Tampil ‘Glowing’ Terima Oscar, Ini Rahsia Kejelitaan Tan Sri Michelle Yeoh Pada Usia 60 Tahun!

Share

Melakar satu sejarah sebagai pelakon kelahiran Malaysia memenangi trofi Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi menjadi inspirasi buat semua! Beliau telah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik melalui lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Bukan sahaja kemenangannya yang menjadi perhatian, malah penampilan wajah aktres berusia 60 tahun itu juga jadi tanda tanya kepada ramai orang tentang rutin kecantikannya.

Artikel berkaitan: 10 Perkara Wajib Dilakukan Bila Usia Cecah 30-an Untuk Kekal Sihat, Cantik & Tak Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Menurut Hello Magazine, jurusolek Tan Sri Michelle Yeoh, Sabrina Bedran, menyatakan beliau sangat mementingkan rutin penjagaan kulit. Ternyata ia ternampak jelas pada rupa parasnya yang masih lagi tampak cantik dan karisma.

Katanya, Michelle sering menggunakan dua produk kecantikan yang amat penting. Salah satunya, sheet mask, aktres itu selalu memakai sheet mask lebih kurang sekali dalam sehari untuk mendaparkan kelembapan yang mencukupi pada kulit wajah.

Selain itu, pelakon Crazy Rich Asian ini juga amat mementingkan penggunaan sunscreen. Beliau dikatakan tidak pernah terlepas untuk menyapukan sunscreen terlebih dahulu sebelum pergi kemana-mana.

 

Artikel berkaitan: 8 Kebiasaan Rutin Hidup Yang Boleh Menjadikan Anda Lebih Cepat Tua. Hentikan!

Bukan sahaja tertumpu kepada penjagaan kulit malah Michelle Yeoh juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Beliau sering melakukan senaman seperti berjalan kaki sejauh empat hingga enam kilometer dan yoga.

Beliau juga sering melakukan gaya pemakanan yang sihat dan menerapkan konsep ‘makan seperti burung’. Michelle akan mengambil bahagian yang sedikit tetapi kerap berbanding perlu makan banyak sebanyak 1 atau 2 kali.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee