Pelantikan Putri Zulkifli Hasan sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia bagi tempoh 2024-2029 berlangsung dengan penuh khidmat.
Untuk info, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) ialah dewan negara dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia.
Putri merupakan anak kepada Menteri Perdagangan Republik Indonesia yang juga Ketua Umum Parti Amanat Nasional (PAN), Zulkifli Hasan.
Selain itu, figura berusia 36 taahun ini juga mempunyai hubungan rapat dengan beberapa selebriti termasuk rakan sekolahnya Nagita Slavina.
Selain politik, Putri juga aktif dalam dunia perniagaan dan mengasaskan Batin Group Women & Children yang memfokuskan kepada kebajikan wanita dan kanak-kanak.
Pada majlis perlantikannya sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Putri tampil anggun dengan kebaya biru rekaan pereka fesyen, Asky Febrianti.
Menariknya, kebaya biru yang disarungkan oleh Putri mempunyai makna yang mendalam iaitu ketenangan, kekuatan dan keseimbangan.
Warna biru turut menggambarkan semangat yang ingin dibawa oleh Puteri.
Puteri kelihatan sangat memukau pada majlis perasmian dengan kebaya biru yang menggabungkan elemen klasik dan moden di samping mencerminkan identitinya sebagai wanita Lampung.
Ketika perasmian, terserlah keanggunan asli Putri dengan kebaya biru dan solekan yang berani.
Kebaya biru itu juga menyerlahkan keindahan budaya tempatan serta keunikan warisan serantau.
Momen istimewa lebih bermakna dengan kehadiran anak perempuannya, Illiyyuna Kamilia Rais yang menjadi penyokong setia dan simbol sokongan keluarga dalam perjalanan karier Putri.
Putri membuktikan penampilan bukan sahaja tentang fesyen bahkan juga tentang nilai dan komitmennya dalam kerjaya.
Rata-rata para pengikutnya di media sosial menitipkan ucapan tahniah, harapan serta sokongan agar Putri terus berjaya dalam kariernya.
BACA JUGA: Kenali RAVENA WULANDARI Satu-Satunya Finalis Berhijab Di Miss Universe Indonesia 2024