Selain barangan hantaran perkahwinan Bella yang jadi viral, rupanya busana yang digayakannya juga agak lain daripada yang lain. Dress rekaan Mimpi Kita ini rupanya gabungan antara seluar dan juga kain yang menyenangkan pergerakan ratu sehari. Rekaan yang cukup memukau ini diperindah dengan taburan manik serta lace floral dempak di bahagian dada.
Menurut posting Bella dalam Instagram, memang dia sengaja memberitahu keinginannya untuknya bergaya luar dari kebiasaan orang lain.
Mahu menggayakan pants dan dress sekaligus untuk acara formal serta kasual dan perekanya trio Mimpi Kita berjaya merealisasikan impiannya mencipta busana cukup unik dan indah ini.
Ternyata gaya Bella cukup anggun sekali dan dia nampak sangat ceria tika melangkah ke pelamin indah yang direka khas untuknya dan pasangan.
Dia juga kelihatan sangat selesa ketika sesi memotong kek dan bertemu serta bergambar dengan tetamu yag hadir meraikan hari bahagian ‘love bird’ ini.
Busana indah ini juga turut mendapat pujian netizen yang menyukai dress digayakan Bella Dally ini. Menurut mereka hanya yang berani sahaja yang mencuba rekaan gandingan pants dan dress ini.
Memilih rona pastel dengan padanan hijab dililit sederhana menjadikan Bella Dally antara pengantin tercantik pembuka tirai di tahun 2019.
najatbolivar i love your wedding outfit so much now i get why you want the
sistholipmatte_bangi Cantik baju ni. Tak perasan pun pants lawanya lahaii. Dah pernah ke orang buat pakai seluar masa wedding? Bella org pertama kot
amirahalkaff It’s gorgeous! You looked amazing… congratulations! May you be surrounded by love, joy and contentment you lovebirds!
nz.azwa Unik and cantik. Hnya org yg berani shj utk cuba pants in dress.
adanhayamz Pants+dress so cool… good choice and designer
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BELLA DALLY
& MIMPI KITA