Tampil BERGAYA Dengan Ilusi KURUS Dan Slim Macam Model, Nah, Ini 4 Trik Super HEBAT!

Share

Sebagai wanita, sudah pasti kita sentiasa mahu tampak kurus dan bergaya. Pada kita yang mungkin tidak memiliki saiz badan S dan M, terdapat helah untuk nampak kurus dengan gaya busana dan tip stail yang penting. Tip dan helah ini sedang hangat diamalkan oleh para selebriti Hollywood. Apa agaknya ‘rules’nya? Mari admin gariskan di bawah:

1) Busana lapisan luar yang labuh

Menurut penata gaya Hollywood, memakai busana lapisan luar yang labuh, “bakal menjadikan anda wanita yang paling ‘slim’ di dunia kerana ia menutup apa sahaja yang anda mahu sembunyikan dan juga menjadikan anda tampak lebih ‘cool’ daripada biasa.” Admin setuju dan memandangkan cuaca di Malaysia ini panas, jadi pastikan anda memilih lapisan luar dari fabrik yang ringan dan ‘bernafas’.

2) Skirt kembang (flared)

Jika anda memiliki pinggul dan paha yang agak besar, dres atau skirt kembang akan menjadi ‘ultra-flattering’ pada tubuh anda. Ia akan memberi definisi

kepada pinggang anda (bahagian paling kecil), dan akan ‘flow’ dengan cantik sehingga ke hujung kaki anda.

3) Pinggang yang bertali pinggang

Memberi fokus kepada pinggang anda dengan memakai tali pinggang adalah helah ‘slimming’ yang sesuai untuk wanita apa sahaja saiz. Efeknya terbaik untuk mereka yang memiliki figura ‘hourglass’ kerana ia memberi fokus kepada bahagian tengah anda.

4) Monokrom

Menyarung busana satu warna dari kepala hingga ke kaki adalah secara visualnya ‘memanjangkan’, akan membuat anda tampak lebih tinggi dan ‘leaner’

. Warna hitam adalah warna pilihan yang klasik, tetapi admin sarankan pilihan warna putih untuk cuaca yang lebih panas.

Nota Kaki : Moga tip di atas mampu memberi panduan kepada hijabi di luar untuk tampak lebih ‘slim’ dalam bergaya. Selamat mencuba!

 

 

Published by
Siti Zurina