Tindakan pelakon popular, Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal, memuat naik beberapa keping gambar dirinya berhijab di laman Instagram mengundang pelbagai reaksi.
Memetik laporan Harian Metro, Nad berkata dia masih dalam fasa belajar dan berjinak-jinak berhijab. Oleh itu, Nad memohon sokongan dan doa orang ramai agar dia dapat menyempurnakan niat murni itu.
“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan saja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja. Saya masih dalam fasa belajar sebab masih lagi menjalani penggambaran macam biasa.
“Saya memang tak ada nak berjanji dengan orang ramai pun nak cakap saya berhijab sepenuhnya atau apa. Saya perlukan masa lagi untuk kongsikan perkara ini. Kalau ada nampak begitu (berhijab), begitulah,” kata Nad.
Tambah Nad lagi, selepas ini dia juga akan mengawal hantaran di Instagram yang memaparkan dirinya tidak bertudung (Free Hair).
Menurutnya, perkara ini perlu dilaksanakan secara berperingkat kerana dirinya, masih terikat dengan beberapa projek yang sudah ditandatangani terlebih dahulu, yang perlu dilunaskan. Sebelum mengambil keputusan berhijab sepenuhnya.
Justeru itu, Nad turut menzahirkan rasa gembira apabila menerima banyak ucapan dan doa daripada peminat mengenai penampilan menutup auratnya itu.
“Saya berasa gembira apabila orang mendoakan perkara baik untuk kita. Tapi saya tak ada nak menjanjikan apa-apa, sebab saya masih fasa belajar lagi. Macam dikatakan tadi, sebab ada saja perkara lain yang masih ‘on going’ saya tak berhijab.
Ads
“Apa boleh dikatakan saya berusaha, saya suka apa saya buat. Namun, saya gembira bila ada orang mendoakan,” katanya.
Wanita dan rekaan tudung bagaikan seperti sahabat karib! Tambahan pula, hari ini terdapat banyak rekaan tudung yang dijual di pasaran dengan pelbagai jenis warna, corak mahupun fungsi. Ada yang dijual dengan jenis ‘instant’, dan ada juga dijual dengan jenis normal yang sememangnya menjadi dambaan ramai kaum wanita di luar sana.
Pun begitu, ramai juga yang mengalami banyak masalah apabila ingin mneggosoknya. Ada diantara kita yang sudah menggosok tetapi masih renyuk! Haish, perkara ini melambatkan rutin pagi kita tambahan pula ramai yang sudah mula memasuki pejabat setelah sekian lama melakukan hal kerja di rumah kerana Covid-19.
Harus diketahui, sebenarnya untuk menggosok dengan rapi, kita harus tahu tentang jenis fabriknya terlebih dahulu. Kemudian, barulah kita mudah untuk menggosoknya kerana kita dapat meletakkan ketetapan susu berdasarkan jenis fabrik. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi perkara lain yang harus kita tekankan apabila menggosok tudung bawal, khususnya.
1. Ketetapan suhu berdasarkan jenis fabrik
Perkara yang paling awal dan penting adalah keadaan suhu yang sesuai. Suhu seterika memainkan peranan yang penting apabila kita ingin menggosok apa-apa jenis pakaian mahupun tudung. Suhu yang sesuai dengan fabrik tudung dapat menghilangkan segala renyuk dan memudahkan proses menggosok tudung.
Untuk itu,anda perlu lah mengawal suhu seterika supaya suhu berada pada tahap yang sesuai ,sesuai bermaksud tidak terlalu panas atau atau sejuk.
2. Semburkan sedikit air pada tudung
Jika anda menghadapi kesukaran untuk menggosok tudung walaupun sudah meletakkan ketetapan suhu yang sepatutnya, usah bimbang. Semburkan sedikit air pada permukaan tudung untuk memudahkan proses menggosok. Jangan terlalu banyak ya! Cukup sekadar percikkan air yang sedikit. Langkah ini menjadikan permukaan tudung yang renyuk itu menjadi licin dan lembut!
3. Menggosok secara memanjang dan lurus
Ini boleh menjadikan permukaan yang renyuk dapat dihilangkan dengan cepat. Elakkan menggosok dengan turutan ‘circular’ kerana ia boleh menyebabkan tudung menjadi regang.
4. Gunakan ‘steam iron’
Antara cara lain yang memudahkan anda untuk menggosok tudung ialah dengan menggunakan ‘steam iron’. Bukan hanya menjimatkan masa, malah anda juga boleh mengawal area yang anda ingin hilangkan renyuk. Tekapkan dengan lebih lama pada kawasan yang renyuk untuk menjadikan permukaan lebih licin dan kemas. ‘Steam iron’ juga berpotensi untuk menghilangkan kesan terbakar pada tudung.
5. Rendamkan dengan pelembut fabrik
Cara terakhir ialah dengan merendamkan terlebih dahulu tudung anda dengan pelembut fabrik untuk memudahkan anda menggosok tudung anda. Cara ini bukan sahaja memberi haruman kepada tudung malah ia melembut tudung anda!
Kalau anda suka travel tapi mesti pakai pakaian yang bergosok? Anda wajib beli seterika wap portable Philips Handheld Steamer 1000 Series. Ini adalah satu lagi varian daripada Philips yang tidak akan merabakkan dompet anda. Ia adalah penyelesaian padat untuk menghilangkan kedutan mudah yang sesuai untuk sebarang pakaian. Anda boleh mengosok pakaian anda secara menegak tanpa memerlukan papan seterika.
Apa yang anda perlu lakukan ialah menekan picu dan wap yang kuat akan menghilangkan kedutan-kedutan pada pakaian anda dengan cepat. Reka bentuk padat dan ringan untuk kemudahan penggunaan, anda boleh menikmati seterika wap yang mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda mahu. Ia mudah digunakan.
Papan seterika tidak diperlukan.
Mengosok pakaian bila-bila masa, di mana sahaja. Ya! Papan seterika tidak diperlukan. 1000 Series mempunyai reka bentuk yang padat menjadikannya penyelesaian semasa yang sempurna. Merupakan sebuah seterika wap kecil handheld yang mudah digunakan dan disimpan, seterika pakaian anda sekali gus dengan tangki air 85 ml yang boleh ditanggalkan. Tangki air mudah ditanggalkan dan diisi semula bila-bila masa yang anda perlukan semasa menggosok.
Selain pakaian, seterika wap comel ini juga sesuai untuk anda guna melicinkan permukaan langsir, cadar dan sebagainya. Menariknya, seterika wap ini membunuh sehingga 99.9% bakteria* untuk menyegarkan dan menghilangkan bau.
Sedia untuk mula mengosok dalam masa 35 saat sahaja
Bila-bila masa anda memerlukannya, seterika wap ini sedia untuk digunakan dalam masa 35 saat sahaja. Lampu menandakan apabila anda bersedia untuk bermula supaya anda selesai dalam masa yang singkat. Seterika wap ini berterusan membantu melicinkan lipatan dengan berkesan sehingga 18 g/min wap berterusan melegakan gentian fabrik supaya lipatan boleh dilicinkan secara praktikal.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terbaru, warganet ‘digemparkan’ dengan perkongsian Dato’ Sri Siti Nurhaliza berswafo bersama bintang popular Korea Selatan, iaitu Lee Minho. Dengarnya, ramai peminat ‘cemburu’ dan ‘makan hati’!
Bintang popular Korea Selatan, Lee Minho dan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah tampil dalam konsert ulang tahun produk jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) iaitu CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International). Konsert yang diberi nama Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th itu telah berlangsung pada 1 Oktober yang lalu bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selepas berlangsungnya konsert tersebut, Dato’ Siti telah berkongsi ‘selfie’ nya bersama Lee Minho, aktor kegemaran ramai itu. Perkongsian melalui akaun instagramnya telah berjaya mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang cemburu melihat Dato’ Siti berada begitu dekat dengan ‘oppa’ pujaan mereka. Yang penting, Dato’ Siti terlihat sangat manis di dalam gambar tersebut. Sehinggakan, ramai yang memuji kecantikan Dato’Siti.
Tambahan itu, Dato’ Siti juga telah memuat naik satu lagi perkongsian mengenai ‘disebalik kejadian selfie’ tersebut. Dia menyatakan bahawa kawalan terhadap Lee Minho sebagai seorang artis antarabangsa pada konsert berkenaan memang ketat dan telah meminta kebenaran Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Antarabangsa iaitu Mr KC Hoe sebelum mengambil ‘selfie’.
“Kena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan Lee Min Ho ye dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan fotografer official, tapi bila diatas pentas saya taknak lepaskan peluang keemasan ye..berbekalkan keberanian dan hp ditangan, saya tanya Mr KC Hoe .. Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula handphone saya😬.. ( takutla bodyguard tak bagi tau!) .. Mr KC pun kata pergi ambil saja… hahahah .. dalam hati saya kata kalau bodyguard dia naik saya dah bersedia nak buka silat mat kilau .. hahahah..” katanya menerusi ruangan kepsyen.
“Apalagi peluang keemasan depan mata.. terus saya bagi hint kat Mr KCHoe, sambil senyum kat LMH ajak selfie.. Sekali dia setujula.. terus jari saya sepantas kilat tekan tak berhenti snap! Snap! Snap!hahaha… Oklaa bodyguard tak naik pentas.. Yess!! Misi berjaya..” tambahnya lagi,
Sebagai penutup untuk kapsyennya itu, Dato’ Siti telah mengucapkan terima kasih kepada Cuckoo yang memberikannya peluang keemasan itu.
“Tq @cuckoo_official beri kesempatan kepada saya untuk kongsi pentas dengan aktor kegilaan ramai dan duta Cuckoo Antarabangsa.. Tahniah untuk acara semalam ye!!”
‘Selfie’ perkongsiannya itu telah tular dan mendapat sebanyak 288.730K kesukaan daripada peminat dari dalam dan luar negara. Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis turut meninggalkan komen.
Peminat Dato’ Siti juga terlihat sangat ‘supportive’ dan teruja dengan perkongsian tersebut. Ada juga yang berseloroh mengusik Dato’ Siti.
“Terus viral pic ni international. ramai puji Tokti lawaaaa”
“Saya ada semalam tokti. Rasa mcm konsert dah semalam. Tokti always the best”
“Kirim salam kat dia okay mak iti “
“Kalau Bodybuard Naik rampas fon tokti memang satu stadium pukoi body guard tu.”
“Berani Lee Min Hoo tolak selfie Siti Nurhaliza . Abg min ho tak kenai hakak lagi . Hmm LMH yg huntung sebenarnya boleh selfie dgn siti nurhaliza hahahaha”
“Pssstt.. tokti, mcm tu la kami sitizoners kalau teruja jumpa tokti masa event.. hehehe…. walau kak zie marah, tehtapppp selfie.. peluang tu.. ampun kak zie …”
Bak kata salah seorang peminat Dato’ Siti, begitulah jua perasaan para peminat kalau dapat ‘selfie’ dengan biduanita negara ini. Pelbagai reaksi di ruangan komen yang telah mencuit hati ramai. Yang penting, rata-rata telah memberikan komen yang positif.
Secara lazimnya, kita mengenali malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, ‘Atid, Malik dan Ridwan. Itulah kesepuluh malaikat yang wajib kita ketahui dan sering di dendangkan melalui lagu sewaktu kecil.
Kita juga tahu ‘dua malaikat’ yang sentiasa mengiringi kita, mereka juga mencatat amalan setiap apa yang kita lakukan. Kita kenali sebagai Malaikat Raqib dan ‘Atid. Tapi ada yang pertikaikan, adakah itu nama bagi kedua malaikat itu?
Malaikat Raqib dan ‘Atid adalah dua malaikat yang di tugaskan untuk mencatit setiap amalan serta perbuatan yang kita lakukan setiap masa. Kedua malaikat ini juga akan sentiasa bersama kita kemana dan bila-bila sahaja untuk menyaksikan semua perkara.
“Iaitu ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”(Surah Qaaf: 17-18)
Kenapa timbulnya persoalan nama kedua malaikat ini? Adakah betul Raqib dan ‘Atid itu adalah nama mereka? Rata-rata ulama tafsir ada menerangkan bahawa kalimah Raqib dan ‘Atid dalam ayat tersebut menjelaskan sifat bagi kedua-dua malaikat itu.
Melalui tafsir Al-Qurtubi ada menerangkan bahawa Raqib dan ‘Atid mempunyai sifat malaikat yang membawa beberapa pengertian. Ada di jelaskan antara satu-satu secara terperinci.
Ibnu Katsir telah menerangkan hal yang sama, kedua nama tersebut ‘Raqib’ dan ‘Atid’ merupakan sifat dari malaikat. Demikian kata-kata yang di titipkan oleh Ibnu Katsir:
“Iaitu yang mengawasi dan disiap sediakan untuk hal tersebut, tidaklah terluput atau tertinggal satu kalimat pun atau satu gerakan pun” (Tafsir Ibnu Katsir, 7/398)
Syaikh Utsaimin pernah berkata bahawa Raqib membawa makna pengawas yang mengawasi siang dan malan tanpa henti. Manakala, ‘Atid pula bermakna selalu hari, tidak mungkin hilang mahupun tidak terlepas sesuatu pun. (Tafsir Surah Qaaf Syaikh Al-‘Utsaimin)
Syaikh Sulaiman Al-Asyqar berkata:
“Sebahagian ulama menyatakan bahawa di antara nama malaikat iaitu Raqib dan ‘Atid dengan disandarkan kepada dalil daripada surah Qaf, ayat 18 itu tidak benar. Raqib dan ‘Atid adalah sifat dari dua malaikat yang mencatat amalan manusia.”(‘Alam al-Malaikat Al-Abrar, hal. 12)
Bagi kefahaman kita, haruslah kita memahami tugas mereka yang sentiasa berada bersama manusia sebagai pengawas yang mencatit segala amalan tidak kira baik atau buruk. Kita juga patut menjaga diri dari melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.