Aurel Hermansyah mendedahkan dia mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Tidak hairanlah dia kini kelihatan lebih langsing dan penampilannya sering mendapat pujian.
Sering menjadi bualan di media sosial, anak kesayangan kepada diva pop tersohor Indonesia, Kris Dayanti ini mengamalkan diet dengan menukar jenis makanan yang diambil.
Hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 15 kilogram.
Penampilan terkini penyanyi berusia 26 tahun ini selepas bersalin dapat dilihat pada hantaranya di Instagram baru-baru ini.
Dalam hantaran itu, Aurel atau nama penuhnya Titania Aurelie Nurhermansyah kelihatan langsing apabila menyarungkan kebaya ketika menghadiri satu majlis perkahwinan.
Jika anda sering mengikuti perkembangan Siti Aafiyah iaitu anak sulung kepada penyanyi ternama, Dato Sri Siti Nurhaliza, pasti anda akan mengenali pengasuh yang sering menjaga dan ada di sisi Aafiyah iaitu Dayah Zubit.
Cantik manis orangnya, gadis yang berasal dari utara ini telah selamat bernikah dengan cinta hatinya hari ini iaitu pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali.
Selamat bernikah di Pulau Pinang, pasangan ini telah berkongsi siaran langsung majlis perkahwinan mereka di laman instagram masing-masing.
Biarpun tidak dapat hadir, Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti dan Dato Sri Khalid telah menghadiahkan busana perkahwinan buat Dayah dan pasangan hasil rekaan daripada pereka fesyen ternama iaitu Rizman Ruzaini.
Tok Ti juga telan menitipkan doa agar majlis mereka dapat berjalan dengan lancar pada hari ini.
InshaAllah, moga Allah SWT permudahkan majlis kakak harini…
Untungnya Dayah dapat hadiah daripada Tok Ti! Tahniah Dayah dan Ridzuan. Kami doakan perkahwinan ini sentiasa diberkati dan kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Isteri kepada Ruzaini yang mesra digelar sebagai Ida, merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sebuah kementerian.
Baru-baru ini Nurul Hidayati memuat naik satu hantaran di Instagramnya, usaha dan pengorbanan suami dalam menyediakan baju baru buat dirinya dan anak setiap kali menjelang raya.
“Tahun demi tahun, tanpa perlu diminta, suami tercinta setia menyediakan baju Raya buat isteri dan anaknya.
“Dari sekecil pilihan warna hingga sentuhan akhir, from top to toe la…(even kasut dan handbag semuanya dia pilih dan sediakan).
“Saya dengan Rahil memang tadah badan ja pakai haha.. Beruntung dan bersyukur sangat.
“Alhamdulillah atas nikmat kasih sayang yang tak pernah putus. Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir waktu.”
Rata-rata para pengikut Nurul Hidayati menzahirkan pujian dan rasa kagum.
Mereka menganggap Nurul Hidayati sangat bertuah serta rezeki kerana dikurniakan suami yang rajin menyediakan pakaian baharu termasuk kelengkapan dari huijung rambut sampai hujung kaki buat isteri dan anak tersayang.
“Rezeki dapat suami yang atur baju untuk isteri dan anak, beruntungnye awak.”
“Moga anak2 lelaki kita mewarisi sikap budiman dan mulia bapa2 mereka melayani dan menyantuni isteri dan anak.”
“Lawa baju..untung rezeki,..segak anak teruna tu besaq dah.”
Semoga Ruzaini sekeluarga kekal bahagia selamanya sampai syurga.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral sebelum ini kisah diet Zulin Aziz yang hanya makan telur dalam menu hariannya dalam proses menurunkan berat badan. Malah dia turut berkongsi menu berkenaan di lama instagramnya hingga berjaya hilang 10 kg dalam tempoh sebulan. Rupanya bukan hanya disebabkan mahu mendapat berat ideal sebaliknya Zulin Aziz menjalani proses diet kerana mahu berkahwin. Namun impiannya tidak kesampaian apabila mengumumkan tidak jadi mendirikan rumah tangga gara-gara kekasih hati membatalkan hasrat mereka.
Zulin yang muat turun posting itu di laman instagramnya memberitahu dia bersungguh-sungguh untuk kurus disebabkan mahu kelihatan cantik di hari perkahwinannya.
Ayuh ikuti luahan hati Zulin Aziz yang cukup menyentuh hati ini.
Terima kasih pada semua yang mendoakan Ucapan tahniah itu membuat hati saya Untuk apalah saya nk buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya.
Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.
Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.
Akhirnya saya diketemukan dengan dia.Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia.Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.
Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri,saya ciptakan lagu khas buatnya.Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti. Segalanya sudah dirancang kemas,tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yg dijanjikan.Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari.
Lagu pun dah siap,tak sabar saya nak bagi dia dengar.Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.
Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.
Jadi lagu yang saya dah cipta penat2 tu utk apa?nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan skrg dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain.
Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru.
Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya.
Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain. Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi..
Bekas penyampai radio Suria FM ini turut menjelaskan apa yang berlaku ini bukanlah sekadar gimik yang direka sebagai publisiti murahan kerana sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangannya untuk berumah tangga dengan jejaka dikenali setahun lalu.
Netizen juga turut bersimpati dengan perkonsian kisahnya dan rata-rata mendoakan dia kuat melalui dugaan ini. Ada juga turut mendoakan dia akan bertemu jodoh sesuai satu hari nanti.
nur_haz_li_na Keep strong akak..akk sntsa cntik dan makin gojes
nur.adilah.58 Kak, don’t worry he doesn’t deserve you… U know what… I really impressed with you… Really adore you… One of my burning desire to keep fit…
bob_8661 kuatkan semangat dan terus melangkah jangan toleh belakang lagi ya
titenawal@zulinaziz yes..i tau tu bukan gimik..be strong sis..in shaa Allah ade jodoh yg baik soon
bella_zafri Allah swt the best planner.. akn ada yg terbaik nnt insha Allah.