Takut Tersalah Guna, Elak Membazir Di Hari Raya. Mulakan Menyimpan Di Simpan SSPN!

Share

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Peribahasa Melayu ini tidak asing lagi dalam memupuk budaya menyimpan dan menabung dalam kalangan masyarakat kita. Dari bangku sekolah lagi kita diajar untuk sentiasa menabung kerana banyak manfaatnya yang boleh diperolehi terutamanya berkaitan dengan hal pendidikan.

Sumber gambar: Gila Hartanah

Namun, hari ini, budaya menabung semakin berkurangan kerana kurangnya kesedaran dalam diri tentang kepentingan amalan menabung, terutamanya dalam kelompok generasi muda yang kian alpa dengan kemajuan teknologi serta trend terkini yang mengaburi mata mereka.

Oleh kerana itu, adalah amat penting sekiranya ibubapa mengambil langkah bijak untuk mula menabung demi kepentingan pendidikan anak-anak mereka. Tambahan pula bila Aidilfitri menjelma, ramai ibubapa yang lupa untuk menyimpan duit raya anak-anak mereka sehingga ada yang digunakan untuk pembelian yang tidak berfaedah. Jadi, apa kata Aidilfitri tahun ini, anda mula menyimpan dan menabung bersama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

ISU KEWANGAN BUKAN LAGI PENGHALANG

Simpan SSPN merupakan solusi terbaik untuk memastikan anak-anak anda berjaya menggenggam segulung ijazah dan terbang tinggi mencapai cita-cita mereka. Isu kewangan bukan lagi penghalang apabila anda mula menabung bersama Simpan SSPN demi untuk memastikan anak-anak anda tidak tercicir dalam aspek pendidikan dan berjaya hingga ke menara gading!

Simpan SSPN telah mula diperkenalkan pada tahun 2004 yang direka khas bertujuan untuk memupuk sifat menabung bagi tujuan pendidikan tinggi. Sehingga 31 Mac 2022, lebih dari  5.32 juta akaun Simpan SSPN telah dibuka dan menjadikan Simpan SSPN pilihan utama masyarakat Malaysia demi kepentingan pendidikan pada masa hadapan.

Jadi, bila anda menyimpan dengan Simpan SSPN, pasti banyak keistimewaan dan manfaat yang anda perolehi! Untuk makluman, Simpan SSPN mempunyai dua produk simpanan iaitu Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime. Kedua-kedua produk simpanan ini memiliki keunikan dan manfaatnya tersendiri yang memudahkan anda untuk menabung demi pendidikan anak-anak di masa hadapan.

Sumber gambar: LoveSSPN

KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN

Simpan SSPN Prime memberikan pelbagai manfaat dan keistimewaan untuk masyarakat Malaysia seperti Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan sehingga RM8,000 setahun, Dividen yang kompetitif, Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan. Perlindungan takaful turut diberikan. Ia bermaksud sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh kepada ibu atau bapa, masa depan anak-anak untuk melanjutnya pengajian masih terjamin kerana simpanan ini menyediakan perlindungan takaful percuma berdasarkan jumlah simpanan.

Malah, bukan itu sahaja, bagi Simpan SSPN Plus, ia menawarkan enam (6) pakej yang lebih menarik dan mampu dimiliki oleh masyarakat Malaysia antaranya perlindungan manfaat takaful sehingga RM1.2 juta dan perlindungan sehingga umur pendeposit berumur 69 tahun. Simpan SSPN Plus ini juga mengekalkan pelbagai manfaat sedia ada kepada para pendeposit.

JOM BERAYA, JOM MENYIMPAN DENGAN SIMPAN SSPN!

Kali ini, sempena meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, PTPTN meneruskan lagi Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 untuk menyuntik motivasi masyarakat terutamanya ibu bapa agar dapat memupuk budaya menabung dengan menyimpan duit raya anak-anak dalam akaun Simpan SSPN

Apa yang menariknya mengenai kempen ini, hadiah keseluruhan yang bakal dibawa pulang hampir RM160,000 termasuklah sebuah TV Pintar 4k 50 inci bagi tempat pertama, vakum tanpa wayar bagi tempat kedua, seterika wap bagi tempat ketiga dan duit raya bernilai RM200 bagi saguhati! Tidak hanya terhad kepada satu pemenang sahaja, setiap negeri menawarkan hadiah menarik kepada 22 pemenang. Ia terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus Tempoh kempen bermula dari 15 April 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Putra