Aurel Hermansyah mendedahkan dia mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Tidak hairanlah dia kini kelihatan lebih langsing dan penampilannya sering mendapat pujian.
Sering menjadi bualan di media sosial, anak kesayangan kepada diva pop tersohor Indonesia, Kris Dayanti ini mengamalkan diet dengan menukar jenis makanan yang diambil.
Hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 15 kilogram.
Penampilan terkini penyanyi berusia 26 tahun ini selepas bersalin dapat dilihat pada hantaranya di Instagram baru-baru ini.
Dalam hantaran itu, Aurel atau nama penuhnya Titania Aurelie Nurhermansyah kelihatan langsing apabila menyarungkan kebaya ketika menghadiri satu majlis perkahwinan.
Berikut beberapaa koleksi foto yang menunjukkan penampilan terkini Aurel.
Menghadiri majlis bersama Aaliyah Massaid itu, Aurel Hermansyah mempamerkan tubuh langsingnya dengan memakai kebaya.
Aurel menyarungkan sut kebaya yang dipadankan dengan seluar satin rona hijau zamrud.
Aurel melengkapkan gaya dengan perincian kain batik dan kerongsang emas.
Ketika bersama suaminya, Atta Halilintar, Aurel menyarungkan busana serba hitam potongan A-Line.
Padanan tudung dan kasut tumit tinggi rona hitam menyerlahkan lagi keanggunan Aurel.
Untuk info,
BACA JUGA: Penampilan Terkini Aurel Hermansyah Setelah Bergelar Hajah Pada Usia Muda