Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah sentiasa memukau para peminat dengan kejelitaannya serta personaliti lemah lembutnya yang menawan hati semua yang melihatnya.
Memuat naik foto di laman instagram, isteri tercinta kepada Wan Emir Astar itu telah tampil dengan imej terbaharu yang lebih edgy lalu mengejutkan ramai kerana tidak pernah melihat dia menggayakan fesyen berkenaan.
Namun sebenarnya, imej tersebut hanyalah digayakan untuk projek drama terbaharunya yang bertajuk ‘The Hotel’.
Ads
Mira ni pakai apa pun cantik je!
Meet Raisa. 🤍
New look for new character. Pretty excited for this new drama! Working title is ‘The Hotel’. #MegaDrama #AstroRia
Ads
Ramai yang memuji gayanya itu termasuklah rakan-rakan artis seperti Janna Nick, Hannah Delisha dan juga Eina Azman. Difahamkan, Mira akan memegang watak sebagai Raisa dalam drama terbaharu tersebut.
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menggabungkan pilihan warna yang betul adalah penting untuk memastikan OOTD hijabi tampil menarik dan kelihatan sempurna. Jika salah pilih warna boleh menyebabkan anda tampil ‘kurang menarik’ kerana membuat kesilapan apabila memilih pakaian.
Bercakap soal ‘mix &match’ pakaian, pasti Hijabi sekalian sering memilih warna hitam, putih, kelabu atau warna neutral lain kan? Di antara sebab warna ini sering menjadi pilihan adalah disebabkan warna tersebut mudah dicari di pasaran, tiada keyakinan untuk memakai warna terang dan mungkin juga disebabkan tidaktahucaramenggabungkanwarnayangberbezaagartidakkelihatanterlalu ‘over’.
Warna gelap dan neutral memang memberikan kesan tersendiri dalam penampilan, tetapi tidak salah jika sekali-sekala berpakaian dalam warna terang.
Pesanan buat para hijabi, jangan hilang keyakinan dan takut untuk ‘mencuba’. Bahkan, terdapat banyak cara untuk ‘mencampur dan memadankan’ setiap warna untuk OOTD anda tampil segar, stailo dan menarik perhatian. Nak tahu macam mana? Ikuti Tip di bawah!
Jika padanan warna membuatkan anda tidak yakin dan berani, mulakan dengan hanya menggunakan satu warna dalam pakaian anda. Gaya monokrom ini adalah cara paling mudah untuk menyegarkan semula dengan warna terang atau pastel. Anda boleh memakai satu pakaian atau mencampurkan baju dan seluar dengan warna yang sama. Contohnya, seperti gabungan pic, salmon dan coral, atau warna lain dengan ton yang serupa.
Ramai mengetahui bahawa warna krem, coklat, hitam dan kelabu adalah warna neutral. Tetapi sebenarnya, terdapat banyak warna lain yang termasuk dalam kategori warna neutral ini, seperti warna silver dan logam. Jika anda ingin terlihat lebih menyerlah, cuba gabungkan pakaian metalik ini dengan warna pop seperti merah atau kuning.
Selain itu, anda boleh mulakan dengan warna primer seperti warna biru, merah dan kuning. Anda boleh menggunakan satu warna utama sahaja, atau campurkan 2 atau 3 daripada dua pilihan warna.
Warna analog adalah warna yang dekat dengan satu sama lain dalam lingkaran warna. Secara umum, warna analog terlihat bersesuaian dan saling melengkapi apabila digabungkan. Sebagai contoh, warna ungu dan pink, hijau dan biru, oren dan kuning, oren dan merah, atau merah dan pink.
Warna kontras adalah warna bertentangan. Kombinasi warna ini mungkin lebih berani daripada empat kombinasi warna lain di atas. Walau bagaimanapun, jika anda berasa belum selesa untuk memakai warna terang yang kontra, anda boleh menggantikannya dengan warna pastel yang kontra. Warna yang lebih terang tetapi soft boleh menjadi penyelesaian kepada anda yang ingin mencuba gaya ‘bold’ dalam ‘mix & match’ OOTD anda.
Walaupun Syawal tahun ini disambut dalam keadaan yang serba sederhana dan juga berbeza, namun ia tidak mengehadkan idea kreativiti pereka jenama tempatan untuk berkarya menghasilkan rekaan Aidilfitri yang begitu menarik, cukup untuk memeriahkan suasana Syawal kali ini.
Setiap pereka berlumba-lumba menghasilkan rekaan menarik yang setiap satunya mempunyai kelainan dari pelbagai sudut termasuklah siluet, warna, perincian dan juiga material. Kami bawakan kepada anda 5 barisan jenama tempatan yang menghasilkan rekaan menarik sempena Syawal tahun ini!
Tidak pernah menghampakan dalam setiap rekaan yang dihasilkan, jenama Alia Bastamam tampil dengan rekaan yang sarat dengan teknik ‘drape’ sesuai untuk meraikan sisi anggun wanita. Setiap satu rekaannya memperhalusi elemen klasik dalam siluet moden serta dihiasi dengan perincian manik yang tidak keterlaluan. Dalam setiap rekaan lebaran, Alia Bastamam sentiasa meraikan rona warna yang sentimental serta seksi, sesuai dalam mengangkat ciri-ciri feminin si pemakai.
Apa yang menariknya, kali ini jenama ini tampil dengan rekaan Abaya yang memiliki fabrik jenis pleats yang tampak lebih elegan dan berbeza. Penggunaan material yang volumnya tidak terlalu berat benar-benar memberi keselesaan buat si pemakai.
Pilihan kami ialah rekaan bernama Afzan. Dihiasi indah dengan rona hijau emerald dan juga berkonsepkan one-piece dress, sangat sempurna buat si pemakai. Less is more!
Kali ini, Teh Firdaus menghasilkan rekaan yang serba sederhana! Sederhana dari sudut siluet dan potongan rekaan yang sesuai untuk digayakan biarpun hanya di rumah sahaja. Rasanya, jenama muda ini benar-benar memberi keselesaan dan kebebasan fesyen kepada kaum wanita dalam meraikan Syawal yang serba ringkas dek kerana Covid-19 yang melanda negara.
Jika diperhatikan satu-persatu halusan seni rekaannya untuk koleksi raya kali ini, ia seolah-olah seperti memandang wanita melayu terakhir yang klasik namun berada dalam dunia maju serba moden. Baju Kurung Moden, Kebaya, Kurung Pahang dan juga Abaya, semuanya seperti mengimbau kembali zaman nenek moyang kita namun diperhalusi dengan sentuhan moden hasil inspirasi si pereka. Warna-warnya juga sangat indah dan lembut, tidak terlalu berat untuk disarungkan.
Pilihan kami ialah kebaya hitam, Serena. Rekaanya sangat bersih, potongan sangat mudah difahami cuma permainannya pada fabric lace yang menampakkan lagi elemen mahal dalam rekaan ini!
Seperti mengimbau kembali abad ke-17 zaman English yang popular dengan fesyen ‘baroque’, pereka popular ini mengajak kita untuk selami unsur-unsur English dalam rekaannya sempena Syawal tahun ini. Menang dengan pilihan fabric yang menarik, tidak perlu disangkal lagi bahawa jenama Jovian Mandagie menghargai konsep kesederhanaan dalam setiap rekaanya. Sukar untuk membuat pilihan kerana kesemua rekaan jenama ini memiliki unsur menarik yang akan menjadikan si pemakai tampak mahal ketika meraikan Syawal tahun ini. Biarpun perincian butirannya tidaklah berat dan sarat dengan manik, namun corak fabriknya sudah memainkan peranan penting dalam menjadikan koleksi ini antara koleksi yang harus kamu cuba!
Sesuatu yang baru apabila keseluruhan penggayaan dihiasi dengan fabrik jenis pleats! Mudah digosok antara kunci dalam penghasilan rekaan milik jenama Carmelita ini. Bijak menggunakan kunci utamanya dalam memperkenalkan fabrik jenis pleats kepada sebuah baju kurung, jenama ini benar-benar memahami kehendak kaum wanita di luar sana yang inginkan rekaan yang menawan, mudah dan ringkas! Hadir dalam dua rekaan berbeza, Mahalia serta Malika, kedua-duanya memiliki ciri-ciri unik tersendiri.
Saat pelakon Intan Najuwa menyarungkan Mahalia dalam rona putih, rekaan ini menjadi buruan ramai! Maka terang lagi bersuluh bahawa rekaan dari jenama ini berbaloi untuk dimiliki. Tambahan pula variasi warnanya pelbagai, pasti memudahkan kamu untuk bergaya di pagi Syawal!
Dari pemilihan warna hinggalah kepada potongan rekaanya, semua segar malar! Tambahan pula hijau ‘mint’ itu sudah cukup meggambarkan keseluruhan rekaan ini yang mengangkat elemen ringkas, lembut dan tidak berat. Apa yang menariknya, tambahan sulam pada rekaan milik jenama Mimpi Kita ini menjadikan rekaanya lebih mahal biarpun tampak tradisional. Mungkin itu yang cuba dibawakan oleh pereka ini, tradisional dalam moden. Penggunaan fabriknya yang selesa serta mudah digosok, antara kunci utama dalam koleksi ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anugerah Meletop Era 2021 (AME21) yang berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan pelbagai gaya fesyen selebriti yang unik, menarik dan menawan.
Antara gaya fesyen yang menjadi bualan ramai dan menarik perhatian netizen ialah busana Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti yang direka khas oleh pereka tersohor Rizman Ruzaini. Busananya yang bertukar dalam masa lima saat itu ketika sedang membuat persembahan membuatkan ramai yang teruja dengan transformasi itu.
Menurut Tok Ti dalam perkongsiannya menerusi akaun Instagram, busana itu sudah lama disiapkan namun oleh kerana AME21 ditangguhkan untuk beberapa bulan, akhirnya semalam merupakan hari yang paling dinanti-nantikan untuk disarungkan. Rekaan dari Rizman Ruzaini itu merupakan sebuah rekaan yang dihasilkan khas untuk mengikut gimik yang sudah dirancang awal.
Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan Rizman Ruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.
Tambahnya lagi, biarpun AME21 ditukarkan ke tarikh yang baru, Tok Ti masih mahu mengekalkan konsep persembahan yang diinginkannya iaitu bertukar baju selama lima saat untuk persembahan yang berdurasi hampir lima minit itu.
Saya mahu lagu berdurasi hampir lima minit itu ada impak tersendiri dalam masa lima saat dipersembahkan.
Hantaran yang dimuatnaik itu juga turut mendapat perhatian warganet dengan memberi pujian dan teruja dengan persembahan tersebut. Malah barisan artis juga turut memberi komen positif pada hantaran tersebut.
Anugerah Meletop Era 2021 (AME21) yang berlangsung semalam merupakan edisi yang kelapan bersama dengan tema busana Glam Legend menerusi tagline #YangFreshYangLegend.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.