Kesedaran terhadap amalan menabung sejak usia muda adalah sangat penting. Bagi ibu bapa, didikan tentang tabiat menabung boleh membantu anak-anak celik wang sehinggalah ke hari tua mereka.
Di samping itu, amalan menabung turut membantu seseorang itu menghadapi saat-saat kecemasan. Justeru, seseorang itu perlu sentiasa bersedia menghadapi kesukaran dalam kehidupan seharian.
Berikut beberapa tip untuk anda membuat simpanan: –
1) Perlu ada simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan. Jika berlakunya kecemasan kita ada simpanan enam bulan itu untuk meneruskan kehidupan.
2) Mula menyimpan ketika anak-anak masih kecil. Anak-anak yang berumur satu hari pun sudah boleh membuka akaun di Simpan SSPN.
3) Menyimpan di tempat-tempat yang selamat, dipercayai dan memberi pulangan berganda.
Manfaat & Keistimewaan Simpan SSPN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan Simpan SSPN pada tahun 2004 untuk menggalakkan ibu bapa membuat perancangan kewangan awal khususnya bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.
PTPTN juga sentiasa komited melaksanakan pelbagai insentif bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan seawal yang boleh.
Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit. Ia merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun.
Ads
Ibu bapa sebagai pendeposit Simpan SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun setiap seorang sekiranya membuat taksiran cukai secara berasingan.
Manakala, ibu bapa sebagai pendeposit yang membuat taksiran cukai bersama layak mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun untuk satu pasangan.
Selain itu Simpan SSPN turut memberi perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.
PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 yang bakal berakhir pada 31 Disember 2024. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan.
Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 menawarkan pelbagai kategori cabutan. Terdapat enam cabutan siri untuk disertai oleh semua pendeposit iaitu:-
1) WOW! Gong Xi Ang Pow
2) WOW! Syoknya Raya
3) WOW! Kasih
4) WOW! Merdeka
5) WOW! Superheroes
6) Cabutan WOW! Tahunan
Mudah je nak sertai Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, anda cuma buka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Hadiah yang diberikan juga cukup lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM1.3 juta untuk dimenangi oleh 983 orang pemenang.
Ads
Pembukaan akaun Simpan SSPN atau penambahan deposit simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN (https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing) dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Justeru, amalan menabung menjamin masa depan jika seseorang itu bijak merancang perbelanjaan dan simpanan mereka.
Tunggu apa lagi, mula menabung sekarang di Simpan SSPN. Rebut peluang keemasan ini demi jaminan masa depan yang lebih cerah!
Keputihan merupakan satu masalah normal yang sering dihadapi oleh kaum wanita. Namun, ada juga sesetengah wanita mengalami masalah keputihan yang serius.
Ada pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya keputihan seperti pola pemakanan atau kebersihan hingga menyebabkan bakteria muncul.
Pola pemakanan perlu dijaga sekiranya anda mengalami keputihan. Hijabista kongsikan 10 makanan yang perlu anda elakkan jika tidak mahu keputihan anda bertambah teruk.
1. Timun
Timun merupakan antara salah satu penyebab keputihan. Ini kerana timun mengandungi senyawa yang dapat meningkatkan hormon estrogen hingga menyebabkan keputihan menjadi semakin banyak.
2. Tempe
Yis yang digunakan dalam pemprosesan tempe dapat meningkatkan lendir penyebab keputihan. Bagi anda yang mengalami keputihan yang normal, sebaiknya kurangkan pengambilan tempe kerana ia akan memburukkan lagi masalah keputihan anda.
3. Cendawan
Selain daripada tempe, yis juga boleh didapati pada semua jenis cendawan. Yis ini tidak dapat dihilangkan walaupun cendawan sudah melalui proses masakan yang cukup lama.
4. Telur
Telur merupakan makanan yang mengandungi protein dan kalori yang banyak. Kandungan protein dan kalori yang tinggi ini dapat menyebabkan kemunculan lendir keputihan. Untuk mengatasi masalah ini, hanya 4 biji telur yang boleh dimakan dalam satu hari.
5. Nanas
Selain pantang untuk wanita hamil, nanas juga merupakan antara makanan yang menyebabkan keputihan. Kandungan nanas akan menyebabkan lendir yang berlebihan pada wanita. Malah, wanita yang tidak menghadapi masalah keputihan juga akan mengalami masalah keputihan yang teruk jika mengambil nanas secara berlebihan.
6. Keju
Keju yang dapat menyebabkan keputihan adalah keju yang tidak mengalami proses pempasteuran. Keju yang tidak menjalani proses ini dianggap belum disterilkan.
7. Udang
Jika anda mengambil 100 gram udang dalam masa sehari, ia dapat meningkatkan penghasilkan lendir yang menyebabkan keputihan.
8. Gula
Makanan yang menyebabkan keputihan adalah makanan yang mengandungi terlalu banyak gula. Gula dalam makanan dapat menghasilkan pertumbuhan yis pada organ wanita. Gula juga akan menggalakkan pengeluaran lendir daripada miss V dengan banyak.
9. Minuman Ringan
Pemanis buatan dan pewarna buatan yang terkandung dalam minuman ringan akan menyebabkan bakteria atau virus dalam organ intim wanita berkembang pesat seterusnya menyebabkan keputihan abnormal pada wanita.
10. Anggur & Pisang
Buah memang baik untuk dimakan. Tetapi jika anda mengambil secara berlebihan, ia tentu akan jadi sebaliknya. Lebih-lebih lagi jika anda mengambil buah anggur dan pisang. Ia akan menggalakkan lagi masalah keputihan pada organ intim anda.
Ramai yang mempunyai masalah untuk mandi pagi menggunakan air sejuk dengan alasan tidak tahan sejuk. Sudahnya, air panas juga yang menjadi pilihan.
Mungkin anda tidak tahu bahawa mandi pagi menggunakan air sejuk sebenarnya punya banyak kelebihan tersembunyi. Malah, boleh jadi terapi untuk ubati penyakit.
1. Tingkatkan Imunisasi Badan
Mandi air sejuk dikatakan boleh menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuma pada badan.
2. Lancarkan Aliran Darah
Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi dengan air sejuk, arteri darah akan mengecut dan menjadikan darah mengalir dengan lebih lancar.
3. Boleh Kurus!
Ini yang paling disukai oleh wanita! Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan terdedah dengan sejuk, lemak perang akan terbentuk. Sel-sel lemak ini akan membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan.
4. Kawal Suhu Badan
Mandi air sejuk dapat mengawal haba dalam badan dan mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit kaki atau tangan yang mudah berpeluh, cuba mandi air sejuk.
5. Kurangkan Tekanan Perasaan
Satu kajian mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak yang menjadi sumber utama noradrenaline untuk badan. Noradlinaline membantu mencegah tekanan perasaan.
6. Kuatkan Pernafasan
Setiap kali anda mahu mandi air sejuk, anda pasti akan menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu. Ia merupakan tindak balas badan supaya cuku oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat terkejut. Ia akan membantu menguatkan paru-paru.
7. Rambut & Kulit Jadi Lebih Sihat
Air sejuk akan membuatkan rambut tampak lebih berkilat dan kulit juga akan menjadi lebih siha. Pori-pori dan kutikel kulit akan mengecil lalu mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat.
8. Semakin Bertenaga
Mandi air sejuk akan menyebabkan anda lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah akan mengalir lancar ke seluruh badan.
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Sokongan suami & anak-anak
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...