Persembahan Anugerah Era Meletop semalam turut menampilkan hos Sherry Alhadad sebagai pengacaranya. Ramai yang memuji penampilan Sherry semakin cantik dan bentuk badannya juga sudah sedikit langsing. Biarpun tidak ketara penurunannya tetapi sebenarnya Sherry berjaya mengurangkan 11 kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Sebab utama menurunkan berat badan bukanlah kerana mahu kurus tetapi lebih kepada fakor kesihatan.
Menurut Sherry dia sebenarnya pernah diberi amaran dan diingatkan oleh doktor untuk menurunkan berat badan dalam tempoh 3 tahun. Atau mungkin dia akan berdepan dengan pelbagai kompikasi penyakit.
Takut dengan kemungkinan yang berlaku, sejak Januari lalu Sherry tergerak hati mengubah gaya hidupnya dan memulakan program menurunkan berat badan.
Siapa sangka hanya setelah tiga bulan menjalani progam berkenaan, Sherry sudah kehilangan 11 kilogram. Biarpun penurunan itu tidak begitu drastik tetapi dia tetap berpuas hati dengan jumlah penurunan itu.
Bercakap dengan Sinar Hiburan Online, Sherry berkata dia menjalani proses bersenam dan menjaga pemakanan bukan untuk kurus semata-mata tetapi lebih kepada gaya hidup sihat dan cergas.
Artikel Berkaitan: Dihina Berbadan Besar, Gadis Ini Nekad Turunkan Berat Badan
Berat pemilik sebenar Sahriffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad sebelum ini 119 kg dan terkini hanya 108 kg. Dia mensasarkan untuk mengurangkan lagi beratnya mencecah 100 kg dalam tempoh dua bulan lagi.
Bukan mudah sebenarnya untuk dia menjalani proses peralihan ini kerana terpaksa melupakan segala makanan kegemaranya, terutama coklat. Pada mulanya agak sukar tetapi lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.
Sherry juga turut meluangkan masa di pusat kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bukan itu saja, dia juga turut diberi jadual pemakanan oleh jurulatih kecergasan.
Namun begitu, bagi Sherry dia juga menetapkan satu hari sebagai ‘cheat day’ di mana dia boleh makan apa sahaja diingini tetapi bukan secara melampau.
Dalam perkembangan lain, Sherry juga turut berkolaborasi dengan butik Asyikin Execlusive dalam menghasikan koleksi baju raya untuk wanita berbadan gempal sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHERRY ALHADAD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada 6 Cara Mudah Untuk Hilangkan Jerawat Badan Yang DEGIL!
Selain di muka, jerawat juga boleh tumbuh di kawasan tubuh badan kita. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang ingin mencari petua atau jalan untuk menghilangkan jerawat pada badan. Betul ke ia ada punca anda tidak menjaga kebersihan atau hanya sekadar hormon yang berlebihan?
Pasti anda tertanya mengapa jerawat boleh muncul di badan sedangkan kalau di muka mungkin disebabkan produk yang kita pakai. Buat mereka yang belum tahu, jerawat di badan tumbuh akibat banyak faktor. Antaranya adalah daripada genetik, alahan, pakaian, ubatan serta penjagaan kulit.
Artikel Berkaitan: Risau Jerawat Cacatkan Wajah, 4 Makanan Ini Selalu Dielak Untuk Di Makan
Selalunya jerawat boleh tumbuh di kawasan seperti dada, belakang, pinggang, perut serta punggung. Jika anda biarkan sahaja ia akan menyebabkan kemunculan tompok hitam, parut dan keloid. Jerawat di badan juga muncul disebabkan jumlah minyak atau sebum yang berlebihan. Ini disebabkan folikel rambut di tubuh badan anda tersumbat dan membuatkan bakteria untuk hadir lalu membentuk jerawat. Jangan risau ada cara untuk anda menghilangkan jerawat menggunakan bahan di dapur sahaja!
Cara menghilangkan jerawat bada secara semulajadi di rumah
Tidak dinafikan jerawat di badan sukar untuk nampak akan tetapi pasti anda akan merasakan tidak selesa atau tidak yakin pada diri sendiri. Semestinya anda perlu mendapatkan rawatan serta merta jika mempunyai masalah jerawat. Akan tetapi, tidak salah untuk anda menggunakan cara tradisional. Jadi ini cara untuk anda menghilang jerawat di badan:
1. Timun
Timun sangat terkenal dengan kegunaannya sebagai ‘masker’ untuk lingkaran bawah mata, rupanya sayuran ini sangat bagus diletakkan pada badan dalam usaha untuk menghilangkan jerawat. Oleh kerana kandungan timun mempunyai magnesium, potasium, vitamin A,C dan K yang sangat bagus buat kulit anda. Malah dapat merawat masalah jerawat. Isu kulit yang kering juga mampu diselesaikan dengan cepat.
2. Penggunaan gel lidah buaya
Aloe vera sangat terkenal digunakan untuk kulit serta rambut sejak daripada dahulu lagi kerana sifatnya yang antiradang dan antioksidan. Ia dapat membantu untuk meredakan keradangan kulit anda akibat jerawat. Anda hanya perlu menyapukan gel tersebut di jerawat badan.
3. Menyapu minyak kelapa.
Minyak kelapa juga sangat popular untuk kulit dan rambut, minyak daripada pokok ini mempunya sifat antiradang serta antimikroba yang boleh melawan bakteria punca jerawat. Selain itu, penyapuan di kulit yang mempunyai jerawat mampu menyingkirkan bakteria serta mengecilkan folikel rambut terbuka.
4. Kunyit
Rempah kunyit mempunyai kebaikannya sendiri seperti sebatian khas kurkumin. Kurkumin mempunyai sifat antiradang dan antimikroba yang boleh bantu merawat isu jerawat. Campurkan serbuk kunyit dengan sedikit air sehingga menjadi sapuan.
5. Bawang
Anda boleh menggunakan bawang untuk menghilangkan jerawat tubuh badan. Bawang putih sangat bagus untuk mengurangkan panau. Ia mempunyai sebatian sulfu thiacremonon, di mana boleh cegah merawat jerawat dan keradangan. Anda hanya perlu kisar menjadi cair dan disapu pada kulit yang mempunyai masalah jerawat pada tubuh.
6. Amalkan air buah lemon
Buah sitrus sangat terkenal dengan sifat antiradang dan antibakteria di mana boleh membantu mengurangkan jerawat. Jadi ia sangat sesuai untuk disapukan pada kulit anda. Anda perlu ingat juga, air lemon ini berasid dan boleh menghakis kulit anda. Jadi, jangan terlampau ambil melampau takut nanti radang menjadi teruk.
Artikel Berkaitan: Nak Kawal Jerawat Tumbuh Dekat Muka, Kena Tahu Makanan Yang Perlu Dihadkan & Digalakkan Makan
Sebagai konklusi, mudah kan menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kos pun sangat rendah. Ada banyak cara yang membuatkan menghilangkan secara semula jadi. Akan tetapi anda boleh juga dapatkan rawatan kulit dengan doktor pakar. Selamat mencuba!
Sumber: Hello Doktor!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Berlaku Kepada Badan Anda Apabila Makan Suplemen Kolagen Setiap Hari?
Kolagen adalah topik hangat dalam dunia kesihatan, tetapi persoalan sebenar ialah adakah ia berkesan dan apa berlaku kepada badan anda apabila makan suplemen kolagen setiap hari?
Dari pil kepada serbuk dan juga kepada barangan bakar, kolagen muncul di mana-mana. Kolagen telah mendapat perhatian. Pengaruh menambahkannya pada kopi pagi atau resipi berbeza sambil menggembar-gemburkan manfaat kesihatannya. Walaupun popular di media sosial, kolagen juga nampaknya menjadi kemarahan di rak kedai runcit juga.
Pasaran kolagen berkembang dan dijangka akan terus meningkat dalam populariti antara sekarang dan 2030. Dipercayai dapat membantu memperbaiki penampilan dan kualiti rambut, kulit dan kuku serta menyokong sendi dan tulang yang kuat, adakah suplemen kolagen benar-benar tidak berguna?
Apakah Suplemen Kolagen?
Kolagen ialah protein semulajadi dalam badan dan ia memainkan peranan penting dalam membentuk rangka kerja struktur sel dan tisu. Ia memberikan sokongan, kekuatan dan keanjalan kepada kulit, tulang dan tisu penghubung.
Kolagen juga memainkan peranan penting dalam proses selular termasuk tindak balas imun, komunikasi selular, dan pembaikan tisu, dan terlibat dalam proses yang diperlukan untuk pembaikan dan penyelenggaraan tisu.
Suplemen kolagen dianggap berfungsi dengan menyediakan badan dengan blok binaan yang diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak kolagen, serta merangsang pengeluaran semula jadi kolagen badan. Suplemen kolagen dijual dalam bentuk pil, serbuk dan topikal untuk merawat kedutan, sakit sendi dan dehidrasi kulit.
Jenis Makanan Tambahan Kolagen
Terdapat beberapa jenis kolagen yang terdapat dalam badan dengan struktur dan fungsi yang sedikit berbeza. Mengimbas rak kedai runcit, anda akan menemui tiga jenis tambahan kolagen yang berbeza iaitu lembu, marin dan vegan dan setiap satunya mempunyai tujuan yang berbeza dalam badan.
Kolagen lembu terutamanya berasal dari tulang lembu dan produk sampingan lain yang direbus. Kolagen kemudiannya diekstrak dan dikeringkan dan diserbukkan untuk membentuk suplemen.
Kolagen lembu terbukti paling berguna untuk kesihatan kulit, termasuk menggalakkan keanjalan, mengurangkan kedutan dan meningkatkan kelembapan kulit.
Kolagen marin berasal daripada kulit ikan. Kajian menunjukkan bahawa kolagen marin mempunyai faedah untuk rawan, kesihatan kulit, pertumbuhan semula tulang, kesan anti-kedutan dan penyembuhan luka.
Selain itu, kolagen marin mungkin mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi daripada kolagen lembu.
Bagi pemakan berasaskan tumbuhan, kolagen lembu dan marin berasaskan haiwan tidak sesuai. Di situlah kolagen vegan masuk. Secara definisi, kolagen berasal daripada haiwan jadi tiada sumber semula jadi kolagen berasaskan tumbuhan.
Kolagen vegan biasanya merupakan istilah pemasaran untuk bahan vegan yang membantu membina pengeluaran kolagen semula jadi anda sendiri. Bahan-bahan ini termasuk asid amino, vitamin dan mineral, seperti vitamin C dan kuprum.
Berapa kerap perlu mengambil kolagen?
Apabila anda mula mengambil kolagen setiap hari, anda mungkin mendapati kesihatan dan penampilan kulit bertambah baik, kerana kolagen ialah blok binaan utama tisu penghubung kulit anda. Ia juga memainkan peranan dalam keanjalan, kekuatan, dan penghidratan kulit—fikirkan “kegebuan.”
Kolagen secara amnya dianggap sebagai suplemen yang selamat setiap hari. Malah, kebanyakan kajian yang mendapati manfaat kepada suplemen kolagen melihat pengambilan harian yang konsisten dan tiada kajian ini menemui kesan sampingan yang ketara.
Terdapat bukti yang semakin meningkat untuk peranan kolagen dalam mengurangkan sakit sendi dan kekakuan. Kolagen tinggi dengan asid amino yang memainkan peranan penting dalam membina tulang rawan. Terdapat juga beberapa bukti bahawa kolagen boleh mengurangkan keradangan pada sendi.
Suplemen kolagen boleh melambatkan kehilangan tulang yang berkaitan dengan usia dan mencegah osteoporosis. Tahap kolagen secara semula jadi menurun apabila kita meningkat usia.
Baik untuk dalaman
Kajian menunjukkan bahawa menambahkan kolagen ke dalam diet anda boleh melambatkan kadar kehilangan tulang dengan ketara apabila kita meningkat usia.
Selain tulang dan sendi, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa suplemen kolagen boleh meningkatkan kesihatan jantung. Apabila usia kita meningkat, kolagen dalam arteri kita mungkin berkurangan membawa kepada arteri tidak fleksibel dan peningkatan risiko penyakit jantung.
Apabila dinding arteri anda lebih kaku dan kurang elastik, jumlah darah yang dapat mengalir melaluinya berkurangan dan ini boleh meningkatkan risiko tekanan darah, strok dan, penyakit buah pinggang.
ARTIKEL BERKAITAN: Kombinasi Suplemen Yang Tidak Boleh Gabungkan Dengan Ubat, Takut Pontensi Interaksi Lain.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diingat sebelum menjadikan suplemen kolagen sebagai sebahagian daripada rutin harian anda kerana terdapat potensi akibat negatif yang berkaitan dengan pengambilannya.
Kesan sampingan
Suplemen kolagen boleh menyebabkan ketidakselesaan pencernaan, seperti kembung perut, sembelit, atau cirit-birit.Mengambil terlalu banyak kolagen boleh menyebabkan kembung perut juga.
Sentiasa semak dengan doktor sebelum memulakan suplemen kolagen kerana ia mungkin bertindak balas dengan ubat tertentu, seperti penipisan darah, dan boleh meningkatkan risiko pendarahan. Selain itu, sesetengah suplemen kolagen mungkin tercemar dengan logam berat, seperti plumbum atau merkuri, terutamanya jika ia berasal daripada ikan atau sumber laut lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Telan Banyak Suplemen Tak Jamin Anda Sihat, Berpotensi Buat Anda ‘Terlantar’
Perkara yang perlu dipertimbangkan
Sebelum mengambil suplemen kolagen, sentiasa disyorkan untuk berunding dengan pembekal penjagaan kesihatan dan mempertimbangkan keadaan perubatan anda sendiri, alahan dan ubat-ubatan.
Ia juga penting untuk menilai kualiti suplemen. Apabila menilai kualiti suplemen, cari pengilang yang bereputasi, serta pilihan yang telah diuji secara bebas dan diperakui oleh organisasi pihak ketiga untuk ketulenan dan potensi.
Menurut ulasan 2021, kolagen dianggap sebagai salah satu makanan tambahan yang paling penting untuk orang yang semakin tua. Pakar menyatakan, “individu yang bergelut dengan sakit sendi atau arthritis, individu yang mempunyai masalah penuaan kulit, dan atlet atau mereka yang ingin meningkatkan jisim otot” harus mempertimbangkan mengambil suplemen kolagen.
Keberkesanan kolagen
Kolagen selamat untuk diambil oleh hampir semua orang. Anda mungkin mahu mengelak daripadanya jika anda mempunyai intoleransi histamin atau sindrom pengaktifan sel mast. Kebanyakan kolagen ditapai dan proses penapaian boleh meningkatkan tahap histamin.
Walaupun terdapat bukti kukuh yang menyokong memasukkan kolagen dalam rutin harian anda, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa keberkesanan suplemen kolagen masih dikaji. Kolagen mungkin tidak membuatkan anda kelihatan 10 tahun lebih muda, namun, anda mungkin melihat peningkatan dalam kualiti kulit anda.
Akhirnya, suplemen kolagen tidak menggantikan gaya hidup sihat. Makan diet seimbang, kekal terhidrasi, tidur yang cukup, dan melakukan aktiviti fizikal yang kerap semuanya penting untuk mengekalkan kesihatan keseluruhan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10K Pelarian Syria, Terima Manfaat Dana Satu Juta Dalam ‘Misi Bantuan Musim Sejuk 2022’
Seramai 10,000 pelarian di Syria terima manfaat dan bantuan kemanusiaan atas kejayaan Ikon Kemanusiaan Peduli Insan, In-Team mengutip dana mencecah sehingga RM1.025 juta bagi sepanjang tahun ini.
Ahli kumpulan Inteam, Hazamin Harun berkata, pada Februari lalu, dana sama bagi misi seumpamanya turut memberi manfaat kepada seramai 10,000 pelarian Syria di utara negara berkenaan.
Selain Makanan, Bantuan Keperluan Asas Turut Disalurkan
“Bantuan itu termasuk kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan dan alat pemanas serta bahan bakar bagi mereka mengharungi musim sejuk.
“Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di kawasan utara Syria memberikan kami peluang merasai sendiri kesusahan dan penderitaan pelarian di sana,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran muzik video Selimut Kasih pada selasa.
Jelasnya lagi, penataan melodi dan muzik dalam lagu tersebut merupakan hasil garapan ilham dari Ketua kumpulan In-Team sendiri, Syah dengan gandingan lirik hasil karya Ahmad Fedtri Yahya.
Mengulas lanjut berkenaan lagu Selimut Kasih ini, Hazamin berkata antara momen yang paling mengujakan adalah bilamana lagu itu mendapat tempat dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) dengan tersenarai bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik pada September lalu.
Pada masa yang sama, tinggi harapan Hazamin dan kumpulan In-Team agar
klip video yang dirakamkan mereka sewaktu menyertai misi kemanusiaan di Syria mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk terus cakna terhadap nasib saudara se-Islam.
In Team berhadap agar rakyat Malaysia khusunya yabg beragama Islam dapat terus menjalankan kerja-kerja amal dan menghulurkan bantuan kepada pelarian Islam di Syria dan negara-negara lain.
“Video ini dapat melahirkan simpati terhadap pelarian Syria yang hilang segala-galanya dalam sekelip mata akibat kesan peperangan yang berlanjutan hampir 12 tahun.
“Saya menangis ketika menjayakan misi di sana apabila melihat sekolah yang dibina dari khemah yang sangat daif. Saya tersentuh hati melihat anak-anak Syria dahagakan pendidikan,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 18 Februari lalu semasa dalam perjalanan ke bumi Shams itu, In-Team telah melakukan ‘Cabaran 12 Jam Syria’ secara live di media sosial bertujuan menyertai Misi Bantuan Musim Sejuk 2022 dan Inteam berjaya memungut dana lebih RM840,000 daripada orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Tunggu Awak Balik Ya’- Sertai Misi Di Syria, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Anak & Suami
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI