Sebaik selamat pulang dari mengerjakan ibadah haji sebagai menyempurnakan Rukun Islam kelima, penampilan Hajah Fouziah Gous ternyata mencuri tumpuan. Dia tampil dengan imej berhijab yang lebih sopan dan sedap mata memandang. Malah dalam satu postingnya, dia turut memberitahu keseronokkan menggayakan tudung bawal untuk aktiviti hariannya. Netizen turut menyukai dan berkata hijab bawal digayakan membuatkan Fouziah tampak lebih manis dan muda.
Ternyata penampilan pelakon dan pengacara berusia 35 tahun ini juga turut mendapat pujian dari netizen yang dikatakan sesuai dengan gelaran Hajah. Ramai yang menyukai Fouziah memilih tudung bawal sebaik berhijab.
nuuuurinnnn Cantik pakai tudung bawal
radiah_izzati Cntik pakai tudung
kumin316 Masha Allah.. cantik sunggoh..
naniejaffrey Ya ALLAH…kenapa cantik sangat ni….semoga terus beristiqomah yang…..
w4w4_mat MasyaAllah,manisnya,cantik sgt pakai tudung,semoga terus istiqamah
Rata-rata mengucapkan tahniah dan berharap Fouziah akan kekal istiqomah dengan penampilannya yang sudah berhijab.
Malah dia juga kelihatan semakin cantik dan cukup berseri-seri sebaik mengerjakan ibadah haji bersama suaminya, Datuk Md Zhafran Md Yusof musim haji yang lalu.
Suami kesayangannya juga turut berkongsi foto-foto mereka yang sedang bercuti di Port Dickson di laman instagramnya.
Sebelum mengerjakan haji, Fouziah juga sudah mula mengenakan hijab apabila muat turun fotonya yang lengkap bertudung ketika kunjungan ke Kelantan.
Hijabista ucapkan semoga Hajah Fouziah akan kekal istiqomah dan penampilannya memang cantik dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.