Kebanyakan daripada mereka meletakkan beban bahawa orang yang berada dalam dunia ‘single’ ini pastinya seorang yang berada dalam zon kesedihan dan kelihatan simpati. Seakan ‘single’ ini satu ruang yang amat mengerikan untuk dilalui oleh kebanyakan orang pada hari ini.
‘Single’ umpama satu bentuk hukuman seperti terkena penyakit bahaya atau penyakit seumpamanya yang sangat menakutkan dan menyedihkan. Walhal, persepsi sebegini tidak kukuh sama sekali. Banyak contoh mudah yang boleh didapati di luar sana yang menunjukkan bahawa dunia ‘single’ ini bukanlah sebagaimana yang sering ditafsirkan.
Ruang Toksik Yang Tidak Sihat
Ramai sahaja yang menggunakan ruang sebagai ‘single’ untuk memenuhi keperluan dan potensi diri masing-masing. Apabila kita berada dalam hubungan yang tidak sihat dan penuh toksik, kita banyak mengeluarkan tenaga, emosi dan perhatian untuk si dia. Kita banyak mencuri masa-masa yang ada hanya semata-mata untuk memastikan si dia berada dalam keadaan baik dan dalam perhatian kita sentiasa.
Kalau kita menghabiskan masa untuk orang yang sah atau orang yang tepat itu tidak mengapalah kerana pelaburan sebegini akan mendatangkan hasil yang baik, tetapi kita berbicara tentang orang yang belum nyata berada dalam hidup kita. Pernah saya lihat dalam satu video soal jawab antara love coach, Matthew Hussey dengan peserta wanita di dalam satu program live session beliau.
Korbankan Kebahagiaan Sendiri
Wanita tersebut mengadukan pada Matt bahawa dia sudah menghabiskan tiga tahun bersama dengan lelaki yang salah. Dipermudahkan lagi cerita, wanita itu memberitahu selama dia bersama dengan lelaki itu, dialah orang yang paling ‘try hard’ sementara lelaki itu selalu memberi respon dengan cara yang negatif dan kosong.
IKLAN
Lalu Matt pun bertanya kepada wanita tersebut, mengapa dia susah untuk melepaskan lelaki itu walaupun dia sendiri akui yang diri dia tersakiti dan sering terganggu emosinya. Jawab wanita itu; “Saya takut untuk bersendiri” Saya yakin dan pasti bukan hanya wanita itu sahaja yang mengalami perkara ini. Pasti ada ramai di luar sana termasuk kenalan saya sendiri pun menghidap penyakit yang lebih kurang sama ini.
Ada yang sanggup dikasari, dihina dan diganggu emosi saban hari kerana pada mereka benda yang paling menakutkan ialah bersendirian. Seakan-akan bersendirian ini satu musibah yang tidak patut dilalui. Kelmarin saya ada terbaca salah satu bab dalam buku yang ditulis oleh tokoh motivasi self-help terkenal iaitu Richard Templar yang berjudul The Rules Of Love.
Diselitkan dalam buku itu bab ‘You won’t be happy with a partner until you can be happy on your own’ (kamu tidak boleh berbahagia dengan pasangan selagi kamu sendiri tidak bahagia dengan diri kamu sendiri). Dalam bab tersebut pun lebih kurang sama kesnya iaitu seorang perempuan yang takut untuk bersendirian, maka sebab itu dia bergerak dari satu lelaki kepada lelaki yang baru apabila putus hubungan.
Apa yang kita perlu tahu ialah kebahagiaan itu ada dalam dada kita. Ramai tidak menyedari hakikat ini kerana dia belum kenal dengan dirinya sendiri. Apabila dia belum kenal diri sendiri, dia tidak tahu dengan cara bagaimanakah dia hendak membahagiakan dirinya. Contohnya kalau kita tidak kenal dengan seseorang, bagaimana untuk kita tahu apa yang disukainya, bukan?
IKLAN
Adakah dia suka makan ikan? Dia bolehkah layan animasi? Persoalan ini yang akan terpancar dari fikiran kita. Begitulah perumpamaannya jika kita belum kenal diri kita ini siapa. Kita suka apa, apakah matlamat kita, apakah hala tuju kita dalam jangka masa pendek dan panjang, apakah limitasi kita?
Apakah kelemahan kita, apa jalan hidup yang kita hendak pilih dan lalui sampai kita mati? Kesemua persoalan ini patut ditanyakan pada diri kita semenjak awal lagi. Apabila kita sudah mendapat jawapan yang konkrit dan jelas daripada persoalan-persoalan ini, maka tiada masalah langsung kalau kita ini ‘single‘ atau berpunya. Kerana diri kita sahaja sudah cukup bahagia.
Berhenti Dengan Sangkaan Single Harus Sedih
Kita tidak boleh bahagia jika hanya bergantung kepada faktor luaran- mengharapkan orang membahagiakan kita namun kita sendiri keliru dan termenung tentang diri sendiri. Bahagiakah begitu? Firman Allah;
“Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu dari apa yang mereka kumpulkan.” – (Surah Yunus 10: 58)
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam karyanya Miftah Dar Sa’adah mengungkapkan tanda kebahagiaan pada diri seseorang itu ada tiga iaitu:-
#1- Bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
#2- Sabar ketika mendapat ujian dari Allah.
#3- Bertaubat segera jika ada melakukan dosa.
Selagi mana kita jelas dengan matlamat hidup kita tentulah kita dapat meraih kebahagiaan sebenar walaupun status kita masih bujang. Berhentilah dari meletakkan sangkaan meleset bahawa orang yang ‘single’ harus berasa sedih kerana keseorangan.
Kisah pensyarah Universiti Multimedia Melaka, Dr. Khair Razlan Othman memakai tanjak ketika menerima Ijazah Doktor Falsafah di majlis graduasi universiti terkenal dunia, Universiti Oxford, United Kingdom mendapat perhatian ramai.
”Saya mahu beritahu betapa hebatnya bangsa kita pada orang” kata Dr. Khair Razlan Othman memetik laporan Malaysia Gazette.
Melalui perkongsian penuh berikut, Dr. Khair Razlan berkongsi rasa bahagia dan bangga kerana dapat menaikkan martabat orang kita di mata dunia.
“Tuan, bisa mungkinkah saya mengenakan tanjak tradisional saya semasa sidang kedua?” ujarku lembut mengaju tanya kepada Sang Proktor Kolej.
Semangat yang mulia tidak pernah sesekali mengajar seorang Muslim untuk menidakkan hormatnya pada majlis keraian keramaian. Begitu spirit sabdaan Baginda ar-Rasul SAW. Kehidupan seorang Muslim perlu hikmah pada setiap masa dan ketika.
“Yes sure. That’s lovely. It must be from Indonesia..”
“Oh, tidak. Saya orang Melayu dari Malaysia!”, ujarku kembali bersemangat. Ada rasa bangga menjalar lewat pembuluh darah.
***
Harapnya menjadi yang pertama dan satu-satunya barangkali semenjak sejarah penubuhan Oxford. Memperkenalkan pakaian tradisi warisan berzaman, tanda budi dan tinggi peradaban bangsa dalam majlis berprestij sebegini. Sungguh. Ia bukan kerana populariti.
Kerna bangsa ini sudah sekian lama mendiamkan diri. Sama ada malu atau memang tidak mahu. Sama ada ragu atau memang dalam keliru.
Bisa mungkin setiap orang salahkan pemimpin yang rajin kelahi, atau pengikut yang hilang jati diri.
Namun aku lebih suka memilih menjadi pelopor. Menerobos jalan yang unik. Kerana massa perlukan qudwah hidup yang berjalan di bawah tataan nan tinggi. Apa lagi di bumi Tanah Melayu yang sedak bergolak hari ini.
Harus ada sosok manusia yang berani mengorek keluar khazanah peradaban bangsa yang sudah lama tertimbus. Mengangkat identiti bangsa hebat yang kian hebat dipersoalkan ini serta memberikan takrifan sewajarnya..
Bak kata pujangga, benih yang baik itu jika ditabur ke laut menjadi pulau, ditebar ke langit menjadi bintang, dicampak ke hutan menjadi gunung.
Di kala rakan graduasi memilih hanya memegang mortar board, ianya tidaklah semudah bicara tatkala menanam azam untuk menunjuk isyarat buat seisi dunia bahawasanya Melayu takkan pernah hilang sama sekali dari dunia adalah satu falsafah yang dalam mengakar.
Dunia.. Saksikanlah..Tika jati diri dan iman bersatu…Manusia kan pasti kembali tunduk pada Tuhan nan satu.
Sebak tatkala melangkah masuk ke dewan teater Sheldonian yang bersejarah. Perjuangan 10 tahun yang terbeban di atas pundak bahu terasa terangkat seketika. Hanya Allah SWT yang tahu akan perasaannya.
Terima kasih kepada abah Othman Ahmad yang turut bertanjak di hari istimewa, emak Rahmah Masbor atas doa yang tak kunjung putus, isteri tercinta Tengku Zunida yang sabar menemani perjalanan yang jauh likunya ini sehingga ke hari ini..
Anak-anak kunci syurga yang terpaksa ditinggalkan dan Panglima Faqih yang harapnya menghirup semangat juang yang bakal menobat sejarah bumi Oxford ini.
Selebihnya, biarkan lukisan alam mencipta cerita..
Sumber kredit: Khair Razlan Othman
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima bagi umat Islam yang berkemampuan. Sebagai seorang Islam, pastinya kita teringin mahu menunaikan haji. Cuma, yang menjadi masalah apabila tiada wang yang mencukupi.
Tak perlu risau kerana anda kini boleh mendaftar haji dengan hanya menggunakan KWSP. Nak tahu macam mana caranya? Hanya ikut cara-cara yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Fahmi Hamid.
Ini perkongsiannya…
Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp. Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.
Syarat syarat:
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
Cara cara:
1. Pergi ke mana-mana kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana-mana cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter nombor, tunggu sehingga nombor dipanggil.
3. Nanti hanya bawa penyata KWSP dan kad pengenalan. Awal-awal tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji juga, rupanya tak perlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.
Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?
Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.
Untung kan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat-pakat daftar.
Apabila sudah menginjak dewasa ini pasti banyak pelaburan yang perlu dilakukan. Kadang-kadang susah juga untuk membuat simpanan sendiri kerana kos perbelanjaan sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar. Bagaimana mahu membuat simpanan jika begini?
Melalui thread yang dikongsikan di twitter oleh @worknco, mereka telah berkongsikan cara untuk mengumpul sebanyak RM496 dalam masa sebulan. Jom kita lihat caranya!
Mulakan dengan RM 1 sahaja.
Boleh buat dengan sesiapa sahaja. Sangat bagus dilakukan oleh mereka yang bakal berkahwin.
Yang penting niatnya harus ada untuk menyimpan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Sementara itu, lelaki ini turut berkongsi pengalamannya yang telah berjaya kumpul selama 53 minggu.
Mudah rupanya cara ini. Taklah kita berasa keseorangan kerana kita boleh ajak pasangan atau sesiapa yang kita mahu untuk mengumpul simpanan bersama. Pasti suatu hari nanti kita akan tersenyum melihat hasilnya. Semoga terus istiqamah semua!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!