Taman tema air terbaharu, ‘Splash Mania’ yang dinantikan akhirnya telah dibuka secara rasmi pada 6 Febuari yang lalu! Untuk pengetahuan hijabi, taman Tema Air Splash Mania berkeluasan 18 ekar dan telah dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove.
‘Splash Mania’ yang baru sahaja dibuka telah merekodkan kunjungan lebih daripada 2,200 orang pengunjung pada hari pertama pembukaan rasminya.
Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune, berkata sebagai syarikat yang terbabit dalam perancang bandar, pemaju hartanah itu merancang untuk menjadikan Gamuda Cove bukan sahaja sebagai kawasan kediaman, tetapi merangkumi semua keperluan lain.
“Kami teruja untuk menawarkan layanan ‘Where Nature Meets Fun’ SplashMania kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa. Dengan sambutan hari pertama, kami menjangkakan taman tema air akan menarik 800,000 pengunjung setahun,” katanya semasa pembukaan rasmi Splash Manis.
Sebagai sebahagian daripada ‘usaha pendigitalan’ untuk kemudahan pengunjung, Gamuda Land telah memperkenalkan aplikasi mudah alih ‘GL Play’ yang tersedia untuk dimuat turun di Google Play dan Apple Store.
Sanjay Nadarajah, Pengurus Besar (Rekreasi dan Hospitaliti) Gamuda Land, menjelaskan bahawa melalui aplikasi itu pengunjung boleh membeli tiket secara ‘online’ dan menggunakannya untuk menavigasi dan melihat gelongsor air yang tersedia pada peta taman digital.
Melalui GL Play, pengunjung juga boleh memesan di pelbagai perkhidmatan F&B dan dimaklumkan apabila mereka boleh mendapatkan makanan dan minuman mereka.
Selain itu, GL CLIX(yang terdapat di dalam GL Play) membolehkan pelawat memuat naik foto resolusi tinggi yang diambil semasa lawatan mereka menggunakan teknologi pengecaman muka. Wah memang menarik!
“Teknologi seperti GL Play bukan sahaja memberikan pengunjung pengalaman yang berharga, tetapi juga lancar. Takperlu nak beratur untuk membeli tiket ataupun ketika pesan makanan. Kami mahu pengunjung memanfaatkan sepenuhnya masa, mencipta kenangan dan merasai “keseronokan” di SplashMania” ujar Sanjay.
Taman Tema Air, Splash Mania menyediakan 24 jenis gelongsor air serta 15 tarikan utama yang sesuai dengan semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Di antaranya ialah Shaka Waka(gelongsor gelap yang dihiasi lampu warna-warni), Wild Rush (gelongsor yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter) dan Atlantic VR(kawasan perairan realiti maya).
Kalau hijabi nak tahu, Gelongsor Atlantic VR merupakan permainan pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ia memerlukan pengunjung memakai peranti Realiti Maya (VR) sambil menuruni gelongsor. Wah, memang menarik! Bila lagi nak merasai pengalaman seperti itu kan.
Tambahan itu, Splash Mania turut dilengkapi dengan laluan sungai sepanjang 400 meter yang memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung, selain mempunyai kawasan ombak dan jakuzi.
Memang bersesuaian lah buat hijabi yang ‘penakut’ akan aktiviti yang esktrem, mencabar dan hanya ingin bersantai di atas pelampung sambil menikmati laluan sungai yang berombak.
Artikel Berkaitan: Nak Pergi Bercuti? Ini Cara Untuk Anda Kemas Baju Dengan Mudah Agar Tak Serabut!
Untuk pengetahuan hijabi, sempena pembukaan rasmi Taman Tema Air Splash Mania, pengunjung akan menikmati harga promosi sehingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak. Wah, tunggu apa lagi…jom ajak seluruh ahli keluarga anda!
Artikel Berkaitan: Tip Memilih Tudung Ketika Bercuti Agar Gambar Instagram Cantik Sis!
Info tambahan, Splash Mania bertempat di Gamuda Cove, yang terletak di antara Paya Indah Discovery Wetlands dan Hutan Rizab Kuala Langat. Hijabista sendiri sudah merasai pengalaman di Splash Mania dan ia sememangnya satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.