdiam lagi. Tersentak dengan pertanyaan itu. Mana mampu ilmu manusia yang terbatas dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas.
Namun, tidak salah kalau akal kita terus mencari kebaikan. Inilah mungkin yang disebut think positive seperti yang selalu dipesankan pakar-pakar motivasi.
“Mungkin Allah melambatkan, justeru untuk memberi jodoh yang terbaik buat saudari nanti.”
“Lagi?”
“Mungkin untuk memberi masa yang lebih lama buat saudari bersedia menjadi isteri yang solehah kelak. Bukan mudah untuk menjadi isteri solehah.”
“Hmm,” gumamnya sambil tersenyum.
Saya terus memandang ke bawah.
“Apa kata kalau saya ditakdirkan terus tidak bertemu jodoh sehingga meninggal dunia? Masih ada kebaikan jugakah?” tusuknya tiba-tiba.
“Saya tidak mampu membaca hikmah di sebalik takdir. Namun seperti yang saya katakan sebelum ini, apa jua yang ditetapkan Allah pasti baik. “
“Sekali lagi, kalau saya mati sebelum berkahwin, apakah ada kebaikannya buat saya?” tanyanya semakin mendesak.
“Insya-Allah.”
“Apa kebaikannya?”
“Saudari akan selamat daripada menjadi isteri yang derhaka.”
Spontan dan secara tiba-tiba jawapan itu meluncur dari mulut saya. Ketika itu saya teringat satu hadis daripada Rasulullah yang pernah saya dengar semasa dalam kelas pengajian bab munakahat puluhan tahun yang lalu; “ … aku melihat kebanyakan penghuni neraka ialah wanita.”
Para sahabat pun bertanya: “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian ditanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?”
Baginda menjawab: “Mereka kufur terhadap suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau engkau berbuat baik kepadanya sekian lama kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’” (Riwayat al-Bukhari)
Tanda Kasih Allah
Melihat dia diam saya menyambung, “jika saudari ditakdirkan tidak berkahwin anggaplah itu kasih sayang Allah yang mahu menyelamatkan saudari daripada menjadi isteri yang derhaka.”
Pada ketika juga saya teringat satu soalan daripada seorang anak yatim piatu ketika saya memberi kuliah bertajuk Rasul Anak Yatim. Semasa dia bertanya, “mengapa Allah takdirkan saya menjadi yatim piatu ketika usia saya sebegini muda?”
Spontan saya menjawab, “syukurlah kerana Allah hendak menyelamatkan kamu daripada menjadi anak yang derhaka. Bukan mudah menjadi anak yang soleh.” Begitu jugalah jawapan saya ketika ditanya, “Mengapa saya buta?” “Mengapa Allah jadikan saya bisu?”
Apalagi yang kita boleh kita katakan sebagai hamba Allah? Kita hanya mampu pasrah dan menyerah atas keyakinan Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri.
Bukankah Allah berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 2: 216)
“Apakah kerana wajah saya tidak cantik?”
Saya tersenyum. Terasa malu pula ketika ditanya begitu. Namun saya tahu, dia benar-benar inginkan kebenaran. Justeru inginkan kebenaran maka dia tidak segan silu lagi bertanya begitu.
“Saya tidak tahu. Tetapi bukankah kecantikan itu sangat relatif sifatnya? Kecantikan itu ditakrif dan dilihat dari dimensi yang berbeza-beza. Cantik di mata saudari, tidak semesti cantik di mata orang lain. Begitulah sebaliknya. Namun, soal jodoh ini bukan ditentukan oleh cantik atau tidaknya seseorang,” ujar saya.
Lega hati kerana dapat menjawab begitu. Itulah hakikatnya. Dalam pengalaman saya, ada wanita yang kurang cantik tetapi telah bertemu jodohnya. Ada pula yang lebih cantik, tetapi belum juga bertemu jodohnya.”
Untuk memahamkan hakikat itu saya kongsikan satu hadis panjang ada yang menjelaskan tentang ketentuan jodoh dan kematian. Kebetulan (sebenarnya tidak ada kebetulan di sisi Allah), hadis itu telah saya muatkan dalam buku Mukmin Profesional yang berada di tangan saya ketika itu.
Rasulullah bersabda, “sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama 40 hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging selama 40 hari.
Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya roh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.
Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya antara kalian akan ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta. Namun telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka.
Sesungguhnya antara kalian akan ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. (Riwayat al-Bukhari)
“Alhamdulillah, semoga saya dapat menerimanya dengan rela hati. Ilmunya sudah saya terima. Mudah-mudahan kebenarannya dapat saya hayati dan rasai. Ya, saya sepatutnya bersyukur.”
“Bersyukur? Bagaimana?” Giliran saya pula bertanya.
“Buat pengetahuan ustaz, pernah ada orang menyarankan pelbagai cara untuk mempercepatkan jodoh. Ada antaranya melibatkan ilmu hitam. Saya tahu itu syirik. Alhamdulillah, walaupun terdesak saya tidak akan sekali-kali menggadaikan akidah.”
“Tahniah saudari. Akidah yang benar lebih bernilai daripada segala-galanya. Apa gunanya mendapat suami, tetapi dengan cara yang menjejaskan akidah. Mudarat syirik itu lebih parah daripada tidak mendapat jodoh.”
Mulakan dengan Sedekah
Dia diam. Menungnya panjang. Dalam hati saya mendoakan agar dia bertemu jodohnya. Insya-Allah, dia wanita solehah. Namun, sekuat mana pun iman kita, ada ketikanya ujian akan menyebabkan kita celaru dan keliru.
Justeru itulah pentingnya ada usaha berpesan-pesan dalam perkara kebenaran dan kesabaran. Apalagi soal takdir yang begitu seni dan misteri liuk lentoknya. Namun, dituntut untuk berusaha dan bertawakal.
“Jom kita usahakan bersama untuk terus mencari,” kata saya.
“Alhamdulillah kerana ustaz sedia membantu.”
Dalam diam saya berdoa. Sungguh-sungguh.
“Mari kita mulakan dengan bersedekah.”
“Bersedekah? Bukan berdoa?” tanyanya.
“Sedekah itu lebih tajam dan mustajab daripada doa.”
“Kemudian?”
“Teruskan mujahadah untuk menjadi wanita solehah sambil menagih janji Allah. Mari kita gandakan usaha menjadi baik berbanding mencari yang baik. Insya-Allah, wanita solehah layak mendapat lelaki yang soleh sebagai hadiah daripada Allah.”
“Dan jika yang soleh itu belum datang juga, Allah akan menentukan sesuatu yang lebih baik untuk itu,” katanya sambil tersenyum.
Saya senyum. Syukur dia faham. Mudah-mudahan Allah memberikannya hati yang tabah untuk mendepani masalah. Itulah hati emas. Itulah jodohnya yang terbaik!
Allahu yang penting kita bersangka baik dengan ketentuan Allah. Sebaik-baik perancang hanya dariNya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI