Hari Raya bakal tiba tidak lama lagi! Pastimya wajah antara yang menjadi tumpuan semasa berkumpul dengan sanak saudara. Bagaimana untuk memastikan solekan kekal segar dan tahan lama sepanjang hari?
Tip solekan agar tahan lama ini sangat bermanfaat untuk anda yang ingin tampil yakin di hari raya. Dengan mengikut langkah mudah ini, anda boleh menikmati percutian dengan solekan yang sempurna, walaupun ketika cuaca panas mahupun sibuk.
Berikut senarai produk solekan yang ‘wajib’ digunakan untuk solekan wajah hari raya agar ia kekal segar dan tahan lama. Trend solekan terkini iaitu natural dan fresh look
sama seperti ‘no-makeup makeup look’ yang kini sedang trending di media social.Kunci utama agar solekan tahan lama ialah kulit yang sihat dan terhidrat. Bersihkan wajah dengan pembersih yang lembut, kemudian gunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit. Jangan lupa gunakan pelindung matahari bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Pilih pelembap yang ringan dan cepat meresap pada kulit. Sesuaikan dengan jenis dan keperluan kulit anda.
Selepas kulit terhidrat dengan baik, barulah boleh mulakan solekan. Elak menggunakan produk solekan yang terlalu tebal dan berat.
Skin Tint/BB Cream/Foundation Ringan: Pilih produk dengan tekstur ringan dan kemasan semula jadi atau berembun.
Concealer: Gunakan concealer hanya di kawasan yang diperlukan, seperti lingkaran hitam di bawah mata. Pilih concealer dengan tekstur yang ringan dan boleh dicampur.
Pemerah pipi: Pilih warna semula jadi seperti peach atau merah jambu lembut untuk memberikan kesan segar dan sihat pada pipi.
Highlighter: Gunakan penyerlah dengan sedikit kilauan untuk memberikan kesan bercahaya pada tulang pipi dan bahagian wajah yang lain.
Maskara: Pilih maskara yang menambahkan lentik dan memanjangkan bulu mata. Maskara kalis air sangat disyorkan supaya solekan tahan sepanjang hari.
Brow Gel: Gunakan gel kening untuk menggayakan kening secara semula jadi dan kemas.
Pelembap bibir: Memberi kelembapan dan warna semula jadi pada bibir. Pilih warna semula jadi seperti nude atau merah jambu.
Pembayang mata (pilihan): Jika ingin menggunakan pembayang mata, pilih warna semula jadi seperti coklat muda atau peach. Sapu secara nipis.
BACA JUGA: 3 Langkah Mudah Untuk Tampil Menawan Dengan Solekan Mata Ala Klasik
Teknik Aplikasi: Gunakan jari atau span solekan lembap untuk hasil yang lebih semula jadi.
Pilih Produk Tahan Lama: Pilih produk solekan yang dirumus khas untuk tahan lama, terutama jika anda aktif sepanjang hari.
Sesuaikan Dengan Warna Kulit: Pilih produk solekan yang sesuai dengan warna kulit agar hasilnya kelihatan lebih semula jadi dan sebati dengan kulit.
Setting Spray: Gunakan setting spray untuk lock solekan dan menjadikannya tahan lebih lama. Sembur rata selepas selesai solekan.