Kecantikan

Takut Wajah ‘Breakout’ Lepas Berhenti Guna Produk Timbang Kilo, Ini Cara Mudah Untuk Atasinya

Share
Ramai di antara kita sebenarnya pernah terjebak dengan penggunaan produk kosmetik ‘timbang kilo’ yang mengandungi mercuri sebagai bahannya gara-gara inginkan kulit yang cantik dalam masa cepat.
Kesan mercuri mungkin tidak nampak sekarang tetapi ia akan memberi kesan buruk pada tubuh badan anda dalam jangka masa panjang.
Bagi yang sudah berhenti menggunakannya, tahniah diucapkan. Namun, bagi yang masih menggunakannnya, hentikanlah serta merta demi kebaikan anda. Mungkin anda takut muka anda akan breakout teruk jika berhenti. Jangan risau, ikuti saja langkah mudah ini!
TIP BERHENTI GUNA PRODUK  BERBAHAYA TANPA KESAN JERAWAT TERUK
PENCUCI MUKA LEMBUT
Photo by Curology on Unsplash
Pertama sekali, berhenti guna semua skincare. Just cari cleanser yang paling mild dan natural (contohnya cetaphil, cerave atau guna air rendaman sireh je untuk cuci muka).
AIS BATU
Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Bila rasa rasa kebas, berhenti. Biarkan muka sehingga kembali hangat.
KULIT PISANG
Sapu kulit pisang pada kulit. Kulit pisang dapat mengurangkan rasa gatal akibat infeksi merkuri dan hydroquinone.
ALOE VERA
Kalau boleh cari aloe vera asli . Gosok seluruh muka. Biar 10 minit kemudian cuci.
Selamat mencuba!
kredit: de_hanis
Published by
QIST