Taman tema air terbaharu, ‘Splash Mania’ yang dinantikan akhirnya telah dibuka secara rasmi pada 6 Febuari yang lalu! Untuk pengetahuan hijabi, taman Tema Air Splash Mania berkeluasan 18 ekar dan telah dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove.
‘Splash Mania’ yang baru sahaja dibuka telah merekodkan kunjungan lebih daripada 2,200 orang pengunjung pada hari pertama pembukaan rasminya.
Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune, berkata sebagai syarikat yang terbabit dalam perancang bandar, pemaju hartanah itu merancang untuk menjadikan Gamuda Cove bukan sahaja sebagai kawasan kediaman, tetapi merangkumi semua keperluan lain.
“Kami teruja untuk menawarkan layanan ‘Where Nature Meets Fun’ SplashMania kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa. Dengan sambutan hari pertama, kami menjangkakan taman tema air akan menarik 800,000 pengunjung setahun,” katanya semasa pembukaan rasmi Splash Manis.
Pengalaman digital, ‘GL Play’
Sebagai sebahagian daripada ‘usaha pendigitalan’ untuk kemudahan pengunjung, Gamuda Land telah memperkenalkan aplikasi mudah alih ‘GL Play’ yang tersedia untuk dimuat turun di Google Play dan Apple Store.
Ads
Sanjay Nadarajah, Pengurus Besar (Rekreasi dan Hospitaliti) Gamuda Land, menjelaskan bahawa melalui aplikasi itu pengunjung boleh membeli tiket secara ‘online’ dan menggunakannya untuk menavigasi dan melihat gelongsor air yang tersedia pada peta taman digital.
Melalui GL Play, pengunjung juga boleh memesan di pelbagai perkhidmatan F&B dan dimaklumkan apabila mereka boleh mendapatkan makanan dan minuman mereka.
Selain itu, GL CLIX(yang terdapat di dalam GL Play) membolehkan pelawat memuat naik foto resolusi tinggi yang diambil semasa lawatan mereka menggunakan teknologi pengecaman muka. Wah memang menarik!
“Teknologi seperti GL Play bukan sahaja memberikan pengunjung pengalaman yang berharga, tetapi juga lancar. Takperlu nak beratur untuk membeli tiket ataupun ketika pesan makanan. Kami mahu pengunjung memanfaatkan sepenuhnya masa, mencipta kenangan dan merasai “keseronokan” di SplashMania” ujar Sanjay.
Ads
Tarikan di Splash Mania
Taman Tema Air, Splash Mania menyediakan 24 jenis gelongsor air serta 15 tarikan utama yang sesuai dengan semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Di antaranya ialah Shaka Waka(gelongsor gelap yang dihiasi lampu warna-warni), Wild Rush (gelongsor yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter) dan Atlantic VR(kawasan perairan realiti maya).
Kalau hijabi nak tahu, Gelongsor Atlantic VR merupakan permainan pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ia memerlukan pengunjung memakai peranti Realiti Maya (VR) sambil menuruni gelongsor. Wah, memang menarik! Bila lagi nak merasai pengalaman seperti itu kan.
Tambahan itu, Splash Mania turut dilengkapi dengan laluan sungai sepanjang 400 meter yang memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung, selain mempunyai kawasan ombak dan jakuzi.
Ads
Memang bersesuaian lah buat hijabi yang ‘penakut’ akan aktiviti yang esktrem, mencabar dan hanya ingin bersantai di atas pelampung sambil menikmati laluan sungai yang berombak.
Untuk pengetahuan hijabi, sempena pembukaan rasmi Taman Tema Air Splash Mania, pengunjung akan menikmati harga promosi sehingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak. Wah, tunggu apa lagi…jom ajak seluruh ahli keluarga anda!
Info tambahan, Splash Mania bertempat di Gamuda Cove, yang terletak di antara Paya Indah Discovery Wetlands dan Hutan Rizab Kuala Langat. Hijabista sendiri sudah merasai pengalaman di Splash Mania dan ia sememangnya satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klikdi sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
1. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
2. Pakai anak tudung ataupun bandana
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
4. Pakai tudung yang disertakan dengan inner neck
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Khairulaming, seorang pengaruh media sosial yang popular, tidak menyangka salah satu video masakannya telah menarik perhatian chef selebriti Gordon Ramsay.
Menurut Khairulaming, dia mula mengetahui perkara ini selepas tersedar dari tidur
“Tadi saya bangun tidur selepas itu semua orang dok tag saya yang Gordon Ramsay react video masak.
“Wey seriuslah, saya harap dia tak makilah, saya takut dia marah saya,” katanya sambil ketawa.
Dalam video yang sama, Khairulaming turut berkongsi pencuci mulut yang dibuatnya adalah salah satu resipi Gordon.
“Sebenarnya saya dah cuba resepi awak iaitu puding gula karamel kalau tak silap nama. Sekarang mentega saya agak bermasalah.”
Semalam, Ramsay memuat naik video bersama Khairul Aming di TikToknya dan sempat mengulas cara membuat puding kukus gula hangus, yang dikongsi oleh influencer media sosial itu.
“Datang Malaysia nanti saya bagi sambal,” ujarnya berseloroh.
Sementara itu, Gordon yang memuji teknik memasak Khairulaming turut mendedahkan dia akan berada di Malaysia minggu depan.
Pada masa lalu, Gordon dikenali sebagai tukang masak “bermulut pedas” kerana dia sering menawarkan kritikan jujur terhadap makanan, terutamanya hidangan yang tidak memenuhi kriteria yang dikehendakinya.
Sementara itu, dalam tweet terbarunya di Twitter, Khairul Aming meluahkan rasa teruja apabila video masakannya menarik perhatian chef selebriti itu.
“Guys (kalian) Gordon Ramsay duet video masak saya.
“Habis la merajuk sudu kayu aku ini,” balasnya hari ini bagi membalas teguran spontan yang dibuat Ramsay.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Buah kurma memang hidangan terbaik yang boleh memberi kita tenaga berkekalan untuk bekalan seharian berpuasa. Kebiasaannya waktu sahur atau ketika berbuka kita akan menjamah buah kecil ini. Tetapi sebenarnya buah kurma juga boleh di pelbagai cara kegunaannya.
Antaranya adalah dengan merendamnya dengan air dan boleh diminum begitu sahaja. Cara ini dipanggil air nabeez yang bermaksud air rendaman. Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan kemudian diminum keesokan paginya ketika mahu bersahur.
Air nabeez juga dikatakan merupakan sajian kegemaran Rasulullah SAW.
Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,
Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).
Walau bagaimanapun diingatkan eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Bahan Diperlukan:
Kurma / kismis
Air suam
Cara Membuatnya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan carikkan isi kurma berkenaan.
2. Rendam isi kurma dalam air masak sebelum tidur. Letak di luar tak perlu simpan dalam peti sejuk.
3. Bolehlah diminum esok untuk bersahur.
p/s: Jangan campurkan kurma dengan kismis. Kalau mahu buatlah air secara berasingan. Diingatkan juga eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Khasiat Air Nabeez:
1. Minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu proses pembuangan
2. Kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaaan tubuh. Juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh. Ia juga sangat berguna sebagai detox.
SUMBER: TRIBUNNEW.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...