Sejak akhir-akhir ini, ramai artis wanita yang memilih untuk mengenakan hijab. Peminat juga semestinya memberikan sokongan yang padu dan mendoakan yang terbaik untuk artis kesayangan mereka.
Penampilan pelakon terkenal iaitu Amyra Rosli juga kini menjadi perhatian ramai memandangkan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Amar Bahrin dan anak lelaki mereka iaitu Aqeef Anaqi.
Ramai yang merasakan Amyra kini memilih untuk berhijab dan penampilan di rancangan Meletop bagi mempromosikan drama lakonan terbarunya iaitu Cemburu Seorang Perempuan menguatkan lagi andaian itu apabila dia tampil bertudung seiring dengan wataknya dalam drama tersebut.
“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.
Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri. Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.”
“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah.”
Cantik betul apabila melihat penampilan Amyra yang bertudung ini. InsyaAllah kita sama-sama doakan yang terbaik buat si jelita Amyra ini. Amin.