Majalah Sports Illustrated setiap tahun akan mengeluarkan edisi Swimsuit yang menampilkan para model yang dibaluti dengan bikini seksi mereka. Namun pada tahun ini, Sports Illustrated: Swimsuit memecah tradisi dengan menampilkan seorang hijabi sebagai modelnya.
Hijabi itu adalah Halima Aden, model berhijab ternama berdarah Somali-Amerika. Halima mencetak sejarah, sebagai satu-satunya wanita berhijab yang memakai burkini di majalah Sports Illustrated: Swimsuit.
Halima Aden lahir di sebuah perkampungan Kenya dan telah menetap di sana sehingga berusia 7 tahun, selepas itu dia berpindah ke Amerika Syarikat. Kini Halima kembali ke tanah kelahirannya, untuk melakukan ‘photoshoot’ untuk edisi istimewa ini dengan fotografer Yu Tsai.
Ads
Mari kita lihat antara gaya dan ‘look’ burkini Halima untuk majalah Sports Illustrated: Swimsuit.
Nampaknya tahun demi tahun, model berhijab kini diiktiraf oleh dunia. Buktinya semakin ramai wanita berhijab berani menceburi bidang peragaan dan meniti nama seperti Halima Aden. Diharap kehadiran wanita berhijab dalam dunia fesyen antarabangsa ini dapat mengubah stigma negatif dunia barat terhadap wanita berhijab dan agama Islam sendiri.
Tahniah Halima Aden!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Doa merupakan perantara antara kita dengan dengan Allah. Hikmah doa itu terbuka luas. Sesesorang yang berdoa pastinya mengharapkan doanya dimakbulkan. Doa juga merupakan satu medium rayuan kepada Allah.
Firman Allah: “Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186)
Kita sebagai hamba, memang tak terlepas daripada hajat. Pasti banyak hajat yang terbuku di hati. Walau apa pun, biarlah segala hajat kita itu, kita salurkan melalui doa dengan penuh pengharapan hanya kepada Dia, pemberi segala sesuatu. Cuma lambat atau cepat, dimakbulkan atau tidak, kita sebagai hamba, perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah, sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik.
Berikut perkongsian penuh makna mfmirafilzah tentang doa.
TUHAN TAKKAN TOLAK PERMINTAAN KITA
Bila bercakap tentang ‘Doa’, ya, kita boleh minta apa sahaja pada Tuhan. Tapi Allah akan bg apa yg kita perlu, bukan apa yg kita impikan. Boleh jadi kita doa tentang sesuatu, seseorang, banyaaakkk kali. Dalam setiap solat, tak cukup dgn itu, dlm setiap solat hajat, solat sunat yg lain. Tapi Doa itu tidak pernah dimakbulkan. Mungkin skrg tidak, mungkin akan datang. Wallahualam.
“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah ayat 216)
Usahlah jemu dan putus asa untuk berdoa kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Percayalah bahawa Allah telah merancang jalan cerita yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Selama ini, kita fikir baju hanya sekadar baju dan tiada makna di sebaliknya. Tanpa disedari, warna baju yang dipakai sebenarnya mempengaruhi mood anda dan warna pakaian tersebut juga mampu menunjukkan pesan tertentu pada orang lain.
Ketahui 9 warna pakaian yang punya maksud di sebaliknya.
Sekiranya anda mahu nampak lebih berani, bersemangat dan aktif, warna merah adalah pilihan warna yang tepat untuk anda. Warna merah juga sesuai dipakai untuk first date anda bersama si dia.
Warna biru menunjukkan kedamaian, peribadi yang segar dan percaya pada diri. Bahkan tanpa anda sedari, warna biru juga akan membuatkan orang menerima anda dengan lebih cepat. Betul atau tidak, cuba dulu di rumah.
Warna jingga dikatakan sebagai warna yang ceria. Individu yang menggemari warna ini juga lebih mudah untuk bergaul dan mempunyai ramai kawan. Selain itu, individu ini juga suka bekerja secara berkumpulan berbanding secara individual.
Dek kerana warnanya yang cerah, kuning dianggap warna yang membawa kebahagiaan dan keceriaan. Orang yang gemarkan warna ini juga biasanya suka apabila menjadi perhatian ramai.
Individu yang sukakan warna hijau dikatakan seorang yang sangat kreatif. Selain itu, warna hijau juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bijak bersosial serta bergaul dengan orang ramai.
Apabila anda memakai warna ungu, anda sebenarnya ingin menunjukkan kemewahan tanpa bersikap sombong. Orang yang memakai warna ungu juga biasanya mahu dilihat sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai banyak pandangan.
Anda bingung dan tidak tahu nak pakai baju warna apa? Cuba pakai warna kelabu yang dianggap warna neutral. Selain itu, warna kelabu juga akan membuatkan anda nampak lebih berwibawa.
Tidak dapat disangkal lagi, warna hitam mampu menyerlahkan sisi elegan anda. Apabila pakaian warna hitam disarung pada tubuh, anda akan nampak lebih cool.
Sekiranya anda mempunyai banyak pakaian warna putih di dalam almari pakaian, itu tandanya anda sukakan kesederhanaan. Warna putih boleh menonjolkan kebaikan serta kepolosan seseorang.
Hijab dengan denim merupakan simbol kesederhanaan bagi wanita Muslim. Namun ia boleh digayakan dengan cara yang berbeza dengan untuk gaya yang lebih glamor. Padanan yang paling mudah tentunya dengan mengenakan hijab bersama seluar denim. Hijabista kongsikan 30 idea yang sesuai untuk hijabi tampil lebih kasual.
Terdapat banyak pilihan untuk gaya hijab dengan seluar denim. Untuk rutin harian yang mudah, anda boleh memakai seluar denim dengan kasut tumit, sandal atau loafers. Kombinasi abaya dengan seluar denim merupakan padanan gaya yang boleh memberi ilusi kurus dan tinggi pada hijabi. Trend yang paling hangat adalah seluar boyfriend jeans dipadankan dengan but panjang.
Terdapat pelbagai cetakan tudung yang dijual hari ini seperti cetakan haiwan, kartun, flora dan sebagainy. Cuba bereksperimentasi dengan corak baru yang cantik dan penuh gaya. Melalui imej berikut, anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memadankan ia bersama jeans yang dipakai. Untuk lebih mudah, jom kita tiru 10 gaya selebriti ini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.